Salam semua,
Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat Allah diberikan kesihatan dan bernafas sehingga kini. Walaupun dugaan demi dugaan tapi aku tempuh dengan cara yang positif.
Ape itu GDM?
Secara simple dan padat GDM ( Gestational Diabetes Militus adalah Diabetis semasa hamil ). GDM ni berlaku hanya ketika hamil sahaja dan rata-rata kes GDM selepas kelahiran, keadaan akan kembali normal. Keadaan ini berlaku disebabkan hormon wanita hamil yang terganggu, so insulin tidak dapat dihasilkan dengan sempurna oleh tubuh badan dan kandungan gula (glucose) akan tinggi dalam badan. GDM akan menjadi bahaya dan risiko sekiranya ibu hami tidak tahu yang dirinya mengalami GDM. Kandungan gula dalam darah ibu hamil yang tinggi akan menjejaskan bayi dalam kandungan kerana boleh menyebakan kerosakan organ bayi dan boleh mengakibatkan kematian kepada bayi. Sebab itulah semua ibu hamil akan diarahkan untuk minum air gula semasa check up pada awal kehamilan dan juga pada hujung kehamilan. Sebab sometimes ade yang diagnose GDM pada awal kelahiran dan ade juga pada hujung kehamilan.
Apa itu GDM |
Terkejut dengan berita
Pada minggu ke 29 kehamilan, aku pun pergilah untuk appointent check up untuk MGTT yang kedua. Sebelum minum reading 5.8 tapi selepas dua jam datang semula ke klinik untuk amik darah reading mencanak naik ke 9.9..masyallah terkejut sangat.. berbanding dengan result masa MGTT pertama 4.4/5.9..so terus lah di suruh untuk buat BSP esoknya. BSP ni adalah untuk monitor kadar gula setiap dua jam selepas breakfast, lunch dan dinner. So kalau reading BSP tinggi kene lah refer pada pakar di hospital. Maka keesokkan nya bermulalah ujian BSP dan keputusan memang tidak memberangsangkan..semua reading meebihi tahap normal. So esok aku pun dijadualkan berjumpa doktor semula. Lepas jumpa doktor, confirmlah aku di refer ke pakar dan aku pun terus lah ke hospital Selayang.
Serah Diri Masuk Hospital
Selepas pemeriksaan darah dan urin yang kurang memuaskan, ape lagi kene masud wad lah jawabnya. Sebabnya doktor nak monitor dulu seteruk mana tahap GDM aku ni. Bermalam lah di hospital dan hanya Allah je yang tahu hati ni sedih dan risau sangat dengan dugaan mengandung kali ni..dalam kepala otak ni cuma fikirkan baby dalam kandungan je..Ya Allah semoga semuanya dipermudahkan..di hospital aku diberi insulin 3 kali sehari, so memang kes aku ni dah kene insulin, no more diet control. Esok pagi, lepas lawatan doktor, aku diberitahu kalau pandai cucuk insulin sendiri so dah boleh keluar dah..legalah rasa..so tunggu la pharmacist datang bawak pen insulin, step by step die ajar mcm mana nak cucuk insulin dan tempat yang dia ajar senang untuk cucuk adalah di perut..mak aii, horror jgk bila nak kene cucuk dekat perut yang semakin memboyot tu..tapi hadap je lah..so masa nurse datang untuk monitor aku cucuk dengan yakin aku pun tunjuk lah cara untuk cucuk tu..masa cucuk takde lah sakit lepas tu baru rasa pedih sikit, maybe sebab kulit perut dah tegang sangat.. Since nurse pun nampak aku memang yakin boleh cucuk insulin sendiri, so boleh lah discharge..tapi dengan syrat aku kene dapat consultation dari dietitian dulu..hahaha, ni part yang akan memberi sedikit stress kepada kita tapi tidak pada aku yang bukan seorang yang pemakan sangat..so banyaklah benda yang kene ubah dari segi cara permakanan dan masa makan kene teratur..tapi menarik jugak, sebab kalau tak sebelum ni makan je ape yang rasa nak makan, tapi sekarang memang agak particular lah jugak..untuk kebaikan so why not?
Pen insulin ni lebih penting dari hp dalam hand beg sekarang |
Alah Bisa Tegal Biasa
So sekarang ni dah jadi rutin harian aku untuk cucuk insulin sehari 3 kali.. dan untuk monitor sendiri, en suami pun dah siap dah beli glucose-meter untuk senang check reading darah at any time. Lagi bestnya segala kelengkapan untuk check darah semuanya dah di beli extra, sayang betul en suami I ni dekat isterinya yang sakit ni..thank you sayang..so apa sahaja dugaan yang Allah turunkan kepada umatnya, itu bermakna Allah sayangkan kita dan Allah tahu kemampuan umatnya tersendiri..pandang dari sudut positif dan berdoa agar segalannya dipermudahkan dan selamat...Insyallah..Oh ye, kes aku ni doktor dah kasi tarikh untuk induce pada 19/4/2015 ( 2 minggu awal ), kenapa nak kena induce? sebab, normally kalau GDM ni risiko baby besar dan mati dalam kandungan tinggi kalau tidak di kawal.. so maybe doktor tak nak amik risiko so bersalin awal lah nmpaknya..harap2 adik baby pun memang dah ready nak keluar time tu..tak payah nk induce2 lah...hehe... berdoa dan terus berdoa...
0 comments:
Post a Comment