Akmal Hadif Anak Susuan Ibu

Assalamualaikum...Masyallah sudah lama tidak update blog ni..kengkangan waktu menguruskan anak-anak dan rumahtangga sangat..hahaha..harini ada sedikit perkongsian yang dah lama tersimpan di hati..bukan berkongsi tanpa tujuan tapi niat hanyalah sekadar memberi inspirasi dan juga pendorong sesama kita.

Impian Memiliki Anak Susuan

Alhamdulillah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Suatu ketika dulu pernah terlintas di hati ingin mempunyai anak susuan. Pada awalnya saya hampir menyusukan anak saudara sendiri atas faktor teringin sangat nak anak perempuan, tetapi tidak tercapai hasrat di hati untuk dikotakan pada ketika itu. Tapi sekarang hasrat itu tercapai apabila naluri hati seorang ibu tersentuh apabila membaca status kak Siti Uzairah yang pada ketika itu menyatakan hendak mencari ibu susuan untuk anak syurganya yang sedang diawasi di ICU Hosp Sg Buloh kerana kelahiran pra matang. Masyallah adakah ini ketentuan yang Allah telah aturkan dalam hidup aku? Alhamdulillah, walaupun pada ketika itu aku baru habis tempuh berpantang anak syurga ketiga Habib Hakim. Pada mulanya susu yang dipam tidak lah banyak..mungkin sebab sebelum ni direct feeding je dengan Habib..lagipun bulan puasa pulak masa tu..tapi berkat percaya dan niat yang ikhlas untuk membantu Allah permudahkan urusan..walaupun sedikit tapi berkat susu badan dari dua org ibu yang menginginkan anak yang di ICU sihat dan kuat. Alhamdulillah akhirnya keadaan anak syurga kami telah sihat dan dibenarkan untuk keluar dari hospital.

Pahami Hukum Anak Susuan 

Syarak sah bayi yang disusukan menjadi anak susuan adalah seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Tapi itu adalah sekadar jatuh hukum bayi itu menjadi anak susuan, dari segi aurat dan batas pergaulan antara anak-anak yang lain panjang lebar lagi..yang tu kenalah amik tau dan paham sebab hukum tetap hukum. Kalau nk huraikan di sini panjang la plak post aku..hahaha..So pada mommies yang nak menyusukan anak susuan tu kene pastikan ilmu juga ada selain daripada ada susu badan kan? 

Anak Syurga Keempat Ibu 

Baru je dikurniaan kan anak syurga ketiga Habib Hakim, Allah  berikan lagi rezeki seorang anak susuan Akmal Hadif..Alllahu Rabbi tak terkata nikmat yang diberikan Allah untuk diri ini..terima kasih Allah...Ya Allah peliharalah kesemua hero ibu membesar menjadi seorang imam yang boleh memimpin diri sendiri, keluarga dan masyarakat ke jalan Mu.... amin... *tears*


Akmal Hadif yang comel dan sihat



Ceritaku Anak Masuk Sekolah

Salam semua...


Alhamdulillah minggu kedua persekolah semakin baik dan tenang untuk saya...walaupun rutin harian bertambah tapi semakin teratur dan seronok...

Al kisah saya minggu lepas, sangatlah padat dan saya percaya ibu2 yg lain pun sama juga, menguruskan anak-anak syurga kita semua  untuk ke sekolah.
Syukur Alhamdulillah anak syurga pertama Haqqul Hakim sudah mula masuk ke Darjah Satu, dan anak syurga kedua Haiqal Hakim pula sudah mula masuk tadika 4 tahun..sekejap je anak-anak membesar..dan Insyallah dalam 4 bulan nanti akan lahirlah anak syurga ketiga penghias keluarga kami.

Fisrt Day!!

Hari pertama persekolahan sangat membanggakan..mungkin anak-anak tidak sabar untuk ke sekolah setelah semua kelengkapan sudah di beli...saya tidak ade masalah pada anak pertama kerana sudah biasa ke sekolah..malah pada usia 6 tahun saya hantar dia ke pra sekolah Sk Raja Muda Sek 4 Shah Alam..jadi sedikit sebanyak memang membantu persediakan dia ke sekolah..yang menjadi masalah sikit adalah pada anak kedua saya ni..maklumlah pertama kali..walaupun sejak kecil saya tinggalkan dia di rumah pengasuh tapi keadaan sekolah agak berbeza padanya..satu pendedahan baru...pada mulanya sampai di sekolah keadaan masih terkawal..tapi apabila sudah mula masuk ke dalam kelas dan saya terpaksa tinggal maka di situlah bermula drama..hehe..tapi saya percaya pada guru-guru dan berserah kepada guru kelas..sambil dalam hati memohon pada Allah untuk menjaga anak saya sewaktu di sekolah..Alhamdulillah sekiranya kita bertawakal dan berserah pada Allah, hati kita akan tenang..

