Teknik Hilangkan Stress Keluarga Hakim



Salam semua...entry harini nak kongsi salah satu rahsia keluarga Hakim untuk hilangkan stress. Mesti tertanya-tanya ape die teknik tu..tapi teknik ni hanya berkesan pada yang minat je..kalau tak minat dan tak suka memang tak jadi la..

Terapi Stress dengan Pets

Haiwan belaan ataupun 'pets' memang boleh menenangkan stress kita sebenarnya. Bila kita tengok kecomelan haiwan belaan kita, kita akan rasa terhibur. Lebih lagi kalau seisi keluarga turut menikmati minat dan suka haiwan belaan tu. Haiwan belaan pilihan seisi keluarga Hakim semestinya rabbit. Pada awalnya en Hakim la yang beli anak rabbit yang baru putus susu dengan ibunya di ladang rabbit bertempat di Muar. Breed rabbit tu adalah English Spot. Comel sangat. Saya berikan nama die 'Ducky' kerana salah satu ciri breed English Spot ni adalah ada tompok hitam di mulut berbentuk butterfly, so bile tengok mulut die nampak macam mulut itik gitu..tu yg saya panggil die Ducky. Selain spot di mulut, ciri-ciri breed English Spot ni, di belakang badan die akan ada satu line hitam yang panjang sehingga ke ekor, mata seolak-olah bercelak, telinga hitam dan spot di sebelah kanan dan kiri almost equally. So ducky memang mempunyai ciri-ciri tersebut. Boleh bayangkan kecomelan Ducky yang menjadikan kami sekeluarga geram dengannya. Tapi di usia hampir 2 tahun Ducky pun mati kerana sakit cirit birit. Sedih sangat dengan kehilangan Ducky. Ducky memang ibu yang hebat sebab berjaya melahirkan sembilan anak pada kandungan pertama dan tujuh anaknya berjaya hidup sehingga besar. Anak-anak Ducky semuanya kami jual kepada yang berminat.


Kisah Arnab dan Kura-kura

Selepas hampir dua bulan tanpa binatang peliharaan, rasa macam sunyi dan tak best je. So saya cadangkan kita bela kura-kura kecil pulak la dan berikan kepada anak-anak yang uruskan. So belilah segala kelengkapan kura-kura kecil tu selepas je pulang dari percutian di Cherating. Sebab masa dekat Cherating kami ada kutip cengkerang-cengkerang cantik untuk di hias dalam bekas kura-kura nanti. Dua ekor kura-kura yang comel ni pulak la yang menjadi pets kami sekeluarga. Tapi so far alhamdulillah, kerana anak-anak memang betul-betul rasa tanggungjawab ke atas kura-kura mereka. Setiap kali mereka nak mandi setiap kali tu la akan tanya ibu boleh tak mereka nak mandikan kura-kura jugak. Hai la cik kura-kura, untungla korang dimandikan budak-budak ni..tapi saya tak bagi la kerap kali sangat..Seminggu dua kali je dah ok dah.


Rindu pada Ducky terubat

Baru-baru ni di Anggerik Mall ade International Rabbit Show tau..so memang pergilah untuk tengok rabbit yang comel daripada breed yang pure dr luar negara tu. Most of the breed adalah Netherlands Dwarf, Holland Lop, Rex dan ada juga California White. Comel-comel dan geramnya tengok rabbit-rabbit tu. Kerana pencinta rabbit dan minat bisness ni en Hakim borong beli Holland Lop sampai 4 ekor untuk di breed kan dan di jual...tapi yang tu kita breed di ladang la kan. En Hakim ada plan nak bela rabbit breed ND di rumah..wow suka sangat bila dengar, tapi kalau ikutkan minat saya minat rex sbb bulu die kemas macam carpet gitu..tapi ND pun comel jugak dengan telinga yang pendek die tu...hehe..so semalam sampai la dua ekor ND di rumah yang sanggaaattt comel, yang jantan di beri nama 'Andy' (ala2 nama breed die) dan yang betina kita namakan 'Cera'. Tapi yang paling excited sekali tentulah anak-anak syurga yang siang malam asyik nak main rabbit je..hehe..Jadi itulah pengubat strees kami sekeluarga buat masa sekarang..tapi dalam masa sama tengah tunggu generasi Holland Lop yang akan di breed di ladang tu..hehe nak ambik seekor dua bolehkan en Hakim...hehehe

Si comel Andy

Haqqul dan Cera



Buku Kain Permulaan yang baik Untuk si Manja

Sensory development for a child is an ongoing process. Encourage your child’s sense of touch. Bright colored fabric helps to stimulate the visual and touch sensory skills of your child. Durability is a major factor that makes it a popular choice.

