PENGALAMAN GDM KETIKA HAMIL ANAK KETIGA

Salam semua..mesti ramai mommies yang tertanya2 macam mana la agaknya ibu yang terkena GDM ni semasa bersalin nanti..ok based on pengalaman diri saya sendiri meh saya share bersama dgn semua mommies di luar sana..

Pahit Manis Ketika GDM


Seperti kebiasaannya, GDM mommy akan diberi tarikh seawal 2 minggu dari tarikh due sebenar untuk bersalin. Tapi kalau bersalin awal lg dari tarikh yang diberi Alhamdulillah la..maybe xde kot mengahadapi procedure tertentu as GDM ni..Saya diberi tarikh awal 2 minggu untuk warded dan apabila di ward tahap gula kita di monitor 24 hrs..mmg sgt particular, sbb risiko sgt tinggi pada baby kalau tahap gula tinggi ataupun rendah..hari pertama saya disuruh berehat je di ward sbb keesokan hari barulah segala procedure akan dilakukan. Selepas selesai solat subuh, nurse dan doktor dtg untuk memasukkan ubat induce dgn tujuan untuk membuka jalan..huh sakit sgt apbl doktor masukkan ubat..mana tak nya, ubat bersaiz sebesar painkiller dimasukkan dan dipecahkan oleh jari doktor ketika masukkan ubat..pedih sgt huhu..sabar je la..so after 6 hrs akan di review balik samada jalan dh terbuka atau tidak..lebih kurang sejam selepas ubat dimasukkan barula saya terasa contraction tp mild je..semakin lama semakin kuat dan kerap..so dlm tgh hari tu doktor dtg review balik jalan dh bukak 3cm dan membuat keputusan untuk pecahkan air ketuban..result dr CTG nmpk contraction sgt kuat selang 5 min 3 kali..so doktor terpaksa masukkan ubat utk kurangkan contraction sbb takut nnt effect pada rahim kita membengkak akibat contraction yg kuat..dalam masa yg sama ubat/insulin untuk pastikan paras gula maintain pun dimasukkan jgk dlm badan..so terpaksa buat line disebelah tgn kanan plak..masa tu ada 4 mesin yang beroperasi di keliling saya..dah mcm kritikal sgt..nk ke toilet pun kene bwk tiang air drip tu..huhu..doktor arahkan sy masuk labor room walaupun baru 3 cm..maybe sbb air ketuban dah dipecahkan so at any time aku boleh bersalin..dalam pkl 5.15pm barulah dpt masuk labor room sbb full..maklumla hospital kerajaan...sampai di labor room saya dipersiapkan persalinan untuk bersalin dan diberikan ubat tahan sakit...auucchh kene cucuk plak dkt bontot..dah settle je cucuk saya rasa khayal dan ngantuk sgt..nak ckp dgn husband di sebelah pun tak larat..so dpt la rehat dlm sejam sblm sakit contraction menyerang...dalam 7.30pm dah mula rs nak meneran tp disuruh tahan sbb baru 8 cm..huhu sabar la sikit lagi..tp lame2 dah tak tertahan akhirnya......alhamdulillah selamat melahirkan baby boy seberat 3.01kg..keadaan menjadi tegang apbl baby yg br keluar menangis sekejap dan selesai di azan oleh suami td diam tidak bergerak...terus nurse bwk keluar dan lakukan procedure keselamatan ke atas baby...masa tu hanya Allah je yg tu perasaan saya yg masih letih melahirkan nmpk keadaan baby mcm tu..selang beberapa minit, alhamdulillah ade nurse dtg baby comel ke arahku..masing2 lega selepas situasi cemas td..sbb ade kes yg baby hypo lepas bersalin..tu yg risau tu..
Selepas 24hrs saya dan baby di monitor  kadar gula dah normal so baru boleh discharge...syukur Alhamdulillah..setelah selamat menghadapi cabaran mengandung dan bersalin sbg pengidap GDM..


Hikmah GDM


Bab ni mmg best aku nk story dan share..sebernarnya Allah sebaik2 pengatur hidup kita..hikmah selepas pengidap GDM ni sgt baik utk aku..skrg ni makan lebih terkawal dengan kandungan gula setiap hidangan..so quality dan quantity kene alert...minum air manis tu mmg jarang la sgt skrg..lebih prefer air kosong and guess what..bile kita mmg amalkan minum air kosong je berat nk turun sgt senang..berat badan dah cecah angka 47kg..kalau tak sblm ni 54kg uolls..hampir 5 tahun berat tak berjaya turun ke angka 4..and finally this time secara tak sengaja turun...Alhamdulillah...so keep maintaining the weight la after this. 

Baby GDM Habib Hakim

Dugaan GDM pada Trimester Ketiga

Salam semua,

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat Allah diberikan kesihatan dan bernafas sehingga kini. Walaupun dugaan demi dugaan tapi aku tempuh dengan cara yang positif.  

Ape itu GDM?

