Home » , , , , » Adab Menziarah Bayi Baru Lahir

Adab Menziarah Bayi Baru Lahir

Mendapat kelahiran anak sedara baru

Salam semua, syukur Alhamdulillah semalam adik ipar, Nuriemani selamat melahirkan bayi lelaki di Al Islam Specialist Hospital Kampung Baru. Dapat sahaja perkabaran gembira tu saya dan suami terus bersiap untuk menziarah anak sedara pertama (side suami). Terfikir-fikir apakah panggilan yang anak sedara akan panggil kami nanti..erm Pak long and Mak Long ok la kot (sbb suami anak sulung)..kalo side saya Mak Ngah and Pak Ngah..Excited betul nak tengak baby..tapi ada adab saat menyambut dan menziarah kelahiran dalam Islam ni. Jom kita pelajari adab yang telah Islam ajar kepada kita.

Doa saat menziarah bayi baru lahir


Yang bermaksud :

" Sesungguhnya aku meminta perlindungan baginya denganMu begitu juga dengan zuriatnya dan keturunannya dari syaitan yang direjam"

**Dibaca ke telinga bayi yang baru lahir


Amalan serta adab yang dituntut saat menyambut kelahiran bayi


Saat kelahiran anugerah Allah

  1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
  2. Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.
  3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir.
  4. Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi.
  5. Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.
  6. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
  7. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
  8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. 
  9. Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya,'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'.
  10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.
Antara adab dan amalan kita sebagai muslim dalam mengambut kelahiran anugerah Allah ini wajar lah kita lakukan. Saya pernah mendengar ceramah di tv mengenai isu anak-anak ini, perilaku anak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata ibu dan ayah mungkin berpunca daripada awal lagi...di mana ibu dan ayah mengabaikan tuntutan sunat akikah bagi setiap anak. Oleh itu setiap amalan sunat pasti ada pahala dan kebaikan dalam melakukannya. Jadi, jom kita bersama-sama memperbanyakkan amalan sunat ini, tapi jangan pula lebihkan sunat perkara yangg wajid kita keciciran. Renung-renungkan, dan selamat beramal..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.