Home » , , , , » Pemilihan Tadika Terbaik

Pemilihan Tadika Terbaik

Tadika mana yang bagus untuk anak-anak? 

Delima ini sering terjadi kepada ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak mereka ke tadika/pra sekolah untuk mendapatkan pembelajaran yang terbaik Sedikit sebanyak pemilihan tadika yang bagus akan membantu perkembangan dari segi pendidikan anak-anak kita. Tadika yang bagus mampu menghasilkan kanak-kanak yang lebih bersedia untuk belajar di sekolah rendah secara formal daripada aspek akademik, fizikal dan rohani. Namun begitu, perkataan ‘bagus’ adalah sangat subjektif dan berbeza bagi setiap kanak-kanak. Bagi pendapat saya, pemilihan tadika adalah terletak kepada ibu bapa kerana ibu bapa lebih arif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Jadi, sekiranya anak-anak kita adalah antara kanak-kanak yang aktif maka corak pembelajaran yang berunsurkan 'interactive learning' adalah yang lebih baik daripada pembelajaran yang hanya terhad di bilik darjah Kerana kanak-kanak akan cepat bosan dengan persekitaran bilik darjah yang terhad, berbanding dengan pembelajaran yang berkonsep 'outdoor' di mana dari pemerhatian kepada persekitaran kanak-kanak akan lebih cepat terdorong minat untuk berlajar. So setelah kita mengenal pasti karektor anak kita, maka di sini bermulalah pencarian tadika untuk anak kita. 

Pemilihan Tadika Untuk Anak

Dalam membuat pilihan tadika, terdapat beberapa faktor yang perlu kita kenal pasti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih tadika tersebut. Faktor pemilihan tadika yang pertama pada pengalaman saya yang lepas adalah:
  1. Guru @ Teacher- Guru adalah element yang paling utama dalam memilih tadika untuk anak-anak. Pastikan latar belakang guru yang mengajar di tadika tersebut. Adakah mereka mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak ataupun mempunyai kelayakan kemahiran yang setaraf. Guru yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada anak kita seperti mereka suka pergi ke sekolah dan nama guru sering menjadi sanjungan anak-anak. Sehinggakan apa yang guru perkatakan akan dituruti oleh anak kita. Manakala guru yang garang akan membawa masalah kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah kemudian hari. Selalunya karektor seorang guru tadika adalah penyayang dan sukakan kanak-kanak. Kita boleh tahu karektor guru tersebut apabila menghantar anak ke tadika. Perhatikan riak wajah guru yang  menyambut kedatangan anak kita ke sekolah. Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak? Selain itu, ambil peduli tempoh perkhidmatan guru tersebut. Samada full time/part time. Sebaiknya pilih lah guru yang berkhidmat secara full time di tadika tersebut, ini kerana pertukaran guru akan menjejaskan mood pembelajaran anak-anak Anak-anak akan hilang mood apabila guru yang pada awal mengajarnya bertukar ganti dengan guru yang baru hendak dikenalinya. Anak-anak akan mengambil masa untuk mengenali serta membiasakan diri dengan guru yang baru.
  2. Emosi kanak-kanak terhadap tadika dan Guru - Emosi terhadap guru berkait rapat dengan karektor guru di tadika. Manakala emosi terhadap tadika bergantung kepada keceriaan bilik pembelajaran dan persekitaran tadika.
  3. Pelan atau rancangan pembelajaran di tadika - Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan isu pembelajaran di negara kita. Ambil peduli mengenai pelan dan rancangan pembelajaran di peringkat pra sekolah. Apakah pendekatan yang perlu diterapkan oleh anak-anak di awal proses pembelajarannya. Sekiranya tadika menggunakan rancangan pembelajaran yang sejajar dengan tahap anak-anak yang sepatutnya, maka pilihlah tadika tersebut.
  4. Kesinambungan pembelajaran di rumah -  Tugas mendidik anak-anak bukan lah terletak di bahu guru tadika semata-mata. Ibu bapa adalah pendidik yang pertama dan utama kepada anak-anak. Oleh itu pastikan pembelajaran yang di ajar di rumah adalah sejajar dengan di tadika. (pengalaman saya : Saya selalu berpesan kepada Haqqul bahawa jangan bergaduh/pukul kawan di sekolah..tetapi malangnya suatu hari semasa menjemput Haqqul pulang kepala Haqqul bengkak sedikit, cikgu dia bagitau yang ada seorang budah perempuan pukul Haqqul, saya terkejut bila guru tu cakap yang dia suruh Haqqul balas balik, tetapi Haqqul tak mahu membalas..alahai cikgu, wajarkan cara balas membalas ni di ajar kepada anak-anak? tapi bila saya jelaskan knp Haqqul tidak balas kerana pesanan saya spy jangan bergaduh/pukul kwn terus guru tu senyap dan malu sendiri...sayangnye kalo salah menjalankan peranan sebagai pendidik) 