Pantau Anak Masa Rehat

Waktu rehat, saya dan suami terpaksa pergi semula ke sekolah agama anak pertama di SRA Seksyen 3 untuk melihat keadaan Haqqul menguruskan makan..nasib la kami datang untuk menjenguk, kerana rata-rata ibu bapa pun datang melihat anak-anak juga...Alhamdulillah dalam kesesakkan ibu bapa dan murid-murid dapat juga saya jumpa Haqqul di kantin dan membantu dia untuk membeli makanan..bukan dia tak pandai nak beli makanan, tapi kalau dah semua parents yang sesak di kaunter makanan macam mana anak-anak nak membeli..ayaiyai...nampak gayanya terpaksa la saya datang waktu rehat lagi nanti..tapi next time saya akan bekalkan makanan untuk Haqqul ke sekolah sebabnya makanan yang di jual tidak menepati citarasa anak-anak..mana taknya..pedas sangat...lebih baik la ibu bekalkan makanan, sihat dan sedap..hehe..so rutin harian bertambah lagi satu untuk siapkan bekal makanan anak di awal pagi...semoga ibu diberi kesempatan untuk semua ini walaupun dalam keadaan kandungan sudah 6 bulan..chayok ibu!!

Makan bekal lagi senang..sedap plak tu..

Drama di pagi hari.

Hari kedua dan seterusnya semakin ok buat Haqqul dan saya tidak lagi datang melawat di waktu rehat...senang sebab dengan bekal yang di bawa dia boleh terus makan je...tapi drama anak si Haiqal masih belum tamat..setiap kali hantar ke sekolah pasti akan menangis..tapi saya terpaksa tinggalkan dia dalam kedaan menangis, walaupun dalam hati Allah je yang tau..huhu..masuk hari ke 4 drama si Haiqal makin rancak apabila tak nak bangun pagi untuk ke sekolah..aduyai...pening pening..huhu

Alah Bisa Tegal Biasa

Setelah seminggu persekolah, alhamdulillah anak-anak dah dapat accept yang mereka kene pergi ke sekolah setiap hari untuk berlajar menuntut ilmu. So dah takde lah masalah lagi, cuma kadang-kadang 'cranky' tu biasa lah kan..ok lah itu saja cerita saya al-kisah minggu pertama persekolahan...sekian




Trimester Pertama yang Penuh Cabaran

Salam semua..
Alhamdulillah, selepas balik dari raya tahun ni saya dapat merasakan bahawa Allah akan memberi rezeki yang tidak terhingga pada kami sekeluarga. Setelah perasan period mula delay hampir 2 minggu saya membuat keputasan untuk membeli pregnancy test dan ternyata ramalanku benar belaka...


Anugerah Allah yang Terhebat

Subhanallah tidak ade kata yang boleh menggambarkan perasaan ini..lebih-lebih lagi khabar gembira ini saya dan suami berkongsi dan berbincang dengan anak-anak syurga kami Haqqul dan Haiqal..Haqqup yang pada mulanya tidak percaya dengan berita ni katanya 'perut ibu tak besar pun?'..hehe..setelah saya explain die terus rasa excited nak dapat adik lagi...terasa terharu apabila pelukan yang diberikan pada saya kerana terasa sangat happy..tapi reaksi Haiqal pula agak cool dan happy juga lepas dpt tau ibu nak dapat baby lagi...siap die ckp die tak sabar nak main dengan baby..Masyallah, senang hati ibu apabila anak-anak sudah pun sedia untuk mendapat adik dan berkongsi kasih sayang ibu dan ayah dengan adik nanti..terima kasih Ya Allah atas segalanya...


So far Alhamdulillah saya tak pernah mengalami masalah anak-anak murung kerana mereka akan dapat adik baru. Apa yang saya lakukan adalah sentiasa berborak dengan mereka sejak kecil lagi mengenai anugerah Allah yang hebat ni..malah saya sering cakap kepada mereka dalam hidup ibu, so far the best present yang ibu pernah dapat adalah Haqqul dan Haiqal..sebab ini hadiah dari Allah bukan dari siapa2 di muka bumi ini..sebab itulah ibu sayang sangat hadiah ibu ni dan ibu akan jaga sampai ibu mati..syukur mereka sangat memahami..anak-anak sekarang jangan kita sekat untuk mereka belajar sesuatu yang mungkin pada kita belum tercapai akal lagi..tapi dengan penjelasan yang jelas dan ringkas anak-anak boleh menerima.