Why Colourful?

Bright colours will create a great contrast, making it easier for your child to identify & distinguish. Everything your child sees, hears and touch creates impression that easily absorbed in their memory.

Why removable object?

• Interaction will enable children to remain in focus.
• Your child 's motor skills will be put into practice. These tools will enable hand/eye coordination, marking a    milestone in the child's learning process.
• Development of your child's fine motor skills is developing the most functional use of your child's hands.
• Encourage your child to hold objects and actively participate is part of the learning process. This will be a      fun and learning experience, Children learn through play.











RUMAH KE TADIKA?

Tadika Little Jannah?


Rumah macam tadika? Hehe, mmg dah biasa dah dengan pertanyaan macam nie? Even ada org MBSA datang nk check pembiakan nyamuk Aedes masuk rumah saya pun tanya, "Akak bukak tadika ker?" hahaha...kelakar plak rasa. Btw mmg ade hasrat juga untuk bukak tadika pun dulu, siap dah dpt contact dah untuk reorganize balik tadika yang lama tu kepada management yang baru. Tapi masa tu, susah la sikit..sbb at least owner kene ade sijil or kelayakan untuk run bissnes tadika nie..lagipun rules dari Kementerian Kebajikan mmg strict la, maklumlah bisness tadika ni agak complicated. Tapi impian nama tadika saya adalah "Tadika Little Jannah"

Pilihan Permainan Anak-Anak  


Saya suka melihat anak-anak leka bermain dgn lego, building blocks, music instrument, wooden puzzle, manipulatif toys n books..Rumah bersepah? Haha jgn ckp la kan...tp, I dont have to worry..sbb anak-anak dh saya latih utk kemas semua toys selepas main...tp ibu selalu tlg kemas bersama-sama..so anak-anak mmg tak malas nak kemas...mmg la penat, tp demi utk pembelajaran anak2, NO PROBLEM for me...mgkn ade parents yg mengambil langkah mudah ataupun senang dengan memberi gadjet-gadjet seperti "Tab" or "Ipad" kpd anak-anak hanya utk elakkan keadaan rumah sebegini...tapi mommy and daddy, believe me...anak-anak akan terbantut perkembangan sekiranya diberi pendedahan terhadap gadjet dengan kerap.
 

Ipad dan Tab Pembunuh Kreativiti Anak


Gadjet bagus utk generasi anak-anak, tetapi tanpa pengawalan, akan mengundang padah...Cuba kite bayangkan, secara logikal dua situasi, sekiranya anak-anak bermain pasir, playdough, building blocks dengan bermain gadjet spt tab or ipad. Berapa banyak rangsangan yang anak-anak guna sekiranya mereka bermain dengan pasir,playdough atau building blocks berbanding dengan gadjet. Maksudnya, anak-anak akan menggunakan rangsangan deria rasa, sentuhan, bau, malah daya imaginasi yang lebih dengan bermain dengan pasir, playdough atau building blocks. Pernahkah anda terlihat di kedai makan, anak-anak sibuk dengan gadjet walaupun pada masa mereka hendak makan? Pada pandangan peribadi saya, keadaan ini kurang sihat, kerana kita sebagai muslim kenalah beradab ketika mengadap rezeki dr Allah...So, Jom ubah cara kita sblm terlambat...Berubah ke arah kebaikan adalah ibadah..Ibadah kan ganjaranya pahala (^_^) 

Anak-anak syurga saya, Haqqul dan Haiqal sgt suka bermain di kawasan yang saya telah ibu sediakan, hehe macam tadika kan?
Ni bukan nak promote LEGO yer..tp buliding blocks adalah salah satu permaianan yang sangat baik untuk merangsang kreativiti diri anak-anak syurga saya.


Kedai Online Permainan Manipulatif untuk Kanak-kanak di Shah Alam.

