Permainan Manipulatif Lebih Efektif

Asas Perkembangan Kanak-kanak

Tahukah kita tahap/taraf perkembangan anak-anak adalah berbeza daripada setiap individu. Tetapi semua perkembangan bergantung kepada beberapa asas perkembangan. Contohnya seperti :  
- faktor keturunan (heredity)
- konsisten dalam perkembangan
- trend perkembangan yang tidak sekata (macam up and down gitu)
- setiap anak mempunyai trend perkembangan yang tersendiri
- proses untuk perkembangan pula terdiri daripada beberapa tahap.

Jadi kita sebagai ibu dan bapa perlulah mengenalpasti tahap perkembangan anak-anak supaya kita memdidik anak dengan kadar yang lebih rasional. Tapi macam mana nak tahu kadar perkembangan anak-anak ni? Erm nak tak nak kita kenalah luangakan masa untuk mendidik anak (mengajar anak-anak di rumah). Tapi kalo kita tak pandai nk mengajar anak-anak, sebagai alternatif berjumpalah dengan guru di sekolah. Jangan tunggu sampai hari report card baru nak datang sekolah. 

Apa untungnya tahu tahap perkembangan anak-anak ni? Banyak sebenarnya, sebagai contoh guru/pendidik mengatahui apa yang diharapkan dari seorang anak pada usia tertentu. Selain itu kita dapat buat satu plan agar anak dapat diberi bimbingan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak boleh mengharapkan guru semata-mata untuk mendidik, sokongan ibu dan bapa juga penting (bukan sekadar sain surat sokong je tau, penglibatan pun juga hehe)

Alat Permainan dan Bermain

Setiap permainan yang dibeli pastikan ianya ada fungsi (unsur pendidikan) untuk ke arah merangsang perkembangan anak-anak. Barulah kita tidak membazir kan? Contoh seperti permainan untuk melatih otot besar/kecil (stimulate muscle, hand to eye coordination), mengembangkan fantasi (improve imagination ), mengembangkan daya fikir (critical thinking, stimulate fine motor, problem solving), mengembangkan kreativiti (improve creativity) dan lain-lain. So sebagai ibu bapa, kita harus tahu fungsi dan cara penggunaan permainan tersebut supaya kita dapat menstimulasikan kemampuan anak ke tahap yang optimum.

Permainan Manipulatif

Pernah tak dengan term 'manipulative toys'? Permainan manipulatif ni biasanya terdapat di sekolah/tadika. Permainan ini merupakan aktiviti permainan yang berhubungan dengan asas kembangkan anak-anak pada usia kecil. Sebab itulah memang tadika yang sering ada permainan manipulatif ni. Tapi, apa kata kita ubah cara dan wujudkan perbelajaran itu di rumah? Tidak terhad di sekolah/tadika sehaja. Permainan manipulatif ini lebih berkonsepkan kepada :
- menyesuaikan bentuk dan warna
- kombinasi bentuk
- kombinasi warna
- melihat hubungan antara bentuk, warna dan saiz
- buka dan tutup, memasang, menyusun, serta membina set mainan.
Antara contoh permainan malipulatif.
Geometric Button
 (menyusun, mengira, teknik menjahit, sorting)
Space Puzzle
(membina, kreativiti,problem solving)

Space Puzzle
(mengenal/padanan bentuk)
Animal and Their Food
(pemikiran logik dan sains)
Mini Bear
(explore feeling,kenalpasti emosi)











Animal Lacing
(hand-eye corrdination, teknik jahitan)

Hanya sebagai penduan untuk memilih permainan yang terbaik untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita perlu sensitif terhadap perkembangan anak-anak supaya anak-anak dapat membesar dengan lebih genius dan cemerlang. Kalau anda ingin mencari permainan yang terbaik, layari la My Child's Genius dan like kami di Facebook



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.