Bertukar Tadika/Sekolah Setiap Tahun

Bertukar tadika? Itulah pendedahan yang cuba saya dan suami lakukan kepada Haqqul. Haqqul merupakan anak sulung saya so, saya dan suami mahu Haqqul lebih flexible, adaptive dan lebih mendapat pendedahan (exposure) terhadap setiap perubahan di persekitaran nya. Alhamdulillah, Haqqul lebih matang dan tidak ada masalah untuk ke sekolah kerana sudah terbiasa dengan perubahan persekitaran dan orang di sekelilingnya. Sekolah pertama Haqqul semasa 4 tahun di Tadika Pintar Soleh (An Najah Educara Centre) di seksyen 11 Shah Alam. Semasa berusia 5 tahun Haqqul bersekolah di Tadika Sarjana Pintar terletak di seksyen 6 Shah Alam. Kini kami berjaya menempatkan Haqqul di Pra Sekolah SK Raja Muda, di mana merupakan bekas sekolah ayahnya dahulu. Kenapa pilih Pra sekolah? Sebagai persediaan awal Haqqul untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar di Tahun 1 nanti. 


Seawal 4 tahun di Tadika Pintar Soleh 

Sukan Tadika Pintar Soleh 

Semasa di Tadika Sarjana Pintar
Kini di Pra Sekolah Sk Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam

Aktiviti berkebun di lakukan di sini

Keceriaan sekolah mendorong pembelajaran anak-anak

Persekitaran pra sekolah yang cantik

Kes bayi Meninggal di Taska

Di sekitar Shah Alam ni banyak sebenarnya tadika cume tadika manakah yang terbaik untuk anda pilih sebagai tempat anak-anak menimba ilmu. Saya pernah berpengalaman menghantar Haqqul di taska yang mana taska tersebut terlibat dalam kes bayi meninggal. Pada hari kejadian saya memang menghantar Haqqul (pd ketika itu 3 tahun) ke taska dan terkejut apabila mendapat tahu berita dari salah seorang penjaga di taska berkaitan kes tersebut. Kes ini telah heboh di surat khabar dan berita. Selepas kejadian tu bapa mangsa sering kali turun dan mengganggu urusan taska. Keadaan ni memang merisaukan ibu bapa yang lain kerana risau keselamatan anak-anak yg dihantar ke situ. Kesan daripada kekacauan yang bapa mangsa lakukan taska terpaksa di tutup atas sbb tidak mendaftar premis sebagai pusat jagaan. Saya dan suami teruslah mengambil keputusan untuk menghantar ke taska lain. Kejadian bayi meninggal akibat tersedak susu semakin menjadi-jadi..akibat risau akan keselamatan dan beberapa faktor saya pun membuat persediaaan untuk berhenti kerja dan menguruskan keluarga sehinggalah kini. Percayalah pada rezeki Allah, kalau kita berusaha Allah pasti akan membantu dan yang pasti saya bahagia bergelar WAHM (^_^)


  

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.