Salam semua...keperluan toys adalah perlu untuk anak-anak semasa mereka sedang membesar..daripada permainan, anak-anak akan explore cara dan fungsi permainan itu....jadi lebih eloklah sekiranya kita membeli alat permainan yang mempunyai sense of education,  bukan sekadar mainan yang tidak ada apa kepentingan..membazir je!!

Macam mana nak pilih mainan untuk anak?

Ibu bapa mestilah bijak memilih jenis permainan yang sesuai untuk anak-anak. Pastikan barang mainan ada unsur pendidikan dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya permainan yang berunsur pendidikan ni memang mahal, tetapi tak rugi berbelanja mahal untuk pendidikan anak kan? Tapi di My Child's Genius ada menawarkan permainan manipulatif yang sangat berguna untuk anak-anak. So kalau berminat untuk dapatkan permainan yang anak-anak bermain di tadika mereka boleh la dapatkan di My Child's Genius ni.

 Antara permainan yang berunsur pendidikan di My Child's Genius :























Banyak lagi pilihan menarik, sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk permainan My Child's Genius, sila ke klik KINDERGATEN TOYS untuk maklumat harga. Semoga memberi inspirasi kepada anda untuk mendapatkan permainan yang berguna kepada anak-anak syurga anda. 




Ibuku Penglipurlara Comel..

Salam semua.dh lame dah tergerak nak tulis entry pasal diri ku seorang ibu yang suka bercerita. Terutama sekali kepada anak-anak syurga tersayang. Bukan nak perasan la, tapi kalo nak di bandingkan dengan ayah mereka, anak-anak lebih terhibur mendengar cerita dari ibu berbanding ayah. Tetapi, itu dulu..en Hakim skrg pun nak challenge saya juga dalam menjadi penglipurlara kepada anak-anak. Good job dear, i know you are the best ayah to our HH..

Gaya Ibu 


Gaya dan intonasi dalam penceritaan penting tau, so that anak-anak ni xde la boring je nak gengar cite tu sampai habis. Ini memang kepakaran ibu lah dalam bercerita. Cotonhnya kalau cerita itu ada pelbagai karektor haiwan seperti buaya, kambing dan ibu ayam ke, so ibu akan cuba bacakan dialog yang mencerminkan watak animal tersebut. ye lah kalo si buaya tak kan la suara die kecik plak kan..mesti suara yang agak garau, kalo si anak ayam, mula lah keluar suara anak ayam yang comel dari mulut ibu..hehe, memang enjoy la anak-anak dengar cerita ibu. Kadang-kandang tu bedtime story sampai 10 buah buku cerita ibu kena baca..huhu habis lah suara merdu ibu ni anak-anak oii.. tapi apa lagi yang mengembirakan hati si ibu selain melihat anak mereka tertawan kan?? so baca je la ibu..Ada juga saya dan suami membacakan bedtime story kepada anak-anak bersama..hehe kalo cerita yang di pilih The Fox and The Goat, confirmlah si ayah akan baca dialog fox dan ibu dialog goat. hahaha..bahagia sangat...

Ayah pun boleh tahan tau

Sejak akhir-akhir ni anak-anak selalu minta ayah mereka ceritakan masa ayah kecil-kecil dulu. Hahah, sejarah hidup ayah yang nakal ketika kecil dulu. Itu sekarang menjadi favorite anak-anak, yang mana cerita hidup ayah lebih menarik dari segala buku yang ada di rak buku. I love it dear...si ayah memang sangat kreatif dalam memenangi hati anak-anak. Bayangkan dengan menceritakan segala kisah hidup yang manis dan pahit kita kepada anak-anak, anak-anak akan lebih mengenali siapa ayah dan ibu mereka dengan lebih dekat. Anak-anak perlu tahu sejarah hidup lepas kita, barulah mereka anggap kita bukan sekadar ibu dan ayah malah best friend forever mereka. Segala benda kita berkongsi dengan anak-anak, so tidak akan menjadi masalah nanti anak-anak nak berkongsi masalah dengan ibu ayah mereka apabila mereka remaja kelak. Maklumlah remaja adalah peringkat di mana kita perlu menjadi teman kepada anak-anak, kalau tidak mahu mereka jauh dan lebih cenderung kepada teman seperjuangan.