Secara simple dan padat GDM ( Gestational Diabetes Militus adalah Diabetis semasa hamil ). GDM ni berlaku hanya ketika hamil sahaja dan rata-rata kes GDM selepas kelahiran, keadaan akan kembali normal. Keadaan ini berlaku disebabkan hormon wanita hamil yang terganggu, so insulin tidak dapat dihasilkan dengan sempurna oleh tubuh badan dan kandungan gula (glucose) akan tinggi dalam badan. GDM akan menjadi bahaya dan risiko sekiranya ibu hami tidak tahu yang dirinya mengalami GDM. Kandungan gula dalam darah ibu hamil yang tinggi akan menjejaskan bayi dalam kandungan kerana boleh menyebakan kerosakan organ bayi dan boleh mengakibatkan kematian kepada bayi. Sebab itulah semua ibu hamil akan diarahkan untuk minum air gula semasa check up pada awal kehamilan dan juga pada hujung kehamilan. Sebab sometimes ade yang diagnose GDM pada awal kelahiran dan ade juga pada hujung kehamilan.

Apa itu GDM

Terkejut dengan berita

Pada minggu ke 29 kehamilan, aku pun pergilah untuk appointent check up untuk MGTT yang kedua. Sebelum minum reading 5.8 tapi selepas dua jam datang semula ke klinik untuk amik darah reading mencanak naik ke 9.9..masyallah terkejut sangat.. berbanding dengan result masa MGTT pertama 4.4/5.9..so terus lah di suruh untuk buat BSP esoknya. BSP ni adalah untuk monitor kadar gula setiap dua jam selepas breakfast, lunch dan dinner. So kalau reading BSP tinggi kene lah refer pada pakar di hospital. Maka keesokkan nya bermulalah ujian BSP dan keputusan memang tidak memberangsangkan..semua reading meebihi tahap normal. So esok aku pun dijadualkan berjumpa doktor semula. Lepas jumpa doktor, confirmlah aku di refer ke pakar dan aku pun terus lah ke hospital Selayang. 

Serah Diri Masuk Hospital 

Selepas pemeriksaan darah dan urin yang kurang memuaskan, ape lagi kene masud wad lah jawabnya. Sebabnya doktor nak monitor dulu seteruk mana tahap GDM aku ni. Bermalam lah di hospital dan hanya Allah je yang tahu hati ni sedih dan risau sangat  dengan dugaan mengandung kali ni..dalam kepala otak ni cuma fikirkan baby dalam kandungan je..Ya Allah semoga semuanya dipermudahkan..di hospital aku diberi insulin 3 kali sehari, so memang kes aku ni dah kene insulin, no more diet control. Esok pagi, lepas lawatan doktor, aku diberitahu kalau pandai cucuk insulin sendiri so dah boleh keluar dah..legalah rasa..so tunggu la pharmacist datang bawak pen insulin, step by step die ajar mcm mana nak cucuk insulin dan tempat yang dia ajar senang untuk cucuk adalah di perut..mak aii, horror jgk bila nak kene cucuk dekat perut yang semakin memboyot tu..tapi hadap je lah..so masa nurse datang untuk monitor aku cucuk dengan yakin aku pun tunjuk lah cara untuk cucuk tu..masa cucuk takde lah sakit lepas tu baru rasa pedih sikit, maybe sebab kulit perut dah tegang sangat.. Since nurse pun nampak aku memang yakin boleh cucuk insulin sendiri, so boleh lah discharge..tapi dengan syrat aku kene dapat consultation dari dietitian dulu..hahaha, ni part yang akan memberi sedikit stress kepada kita tapi tidak pada aku yang bukan seorang yang pemakan sangat..so banyaklah benda yang kene ubah dari segi cara permakanan dan masa makan kene teratur..tapi menarik jugak, sebab kalau tak sebelum ni makan je ape yang rasa nak makan, tapi sekarang memang agak particular lah jugak..untuk kebaikan so why not?


Pen insulin ni lebih penting dari hp dalam hand beg sekarang

Alah Bisa Tegal Biasa

So sekarang ni dah jadi rutin harian aku untuk cucuk insulin sehari 3 kali.. dan untuk monitor sendiri, en suami pun dah siap dah beli glucose-meter untuk senang check reading darah at any time. Lagi bestnya segala kelengkapan untuk check darah semuanya dah di beli extra, sayang betul en suami I ni dekat isterinya yang sakit ni..thank you sayang..so apa sahaja dugaan yang Allah turunkan kepada umatnya, itu bermakna Allah sayangkan kita dan Allah tahu kemampuan umatnya tersendiri..pandang dari sudut positif dan berdoa agar segalannya dipermudahkan dan selamat...Insyallah..Oh ye, kes aku ni doktor dah kasi tarikh untuk induce pada 19/4/2015 ( 2 minggu awal ), kenapa nak kena induce? sebab, normally kalau GDM ni risiko baby besar dan mati dalam kandungan tinggi kalau tidak di kawal.. so maybe doktor tak nak amik risiko so bersalin awal lah nmpaknya..harap2 adik baby pun memang dah ready nak keluar time tu..tak payah nk induce2 lah...hehe... berdoa dan terus berdoa...
Powered by Blogger.