Fasa alahan yang mencabar

Pregnant kali ni amatlah terasa beza berbanding sebelum..kalau masa pregnant Haqqul saya cergas pergi kerja tanpa malasah, Haiqal plak saya boleh attend kelas MSc di UiTM tapi kali ni saya tak boleh nak ke mana dan buat sesuka hati. Walau keana sahaja pasti akan spare plastic bag untuk emergency..early pregnancy tu memang saya hanya tidur dan rehat sahaja...makan boleh tapi selepas beberapa minit akan keluar balik..kalau dah muntah tu muntah sampai terkencing..dasyat tak..huhu..tapi yang touching sangat bile saya berlari ke sinki untuk muntah pasti ade peneman kecil yang akan berlarinjuga dan berdiri di atas stool (sbb tak ckp tinggi) untuk urut belakang ibu, sambil tya "ibu ok?"...samada Haqqul atau Haiqal, dan bile perlu je saya akan panggil en suami untuk bantu...Ya Allah sungguh aku tak pernah merasa kecewa tidak dikurniakan puteri kerana putera2 yang Kau berikan adalah yang paling hebat sekali..hampir 3 bulan di duga dengan alahan yang teruk tapi bohong la kalau tak pernah mengeluh dan letih dengan keadaan diri..astagfirullah, setiap kali terasa begitu saya akan cuba menunaikan solat hajat dan taubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..berat dugaan yang saya hadapi, tapi saya percaya berat lagi dugaan ibu-ibu yang lain...

Morning sickness memang normal pada 1st trimester

Dugaan Pada yang Mampu

Kini keadaan semakin pulih, masalah alahan semakin ok..tapi di duga dengan masalah posisi uri yang terlalu rendah pula..keadaan ini membuatkan saya terasa senak dan sakit di bahagian ari-ari..doktor memang tidak bagi langsung saya buat kerja berat dan setiap 2 minggu akan follow up. Walaupun pregnant hampir 4 bulan tapi keadaan sakit seperti 7/8 bulan mengandung..insyallah saya berharap keadaan akan kembali seperti sediakala dan sihat sempurna kandungan ibu..ape-ape pun 2nd trimester pula pasti ada cabaran dan dugaannya..sebagai sampingan untuk penjagaan saya mengambil supplement untuk membantu saya kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan. Supplements memang penting kepada ibu hamil tau..makanlah supplement dan pilih la yang sesuai dan terbukti bagus...sekian...

Tips Didik Anak Untuk Bersunat

Salam semua..

Cuti Sekolah dan Bersunat

Kebiasaan cuti sekolah akhir tahun pasti akan ada anak-anak yang akan bersunat..so banyak la organisasi yang menganjurkan majlis berkhatan perdana ataupun secara beramai-ramai..Alhamdulillah saya pun tidak ketinggalan untuk mengambil peluang untuk khatan anak syurga saya yang pertama Haqqul Hakim..walaupun baru berusia 5 tahun 11 bulan (belum genap 6tahun)..syukur sangat Haqqul mudah dan tidak menolak untuk berkhatan..

Konsep Tarik Tali dengan Anak

Seminggu sebelum majlis saya dan suami memenuhi segala kehendak Haqqul termasuklah membawa die pergi holiday. Memang tak dapat dinafikan yang die agak sedikit takut tapi setelah penjelasan demi penjelasan yang diberikan die mula paham dan redha. Tuntutan agama adalah reason yang paling kukuh dan diterima dengan hati terbuka..sebagai ibu bapa kita perlulah memainkan peranan untuk memberi penjelasan kepada anak kenapa perlunya orang Islam berkhatan. Jangan sekali kali menakutkan anak-anak dengan perkara yang mengerikan tentang sunat...ini boleh menyebabkan anak-anak tidak mahu bersunat..ok! Sehari sebelum berkhatan saya dan suami membuat sedikit makan kesyukuran dan alhamdulillah dengan kehadiran orang-orang yang terdekat betul-betul memberi semangat kepada Haqqul untuk bersedia keesokkan hari..

Haqqul's Big Day

Pada pagi hari kejadian..semua kanak kanak dimandikan dengan air bomba..sebagai simbolik je tu..walaupun turn Haqqul adalah pada pukul 4.30ptg nnt..so bleh balik main dulu la..pukul 3.30ptg dapat panggilan dari klinik supaya datang sekarang kerana ada yang menarik diri..aduh nervous plak ni..harap2 Haqqul ok..sampai je di klinik terus mendaftar disuruh tukar kain dan masuk ke dalam bilik rawatan..wow sepantas itu..tapi yg terharunya...Haqqul nmpk relax je...saya hanya tunggu di luar..biarlah ayah nya yang menemani die ketika bersunat...hati berdebar2 menunggu di luar..tambah plak kedengaran jeritan yang meraung..nasib itu bukan suara Haqqul...hampir 40 minit menunggu..tapi tak juga keluar..saya pun tanyalah nurse yg keluar masuk tu..macam mana keadaab Haqqul..nurse tu ckp Haqqul dah selesai sunat tengah jahit..tak bunyi suara oun puan...Alhamdulillah anak ibu memang hebat..syukur..lega hati ibu..nampaknya Haqqul memang betul2 ready untuk bersunat...10 minit kemudian Haqqul pun keluar dengan ayahnya..saya pun terus peluk anak syurga saya yang hebat ni...subhanallah tak sangka anak ibu hebat..to be exactly Haqqul bersunat pada umur 5tahun 11bulan..good job..so bermulalah episod menjaga anak berpantang sunat di rumah...