Tidak ada masalah berbelanja buku 

Alhamdulillah setakat ni saya dan suami memang tidak lokek dalam berbelanja buku untuk anak-anak. Kalau buku yang anak-anak inginkan agak mahal tetapi ilmu yang disampaikan oleh buku itu sangat berguna maka kami akan berbelanja untuk buku tersebut. Saya akan memastikan keadaan buku berada dalam keadaan baik, so setiap kali berbelanja buku pasti saya akan terus membalut buku supaya terpelihara dari koyak, kotor dan sebangainya. Minat membaca perlu dipupuk sejak awal lagi, syukur sangat anak-anak menampakkan minat terhadap buku yang sangat baik sehinggakan hadiah harijadi mereka tahan lepas, BUKU adalah permintaan mereka. Buku ensiklopedia OCEAN LIFE permintaan Haqqul Hakim, kata nya die belum banyak tahu mengenali ocean life, so that he need a book untuk dapatkan info tersebut. Untuk anak 5 tahun seperti Haqqul menampakkan minat yang hebat seperti itu sudah cukup menggembirakan saya dan suami. syukur..Jadi to all parents out there, berbelanjalah untuk buku kerana ilmu yang terdapat dalam buku merupakan harta karun yang tiada tandingannya..


Koleksi buku terbaru di borong pakai BB1M 

Pemilihan Tadika Terbaik

Tadika mana yang bagus untuk anak-anak? 

Delima ini sering terjadi kepada ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak mereka ke tadika/pra sekolah untuk mendapatkan pembelajaran yang terbaik Sedikit sebanyak pemilihan tadika yang bagus akan membantu perkembangan dari segi pendidikan anak-anak kita. Tadika yang bagus mampu menghasilkan kanak-kanak yang lebih bersedia untuk belajar di sekolah rendah secara formal daripada aspek akademik, fizikal dan rohani. Namun begitu, perkataan ‘bagus’ adalah sangat subjektif dan berbeza bagi setiap kanak-kanak. Bagi pendapat saya, pemilihan tadika adalah terletak kepada ibu bapa kerana ibu bapa lebih arif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Jadi, sekiranya anak-anak kita adalah antara kanak-kanak yang aktif maka corak pembelajaran yang berunsurkan 'interactive learning' adalah yang lebih baik daripada pembelajaran yang hanya terhad di bilik darjah Kerana kanak-kanak akan cepat bosan dengan persekitaran bilik darjah yang terhad, berbanding dengan pembelajaran yang berkonsep 'outdoor' di mana dari pemerhatian kepada persekitaran kanak-kanak akan lebih cepat terdorong minat untuk berlajar. So setelah kita mengenal pasti karektor anak kita, maka di sini bermulalah pencarian tadika untuk anak kita. 

Pemilihan Tadika Untuk Anak

Dalam membuat pilihan tadika, terdapat beberapa faktor yang perlu kita kenal pasti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih tadika tersebut. Faktor pemilihan tadika yang pertama pada pengalaman saya yang lepas adalah:
  1. Guru @ Teacher- Guru adalah element yang paling utama dalam memilih tadika untuk anak-anak. Pastikan latar belakang guru yang mengajar di tadika tersebut. Adakah mereka mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak ataupun mempunyai kelayakan kemahiran yang setaraf. Guru yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada anak kita seperti mereka suka pergi ke sekolah dan nama guru sering menjadi sanjungan anak-anak. Sehinggakan apa yang guru perkatakan akan dituruti oleh anak kita. Manakala guru yang garang akan membawa masalah kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah kemudian hari. Selalunya karektor seorang guru tadika adalah penyayang dan sukakan kanak-kanak. Kita boleh tahu karektor guru tersebut apabila menghantar anak ke tadika. Perhatikan riak wajah guru yang  menyambut kedatangan anak kita ke sekolah. Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak? Selain itu, ambil peduli tempoh perkhidmatan guru tersebut. Samada full time/part time. Sebaiknya pilih lah guru yang berkhidmat secara full time di tadika tersebut, ini kerana pertukaran guru akan menjejaskan mood pembelajaran anak-anak Anak-anak akan hilang mood apabila guru yang pada awal mengajarnya bertukar ganti dengan guru yang baru hendak dikenalinya. Anak-anak akan mengambil masa untuk mengenali serta membiasakan diri dengan guru yang baru.
  2. Emosi kanak-kanak terhadap tadika dan Guru - Emosi terhadap guru berkait rapat dengan karektor guru di tadika. Manakala emosi terhadap tadika bergantung kepada keceriaan bilik pembelajaran dan persekitaran tadika.
  3. Pelan atau rancangan pembelajaran di tadika - Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan isu pembelajaran di negara kita. Ambil peduli mengenai pelan dan rancangan pembelajaran di peringkat pra sekolah. Apakah pendekatan yang perlu diterapkan oleh anak-anak di awal proses pembelajarannya. Sekiranya tadika menggunakan rancangan pembelajaran yang sejajar dengan tahap anak-anak yang sepatutnya, maka pilihlah tadika tersebut.
  4. Kesinambungan pembelajaran di rumah -  Tugas mendidik anak-anak bukan lah terletak di bahu guru tadika semata-mata. Ibu bapa adalah pendidik yang pertama dan utama kepada anak-anak. Oleh itu pastikan pembelajaran yang di ajar di rumah adalah sejajar dengan di tadika. (pengalaman saya : Saya selalu berpesan kepada Haqqul bahawa jangan bergaduh/pukul kawan di sekolah..tetapi malangnya suatu hari semasa menjemput Haqqul pulang kepala Haqqul bengkak sedikit, cikgu dia bagitau yang ada seorang budah perempuan pukul Haqqul, saya terkejut bila guru tu cakap yang dia suruh Haqqul balas balik, tetapi Haqqul tak mahu membalas..alahai cikgu, wajarkan cara balas membalas ni di ajar kepada anak-anak? tapi bila saya jelaskan knp Haqqul tidak balas kerana pesanan saya spy jangan bergaduh/pukul kwn terus guru tu senyap dan malu sendiri...sayangnye kalo salah menjalankan peranan sebagai pendidik) 

Bertukar Tadika/Sekolah Setiap Tahun

Bertukar tadika? Itulah pendedahan yang cuba saya dan suami lakukan kepada Haqqul. Haqqul merupakan anak sulung saya so, saya dan suami mahu Haqqul lebih flexible, adaptive dan lebih mendapat pendedahan (exposure) terhadap setiap perubahan di persekitaran nya. Alhamdulillah, Haqqul lebih matang dan tidak ada masalah untuk ke sekolah kerana sudah terbiasa dengan perubahan persekitaran dan orang di sekelilingnya. Sekolah pertama Haqqul semasa 4 tahun di Tadika Pintar Soleh (An Najah Educara Centre) di seksyen 11 Shah Alam. Semasa berusia 5 tahun Haqqul bersekolah di Tadika Sarjana Pintar terletak di seksyen 6 Shah Alam. Kini kami berjaya menempatkan Haqqul di Pra Sekolah SK Raja Muda, di mana merupakan bekas sekolah ayahnya dahulu. Kenapa pilih Pra sekolah? Sebagai persediaan awal Haqqul untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar di Tahun 1 nanti. 


Seawal 4 tahun di Tadika Pintar Soleh 

Sukan Tadika Pintar Soleh 

Semasa di Tadika Sarjana Pintar
Kini di Pra Sekolah Sk Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam

Aktiviti berkebun di lakukan di sini

Keceriaan sekolah mendorong pembelajaran anak-anak

Persekitaran pra sekolah yang cantik

Kes bayi Meninggal di Taska

Di sekitar Shah Alam ni banyak sebenarnya tadika cume tadika manakah yang terbaik untuk anda pilih sebagai tempat anak-anak menimba ilmu. Saya pernah berpengalaman menghantar Haqqul di taska yang mana taska tersebut terlibat dalam kes bayi meninggal. Pada hari kejadian saya memang menghantar Haqqul (pd ketika itu 3 tahun) ke taska dan terkejut apabila mendapat tahu berita dari salah seorang penjaga di taska berkaitan kes tersebut. Kes ini telah heboh di surat khabar dan berita. Selepas kejadian tu bapa mangsa sering kali turun dan mengganggu urusan taska. Keadaan ni memang merisaukan ibu bapa yang lain kerana risau keselamatan anak-anak yg dihantar ke situ. Kesan daripada kekacauan yang bapa mangsa lakukan taska terpaksa di tutup atas sbb tidak mendaftar premis sebagai pusat jagaan. Saya dan suami teruslah mengambil keputusan untuk menghantar ke taska lain. Kejadian bayi meninggal akibat tersedak susu semakin menjadi-jadi..akibat risau akan keselamatan dan beberapa faktor saya pun membuat persediaaan untuk berhenti kerja dan menguruskan keluarga sehinggalah kini. Percayalah pada rezeki Allah, kalau kita berusaha Allah pasti akan membantu dan yang pasti saya bahagia bergelar WAHM (^_^)