Masih steady lepas selesai
Relax tunggu doktor check sblm boleh balik

Jangan Malas Sertai Gotong Royong!!


Salam semua, pernahkah kita luangkan masa hujung minggu untuk sertai aktiviti gotong royong? Samada gotong royong sekolah anak-anak mahupun kawasan persekitaran taman kediaman kita dan sebagainya.

Gotong Royong Pra Sek SKRM

Baru-baru ini kami sertai aktiviti gotong royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah SK Raja Muda Musa (Integrasi) di Seksyen 4 Shah Alam. Alhamdulillah kehadiran ibu bapa sangat membanggakan dan konsep potluck untuk jamuan makan memang tidak mengecewakan. Perlbagai juadah makanan yang di bawa oleh ibu bapa khas untuk aktiviti gotong royong sekolah ini. Di sini saya nampak ibu bapa sekarang sudah mula bijak dan peka tentang komitmen dan penglibatan mereka dalam program anak-anak sangat penting. Sebenarnya anak-anak akan lebih yakin dengan kehebatan ibu bapa apabila mereka melihat hasil kerja ibu dan ayah mereka membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah mereka. Secara tidak langsung anak-anak akan lebih bersemangat untuk ke sekolah. Bukan kan keadaan ini adalah sesuatu yang positif? Jangan terlalu selfish kerana berasa penat sekiranya sertai gotong royong tu, malah bangkit luangkan masa bersama anak-anak.

Ibu Bapa Sepakat

Seronok sangat dengan aktivit gotong royong tu, sebab dapat mengeratkan sillaturrahim antara ibu bapa dan guru. Kalau sebelum ni datang menjemput anak di sekolah kita tidak kenal apabila berselisih dengan ibu bapa yang lain. Tetapi selepas aktiviti gotong royong kenalan menjadi semakin ramai dan mesra. Sekiranya kita mengambil tindakan 'Berkecuali', maka akan merugikan kita. Cuba bayangkan sekiranya kita lewat menjemput anak balik, anak kita terpaksa menunggu lama di kawasan sekolah dan dalam masa sama ada ibu bapa rakan anak kita yang kita memang kenal, datang menjemput anak mereka, mungkin mereka akan berlapang dada untuk membantu dek kerana mereka kenal..tetapi kalau sebaliknya? Sebab itulah peranan ibu bapa adalah kita kena kenal ibu bapa kepada rakan anak-anak kita. Tak rugi pun kita build networking kenalan ni. Percayalah...Jangan pegang konsep "mind your own business"..sebagai muslim kita kena prihatin tetapi berpada-pada la yer!!


Keesokan hari, Persatuan Penduduk Seksyen 10 PEPS10 ada mengadakan gotong royong tetapi kami sekeluarga tidak dapat join sebab sibuk di Ladang Arnab Bukit Badong, Ijok Selangor...Insyallah lain kali kami join. Peace!!


Anak-anak di beri pengisian pertandingan mewarna


Para bapa ditugaskan memasang dan mengecat pagar untuk kebun buah 

Hidangan potluck yang sedap-sadap semuanya

Sebahagian ibu bapa yang hadir

     

Kanak-Kanak dan Bermain

Jangan halang anak-anak bermain.

Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang anak bermain kerana anda mungkin akan melumpuhkan kreativiti anak anda. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya.

Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.

Apakah Faedah Kanak-kanak Bermain?

Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Rumah Sebagai Tempat Bermain

     “Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Di rumah anda boleh memberi anak-anak bermain dengan apa sahaja objek selagi ia tidak membahayakan. Periuk, mangkuk plastik dan sudu, anda tentu terperanjat bila mendapati anak anda boleh membuat pelbagai bunyi dengan menggunakan pelbagai alat yang telah anda berikan tadi. Mereka belajar mengangkat sudu dan mengetuk periuk. Secara tidak langsung anak anda belajar mengenal bunyi dan bentuk yang termasuk dalam subjek sains.

Bermain Sebagai Terapi

Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar anak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Anak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka

Bermain Sebagai Proses Fizikal

Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.

 

Buku Kain Permulaan yang baik Untuk si Manja

Sensory development for a child is an ongoing process. Encourage your child’s sense of touch. Bright colored fabric helps to stimulate the visual and touch sensory skills of your child. Durability is a major factor that makes it a popular choice.

Why Colourful?

Bright colours will create a great contrast, making it easier for your child to identify & distinguish. Everything your child sees, hears and touch creates impression that easily absorbed in their memory.

Why removable object?

• Interaction will enable children to remain in focus.
• Your child 's motor skills will be put into practice. These tools will enable hand/eye coordination, marking a    milestone in the child's learning process.
• Development of your child's fine motor skills is developing the most functional use of your child's hands.
• Encourage your child to hold objects and actively participate is part of the learning process. This will be a      fun and learning experience, Children learn through play.











RUMAH KE TADIKA?

Tadika Little Jannah?


Rumah macam tadika? Hehe, mmg dah biasa dah dengan pertanyaan macam nie? Even ada org MBSA datang nk check pembiakan nyamuk Aedes masuk rumah saya pun tanya, "Akak bukak tadika ker?" hahaha...kelakar plak rasa. Btw mmg ade hasrat juga untuk bukak tadika pun dulu, siap dah dpt contact dah untuk reorganize balik tadika yang lama tu kepada management yang baru. Tapi masa tu, susah la sikit..sbb at least owner kene ade sijil or kelayakan untuk run bissnes tadika nie..lagipun rules dari Kementerian Kebajikan mmg strict la, maklumlah bisness tadika ni agak complicated. Tapi impian nama tadika saya adalah "Tadika Little Jannah"

Pilihan Permainan Anak-Anak  


Saya suka melihat anak-anak leka bermain dgn lego, building blocks, music instrument, wooden puzzle, manipulatif toys n books..Rumah bersepah? Haha jgn ckp la kan...tp, I dont have to worry..sbb anak-anak dh saya latih utk kemas semua toys selepas main...tp ibu selalu tlg kemas bersama-sama..so anak-anak mmg tak malas nak kemas...mmg la penat, tp demi utk pembelajaran anak2, NO PROBLEM for me...mgkn ade parents yg mengambil langkah mudah ataupun senang dengan memberi gadjet-gadjet seperti "Tab" or "Ipad" kpd anak-anak hanya utk elakkan keadaan rumah sebegini...tapi mommy and daddy, believe me...anak-anak akan terbantut perkembangan sekiranya diberi pendedahan terhadap gadjet dengan kerap.
 

Ipad dan Tab Pembunuh Kreativiti Anak


Gadjet bagus utk generasi anak-anak, tetapi tanpa pengawalan, akan mengundang padah...Cuba kite bayangkan, secara logikal dua situasi, sekiranya anak-anak bermain pasir, playdough, building blocks dengan bermain gadjet spt tab or ipad. Berapa banyak rangsangan yang anak-anak guna sekiranya mereka bermain dengan pasir,playdough atau building blocks berbanding dengan gadjet. Maksudnya, anak-anak akan menggunakan rangsangan deria rasa, sentuhan, bau, malah daya imaginasi yang lebih dengan bermain dengan pasir, playdough atau building blocks. Pernahkah anda terlihat di kedai makan, anak-anak sibuk dengan gadjet walaupun pada masa mereka hendak makan? Pada pandangan peribadi saya, keadaan ini kurang sihat, kerana kita sebagai muslim kenalah beradab ketika mengadap rezeki dr Allah...So, Jom ubah cara kita sblm terlambat...Berubah ke arah kebaikan adalah ibadah..Ibadah kan ganjaranya pahala (^_^) 

Anak-anak syurga saya, Haqqul dan Haiqal sgt suka bermain di kawasan yang saya telah ibu sediakan, hehe macam tadika kan?
Ni bukan nak promote LEGO yer..tp buliding blocks adalah salah satu permaianan yang sangat baik untuk merangsang kreativiti diri anak-anak syurga saya.


Kedai Online Permainan Manipulatif untuk Kanak-kanak di Shah Alam.

Salam semua...keperluan toys adalah perlu untuk anak-anak semasa mereka sedang membesar..daripada permainan, anak-anak akan explore cara dan fungsi permainan itu....jadi lebih eloklah sekiranya kita membeli alat permainan yang mempunyai sense of education,  bukan sekadar mainan yang tidak ada apa kepentingan..membazir je!!

Macam mana nak pilih mainan untuk anak?

Ibu bapa mestilah bijak memilih jenis permainan yang sesuai untuk anak-anak. Pastikan barang mainan ada unsur pendidikan dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya permainan yang berunsur pendidikan ni memang mahal, tetapi tak rugi berbelanja mahal untuk pendidikan anak kan? Tapi di My Child's Genius ada menawarkan permainan manipulatif yang sangat berguna untuk anak-anak. So kalau berminat untuk dapatkan permainan yang anak-anak bermain di tadika mereka boleh la dapatkan di My Child's Genius ni.

 Antara permainan yang berunsur pendidikan di My Child's Genius :























Banyak lagi pilihan menarik, sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk permainan My Child's Genius, sila ke klik KINDERGATEN TOYS untuk maklumat harga. Semoga memberi inspirasi kepada anda untuk mendapatkan permainan yang berguna kepada anak-anak syurga anda. 




Anak dilahirkan tanpa manual

Salam semua...
Alhamdulillah, diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk saya update blog pagi Isnin ni..syukur...