  

IBU SEBAGAI PENDIDIK PERTAMA DAN UTAMA


Darjat Seorang Ibu

Siapakah insan yang patut kita patuh di muka bumi ini? Ibu, Ibu, Ibu...begitulah darjat sorang ibu sebanyak 3 kali berbanding ayah.

Pembaca blog yang di sayangi Allah..
Siapakah ibu itu?
Lalu, apa peranannya?

Eratnya hubungan seorang anak dengan ibu, jauh lebih kuat dan memberi daya dorong yang lebih tinggi dibandingkan dengan daya dorong ayah/suami. Tapi kenapa ya? pernahkah kita terfikir keadaan ini terjadi adalah disebabkan jalinan biologi dan psikologi ibu jauh lebih lama berbanding ayah. 

Masyaallah, hebat sungguh martabat seorang ibu.

Oleh itu, hal terpenting seorang ibu selain menjaga anak-anak adalah menjadi PENDIDIK yang pertama dan utama bagi anak-anak. Tetapi keadaan ini semakin membimbangkan apabila tugas pendidik itu telah diberikan 100% kepada guru di sekolah. Ibu semakin sibuk dalam urusan kerja sehingga lupa akan urusan mendidik anak yang mana ibulah yang wajar memegang title pendidik itu.

Ibu memiliki tugas mendidik sejak dari dalam rahim lagi. Rahim ibu berfungisi untuk memberi gizi kepada janin sekaligus pendidikan. Pendidikan diterima bersifat terpusat (kerana dihubungkan melalui tali pusat) ,so secara pasif anak dalam kandungan menerima pembelajaran dari perbuatan ibu, emosi, pertuturan dan segala macam yang ibu lakukan ketika hamil. Sebab itulah keadaan emosi  dan jiwa ibu yang hamil perlu di jaga, kerana dapat mempengaruhi anak yang di kandung itu.


Kongsi pengalaman diri 

Pengalaman diri saya sewaktu berkerja dahulu mengajar saya bahawa kesibukan bekerja dan kekurangan masa untuk anak-anak menjadikan saya rasa macam tidak lengkap (incomplete). Tetapi setelah bergelar WAHM ni syukur Alhamdulillah, saya dapat luangkan masa dalam mendidik anak-anak. Bergelar suri rumah bukanlah bermakna saya terkurung dan tidak memiliki kebebasan dalam melakukan apa sahaja yang saya mahu. Malah masa ini lah peluang untuk saya beramal kepada keluarga saya (suami dan anak-anak), dan saya percaya suatu hari nanti, saya lah yang akan menuai hasil yang baik di atas pengorbanan yang saya lakukan ini. 

Anak ini adalah anugerah Allah yang suatu hari nanti akan di minta pertanggungjawabkan di akhirat. Sebab itu lah saya mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak kerana mahu membukti kan bahawa martabat ibu yang tinggi itu layak diberikan kepada saya. Insyallah.

Pernah tak dengar orang kata 'ibu susah untuk mengajar anak-anaknya sendiri walaupun ibunya seorang guru'. Mentallity yang sebegini wajar kita cantas dari mula. Kenapa perlu menafikan tugas ibu yang telah ditetapkan sebagai pendidik pertama dan utama kepada anak-anak? So semua ibu boleh mendidik anak. Tak susah rasanya, sebab zaman moden sekarang ni macam-macam medium untuk mengajar anak. Ambil tahu silibus di sekolah anak-anak. Saya percaya kebanyakkan ibu sekarang ini mempunyai kelayakan akademik yang hebat, so bukan lah masalah untuk menidakkan kebolehan diri untuk mengajar anak-anak. Betul tak? Jom mommies, bantu anak-anak kita dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam pendidikan. Jangan menyerah 100% kepada guru di sekolah. Kesian guru, kadang-kadang terlalu fokus kepda pelajar di sekolah sehingga terlupa akan anak sendiri. What gonna work? TEAMWORK...when we work together, we got the right stuff (hehe, lagu wonderpets)