Tag manual 'cara guna' di tangan bayi?

Ok la, pagi-pagi tadi sesudah subuh tiba-tiba saya terfikir alangkah bagusnya kalau anak-anak yang dilahirkan oleh kita siap dengan manual cara mendidik mereka di tag di tangan ke? Bukan apa senang la untuk ibu dan ayah mendidik anak, hanya berpandukan manual yg tersedia..cuba bayangkan, macam mana kita mahu pasang peralatan electrik yang canggih baru dibeli? Manual bukan? So sekiranya kita 100% berpandukan manual mesti barangan yang baru kita beli itu akan berjaya kita guna. Malah ada sesetengah peralatan disediakan manual untuk membaiki kerosakan sekiranya rosak (troubleshooting la lebih kurang).
So, cuba pula bayangkan anak-anak dilahirkan di dunia lengkap dengan segala manual yang penting untuk kita. Mungkin tidak akan ada masalah kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Betul kan??

Manual yang hakiki

Sebenarnya, ada manual yang tersedia lengkap dan sempurna untuk kita rujuk yang Allah sediakan untuk ibu bapa guna (baca dan amalkan) iaitu Al-Quran. Malah manual yang disediakan oleh Allah itu adalah F.O.C lagi. Dah la tidak perlukan bayaran, malah manual itu membawa ke syurga lagi..Rugilah kita yang bergelar umat Islam sekiranya tidak menggunakan manual Allah itu. Di dalam Al-Quran semua panduan dalam mendidik anak tersedia untuk kita amalkan yang dikeluarkan oleh penulis yang terkenal di alam semesta Yang Maha Agung, Allah SWT.

Baca buku parenting..

Selain Al-Quran, kita perlulah rajin mencari ilmu dalam mendidik anak-anak. Bacalah buku yang berkonsepkan keibubapaan atau parenting yang banyak dipasaran. Baca dan nilai apa yang di baca. Benarkah atau tidak? Sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak memilih kerana memang banyak buku yang berada dipasaran, tetapi bukan semuanya bagus dan baik. Walhal, penulis pun bukan semua dikalangan mereka yang mempraktikkan tips yang diberikan pun. Logik bukan, mungkin ada penulis isu parenting yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak pun..hanya sekadar teori yang diolah dan difikirkan berkesan. Tapi sejauh mana teori itu berkesan kepada anak kita? So, parents make a wise decision, all right!!! Bacalah buku yang mungkin boleh membantu memberi guidelines kepada kita untuk mendidik anak-anak kita.

Berat tanggungjawab ibu dan bapa

Anak dilahirkan tanpa manual, disini dengan jelas kita dapat lihat bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa bukannya mudah. Pikullah tanggungjawab ini dengan ikhlas dan istiqamah dalam mendidik anak. Jangan mudah putus asa. Anak anugerah Allah yang mana sekiranya kita jaga anugerah ini dengan baik nescaya anugerah ini akan memberi manfaat kepada kita kelak. Anak adalah harta yang boleh kita sandarkan di akhirat nanti, bukan wang ringgit dan kekayaan dunia yang perlu kita beratkan.


Perbualan ibu dan anak...
Haqqul : Apa present yang paling best ibu  
              pernah dapat?
Ibu       : Present yang paling best ibu
              pernah dapat setakat ini adalah 
              Haqqul dan Haiqal..sebab present
              ni Allah yang bagi. So sebab tulah
              ibu sayang sangat present ibu ni.
Haqqul  : "Tersenyum gembira".
Ibu        : Haqqul tahu tak, masa ibu
               lahirkan Haqqul (dalam labour
               room)..doktor letakkan Haqqul di
               dada ibu..masa tu ibu cakap
               terima kasih Ya Allah berkali-kali
               sambil menangis gembira.

Ketahuilah anak tidak ada hadiah di dunia ini sehebat kamu..kerana hadiah ini ibu dapat dari Allah sayang..


Sindrom Anak Kedua

ANAK EMAS

Salam semua..
Entry hari ni sedikit sebanyak mengenai anak emas. Apa itu anak emas? Wujud ke anak emas dalam keluarga kita? Perkongsiaan harini adalah untuk peringatan diri sendiri dan siapa tahu mungkin boleh membawa manfaat kepada korang. layan je lah ok...

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kasih sayang kepada anak-anak mengikut kadar kemampuan penerimaan anak-anak tersebut. Pernah tak kita fikirkan adakah cara kita memberi kasih sayang kepada anak dapat di terima dan di intripitasikan oleh anak-anak dengan cara yang betul?? Kerana pada ibu bapa mereka sudah pun memberi kasih sayang yang secukupnya tetapi sebaliknya.

Ada 5 bahasa kasih sayang yang juga dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW kita.

  1. Hadiah - Beri hadiah, jadi apabila cara kita dengan memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang sekiranya anak tidak diberi hadiah maka anak-anak beranggapan meraka tidak disayangi.
  2. Khidmat - Ada anak merasakan ibu bapa yang memberi khidmat adalah tanda kasih sayang mereka kepada anak-anak.
  3. Kata-kata Indah - kata-kata penghargaan juga merupakan cetusan kasih sayang 
  4. Physical Touch - ada anak merasakan sentuhan pada anak-anak merupakan tanda kasih
  5. Masa berkualiti - Masa yang berkualiti yang diluangkan kepada anak-anak merupakan tanda kasih sayang tehadap mereka
Sebahagian anak merasakan masa yang berkualiti bersama adalah tanda kasih sayang, so sekiranya kita kurang meluagkan masa bersama, anak menganggapkan mereka tidak di sayangi. Dalam masa yang sama ibu bapa sering memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang. Jadi disinilah berlakunya miss communication atau wujud salah faham antara ibu bapa dan anak-anak dalam memberi kasih sayang.

"Jangan biarkan masa bersama anak-anak berlalu begitu sahaja tanpa ada kenangan yang indah bersama"

Kenapa wujud anak emas?

Setiap anak mempunyai personaliti dan watak yang berbeza, jadi ada dikalangan anak ini mempunyai personaliti dan watak yang memenuhi kehendak kita sebagai ibu bapa. Oleh sebab itu, wujudlah anak emas di dalam keluarga. 

SINDROM ANAK KEDUA

Anak kedua lebih sinomin dikatakan anak emas, tetapi sindrom ini boleh terjadi kepada mana-mana anak pun sebenarnya. Selagi anak ada rasa di 'second' kan dikalangan adik beradik yang lain.

Sindrome anak kedua? Anak kedua susah hendak difahami dan luar biasa. Kalau baik lebih baiknya, kalau nakal lebih nakalnya, dan kalau rajin lebih rajinnya. Kenapa hal ini terjadi? Ini berkait rapat dengan emosi ibu semasa mengandung. Anak sulung lebih manja kerana saat ibu mengandung anak pertama emosi ibu sangat manja maklumlah kali pertama mengandung, tetapi anak kedua lebih confident, independent kerana ibu lebih yakin mengandung kali kedua sbb sudah ada pengalaman. Anak sulung dimanjakan, anak yang kecil-kecil juga dimanjakan so anak kedua akan rasa terbiar. Oleh sebab itu anak kedua ni akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tarik perhatian ibu bapa samada cara positif atau pun negatif.


Still Face Experiment 

Ada kajian yang dilakukan yang boleh kita pelajari berkaitan sindrom anak kedua ni. Kajian dilakukan di dalam makmal ke ats seorang ibu dan anak yang di panggil Still Face Experiment. Dalam kajian ini, si ibu disuruh berinteraksi terhadap anak-anak selama bebrapa minit, kemudian ibu di beri isyarat untuk berada pada keadaan 'still face' tanpa mamberi reaksi kepada anak itu, apa yang diperhatikan si anak akan cuba mengambil perhatian ibu dengan melakukan apa yang si ibu lakukan sebentar tadi tetapi si ibu masih kekal dalam 'still face' dan kemuadian apa yang berlaku, si anak akan mula memberontak menangis untuk mendapatkan perhatian si ibu, dan kemudian si ibu kembali memberi perhatian kepada si anak dan anak kembali happy. So hal ini menunjukkan perhatian terhadap anak-anak akan memrberi kesan yang positif dan baik..Tetapi apabila anak-anak menangis kerana inginkan sesuatu, ibu paba please jangan mengalah dengan tangisan si anak kerana sekiranya kira menuruti kata-kata si anak keadaan ini akan menjadi tabiat yang tidak elok. Biarkan si anak menangis dan peranan kita adalah menenangkan anak-anak dengan cara penjelasan sekiranya anak terus menangis maka biarkan mereka menangis. Dalam kajian ini banyak penghuraian mengenai rangsangan anak-anak terhadap persekitaran mereka. Sebagai perkaitan dengan sindrom anak kedua ianya merupakan satu keadaan yang mana anak-anak akan cuba menarik perhatian dengan cara apa sahaja sekalipun. 
  

Anak Anugerah Terindah 


Anak dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk didekati bukan dijauhi, disayangi bukan untuk di benci, di didik bukan untuk didiarkan, di bimbing bukan untuk di pinggirkan, di tegur bukan untuk ditengking dan di belai bukan untuk dizalimi. 

Hadis Rasulullah SAW ada berkata:
'Berlaku adil lah terhadap setiap anak-anak dalam pemberian kasih sayang seperti mana kamu suka mereka berlaku adil kepada kamu dalam hal berbakti dan kelembutan'

Anak-anak ada kelebihan dan kekurangan, layanlah mereka sama rata, puji mereka pada keadaan dan tempatnya, dan  kasih semuanya kerana pada siapa lagi mereka nak dapatkan kasih sayng kalau bukan dari ibu dan ayah.