Sedikit sebanyak cara dan kaedah saya mendidik anak-anak

Setiap kali membawa anak-anak berjalan/naik kereta..saya akan bercakap dengan mereka mengenai hal sekeliling mereka. Apa yang mereka lihat?
Cthnya : Kalau dalam perjalanan saya dan suami suka menyuruh mereka mengira jumlah kereta/van/lori di jalan. Kadang-kadang saya melakukan aktiviti math dengan mereka dengan menyuruh mereka mengira jumlah kereta yang abang kira dan jumlah lori yang adik kira. (si abang yang akan menambah, sbb adik baru 2 tahun setengah).
Kalau dalam perjalanan, kitrang ada game yang kitorang suka main 'Animals Alphabet Matching Game'
Cara nak main game ni adalah dengan membunyikan huruf A dengan cara phonics (cth A, A,A  Alligator) dan seterusnya. Masa ini lah Haqqul akan cuba untuk mencari animals yang lain dari kebiasaan. (not a typical animals)

Apabila saya berada di dapur untuk masak, kadang-kadang haqqul akan datang utk offer diri untuk bantu ibu. Adalah juga saya suruh dia keluarkan garam/gula/asam jawa dan macam-macam lagi..so pada awal die mmg xkenal la..tp bila saya cakap garam yang rasa masin, gula yang rasa manis dan asam jawa yang rasa masam..so cara die nak tau die akan bukak kabinet dan rasa la sedikit untuk kenalpasti. Pernah dia tanya kenapa abang rasa masin, masam, dan manis ni ibu? Haa masa ni lah saya akan suruh die keluarkan lidah dan bgtau die lidah kita ni ada bahagian rasa tertentu. Dan terangkan kepada die..percayalah ibu, walaupun level macam tinggi je..tapi anak-anak akan faham bile die explore nanti. Jangan bantutkan pertanyaan anak-anak dengan cara mengelak utk bgtau kerana risau anak-anak takkan paham. Just explain to them. 



Berlajar sains
Aktiviti masak alphabet donut dengan ibu


Support minat anak

Minat anak-anak kita perlu sokong dan nak lagi baik kita cuba untuk meminati minat yang sama dengan apa anak-anak minat. Sebagai contoh minat Haqqul terhadap dinosaur. Sebagai ibu dan ayah yang supportive segala macam ilmu berkaitan dinosaur saya akan cuba berikan kepada Haqqul seperti buku, toys, movie, exhibition, t-shirt, beg dan macam-macam lagi. Melaui minat dia itulah saya salurkan ilmu, macam mana ye? contoh dari buku/ensiklopedia, saya akan baca dan ceritakan kepada die mengenai dinosaur tu dan jenis-jenis dinosaur yang tergolong dlm karnivor/herbivor dan omnivor. Dan Haqqul sudah tahu klasifikasi tersebut, bkn hanya kpd dinosaur malah kepada semua benda hidup. Saya cakap kepada die kenapa kita ada gigi taring and gigi geraham? Sebab manusia adalah half carnivore and half herbivore , so manusia adalah omnivor. Die excited sangat dan mudah untuk dia terima sbb contoh yang dekat dengan diri dia. So ibu kenalah kreatif sikit dalam mengajar anak-anak. Sebenarnya macam-macam cara untuk kita cuba jadi pendidik kepada anak-anak. Cuma masalahnya mahu ataupun tidak?

Minat terhadap dinosaur dikongsi bersama tok wan


Lukisan pertama yang terbaik seawal 4 tahun 

So itulah impian saya sebagai seorang ibu, menjadi pendidik yang pertama dan utama. Saya mahu anak-anak melihat diri ini sebagai seorang ibu yang versatile gitu. Ibu adalah role model kepada anak-anak. Dari ibu dan ayah Haqqul pandai melukis, memasak, mengenal jenis binatang, berlajar sains dan math, mengenal ilmu agama dan segalanya bermula dari ibu dan ayah. Itulah impian kami sebagai ibu bapa yang perihatin terhadap perkembangan anak-anak syurga kami. Semoga Allah memberkati pengorbanan kami.