Doa untuk mengelakkan orang dengki/cemburu dengan diri 
surah Al Hasyr ayat 10




keluarga hakim
Keluarga Bahagia Hakim




Susu Ibu Susu Genius

Salam Semua
Perkongsian saya pada hari ini adalah mengenai susu untuk menjadikan anak-anak syurga kita genius. Susu apa tu? Semestinya susu yang dianugerahkan Allah untuk ibu-ibu, susu ibu

Persediaan di saat menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia juga merupakan masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu secara efektif bermula seawal kelahiran sehingga berumur 6 bulan. Selepas 6 bulan bolehlah disusuli dengan pemberian makanan tambahan (solid food). Penyusuan efektif selama tempoh 6 bulam  adalah untuk memastikan bayi mendapat segala kebaikan khasiat susu ibu dan wajarlah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 


Manfaat Susu Ibu 

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan nutrisi yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama yang berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Ibu perlu memastikan pemberian kolostrom seawal kelahiran bayi lagi bagi memberi kekuatan antibodi kepada si kecil. Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.


Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.


Sebab tidak mahu breasfeeding:

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Tetapi ada juga sebilangan ibu yang mengambil tindakan untuk tidak menyusukan anak atas beberapa faktor:

  • Kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. 
  • bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. 
  • Sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. 


Tahukah ibu, banyak petua untuk yang boleh kita lakukan untuk memperbanyakkan susu badan. Antaranya ialah:

Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering bersama gula melaka bersama air sehingga kembang dan minum airnya. (air longan juga mudah didapati di pasar malam, tetapi lebih baik dibuat sendiri kerana terjamin kebersihan)

Lobak Putih

Potong lobak puti kecil-kecil dan kisar bersama sedikit air. Toskan air lobak putih yang di kisar dan minum sebagai jus. Boleh juga dijadikan ulam ataupun dimasak sebagai sayur.

Halba 
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya. Juga boleh dicampur sedikit air rebusan halba tadi ke dalam susu segar dan diamalkan setiap pagi.




Shaklee Dalam Pengusuan 


Set Menyusu Shaklee Basic


Manfaat ESP (Energizing Soy Protein)

  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  2. Memekatkan susu ibu
  3. Sebagai milk booster
  4. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  5. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  6. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  7. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  8. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  9. Mengawal paras kolesterol.
  10. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

Manfaat Alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  3. Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  4. Membantu membuang angin dalam badan.
  5. Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  6. Melegakan sakit sendi dan belakang
  7. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  8. Memberi kelegaan semasa haid
Set Menyusu Shaklee Premium



Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Sekiranya anda mahu mencuba produk Shaklee ini.
Hubungi saya:

Call/sms/whatapss 
019-266 2816
Noraini (966624)

Adab Menziarah Bayi Baru Lahir

Mendapat kelahiran anak sedara baru

Salam semua, syukur Alhamdulillah semalam adik ipar, Nuriemani selamat melahirkan bayi lelaki di Al Islam Specialist Hospital Kampung Baru. Dapat sahaja perkabaran gembira tu saya dan suami terus bersiap untuk menziarah anak sedara pertama (side suami). Terfikir-fikir apakah panggilan yang anak sedara akan panggil kami nanti..erm Pak long and Mak Long ok la kot (sbb suami anak sulung)..kalo side saya Mak Ngah and Pak Ngah..Excited betul nak tengak baby..tapi ada adab saat menyambut dan menziarah kelahiran dalam Islam ni. Jom kita pelajari adab yang telah Islam ajar kepada kita.

Doa saat menziarah bayi baru lahir


Yang bermaksud :

" Sesungguhnya aku meminta perlindungan baginya denganMu begitu juga dengan zuriatnya dan keturunannya dari syaitan yang direjam"

**Dibaca ke telinga bayi yang baru lahir


Amalan serta adab yang dituntut saat menyambut kelahiran bayi


Saat kelahiran anugerah Allah

  1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
  2. Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.
  3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir.
  4. Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi.
  5. Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.
  6. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
  7. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
  8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. 
  9. Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya,'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'.
  10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.
Antara adab dan amalan kita sebagai muslim dalam mengambut kelahiran anugerah Allah ini wajar lah kita lakukan. Saya pernah mendengar ceramah di tv mengenai isu anak-anak ini, perilaku anak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata ibu dan ayah mungkin berpunca daripada awal lagi...di mana ibu dan ayah mengabaikan tuntutan sunat akikah bagi setiap anak. Oleh itu setiap amalan sunat pasti ada pahala dan kebaikan dalam melakukannya. Jadi, jom kita bersama-sama memperbanyakkan amalan sunat ini, tapi jangan pula lebihkan sunat perkara yangg wajid kita keciciran. Renung-renungkan, dan selamat beramal..
Powered by Blogger.