Doa mendidik anak untuk para ibu :

"Ya Allah, Berikanlah kesabaran kepada para ibu dalam mendidik anak-anak, serta berilah semangat istiqamah dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang diberikan oleh anak-anaknya, supaya kami mampu mencapai kejayaan dunia dan akhirat". 
Amin 
                                                     

Permainan Manipulatif Lebih Efektif

Asas Perkembangan Kanak-kanak

Tahukah kita tahap/taraf perkembangan anak-anak adalah berbeza daripada setiap individu. Tetapi semua perkembangan bergantung kepada beberapa asas perkembangan. Contohnya seperti :  
- faktor keturunan (heredity)
- konsisten dalam perkembangan
- trend perkembangan yang tidak sekata (macam up and down gitu)
- setiap anak mempunyai trend perkembangan yang tersendiri
- proses untuk perkembangan pula terdiri daripada beberapa tahap.

Jadi kita sebagai ibu dan bapa perlulah mengenalpasti tahap perkembangan anak-anak supaya kita memdidik anak dengan kadar yang lebih rasional. Tapi macam mana nak tahu kadar perkembangan anak-anak ni? Erm nak tak nak kita kenalah luangakan masa untuk mendidik anak (mengajar anak-anak di rumah). Tapi kalo kita tak pandai nk mengajar anak-anak, sebagai alternatif berjumpalah dengan guru di sekolah. Jangan tunggu sampai hari report card baru nak datang sekolah. 

Apa untungnya tahu tahap perkembangan anak-anak ni? Banyak sebenarnya, sebagai contoh guru/pendidik mengatahui apa yang diharapkan dari seorang anak pada usia tertentu. Selain itu kita dapat buat satu plan agar anak dapat diberi bimbingan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak boleh mengharapkan guru semata-mata untuk mendidik, sokongan ibu dan bapa juga penting (bukan sekadar sain surat sokong je tau, penglibatan pun juga hehe)

Alat Permainan dan Bermain

Setiap permainan yang dibeli pastikan ianya ada fungsi (unsur pendidikan) untuk ke arah merangsang perkembangan anak-anak. Barulah kita tidak membazir kan? Contoh seperti permainan untuk melatih otot besar/kecil (stimulate muscle, hand to eye coordination), mengembangkan fantasi (improve imagination ), mengembangkan daya fikir (critical thinking, stimulate fine motor, problem solving), mengembangkan kreativiti (improve creativity) dan lain-lain. So sebagai ibu bapa, kita harus tahu fungsi dan cara penggunaan permainan tersebut supaya kita dapat menstimulasikan kemampuan anak ke tahap yang optimum.

Permainan Manipulatif

Pernah tak dengan term 'manipulative toys'? Permainan manipulatif ni biasanya terdapat di sekolah/tadika. Permainan ini merupakan aktiviti permainan yang berhubungan dengan asas kembangkan anak-anak pada usia kecil. Sebab itulah memang tadika yang sering ada permainan manipulatif ni. Tapi, apa kata kita ubah cara dan wujudkan perbelajaran itu di rumah? Tidak terhad di sekolah/tadika sehaja. Permainan manipulatif ini lebih berkonsepkan kepada :
- menyesuaikan bentuk dan warna
- kombinasi bentuk
- kombinasi warna
- melihat hubungan antara bentuk, warna dan saiz
- buka dan tutup, memasang, menyusun, serta membina set mainan.
Antara contoh permainan malipulatif.
Geometric Button
 (menyusun, mengira, teknik menjahit, sorting)
Space Puzzle
(membina, kreativiti,problem solving)

Space Puzzle
(mengenal/padanan bentuk)
Animal and Their Food
(pemikiran logik dan sains)
Mini Bear
(explore feeling,kenalpasti emosi)











Animal Lacing
(hand-eye corrdination, teknik jahitan)

Hanya sebagai penduan untuk memilih permainan yang terbaik untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita perlu sensitif terhadap perkembangan anak-anak supaya anak-anak dapat membesar dengan lebih genius dan cemerlang. Kalau anda ingin mencari permainan yang terbaik, layari la My Child's Genius dan like kami di Facebook



Powered by Blogger.