Cara Membuat Play Dough



Salam semua, entry kali ni mengenai cara membuat play dough mengunakan bahan-bahan yang selamat dan mesra alam..sebenarnya dah lama dah aktiviti dan cubaan membuat play dough ni, cume sekarang ni baru terfikir nak share..lagipun elok sangat la sempena cuti sekolah minggu depan, mungkin dapat memberi idea kepada anda untuk membuat aktiviti dengan anak-anak di rumah sekiranya tiada plan bercuti ke mana-mana..

Bahan semulajadi dan selamat


Banyak juga perbezaan bahan-bahan untuk membuat play dough yang saya dapat dari internet, tetapi kebetulan di rumah tidak bahan-bahan yang disenaraikan..so saya membuat pendekatan yang simple and easy je.so apa bahan-bahan asas saya?

Bahan-bahan dan cara:

Tepung gandum
Air
Minyak masak
Pewarna

Seperti biasa saya ni tak suka sangat nak ikut sukatan, saya lebih selesa ikut suka hati..haha..so budget2 je la ye..campurkan tepung dengan sedikit minyak dan bancuhkan dengan air..pastikan air di letak sedikit demi sedikit ok! Sebelu terlupa masukkan sedikit pewarna.. lepastu uli dough sehingga anda rasa ok dan mudah untuk anak-anak main..seeloknya biarkan anak-anak yang bancuh sendiri, anda cuma perhatikan sahaja..barulah anak-anak lebih teruja..ok selamat mencuba..


Seronok anak-anak berpeluang menghasilkan play dough sendiri
Dough terhasil sangat memuaskan dan non greasy

Sediakan alas plastik untuk anak-anak bermain

Kanak-Kanak dan Bermain

Jangan halang anak-anak bermain.

Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang anak bermain kerana anda mungkin akan melumpuhkan kreativiti anak anda. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya.

Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.

Apakah Faedah Kanak-kanak Bermain?

Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Rumah Sebagai Tempat Bermain

     “Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Di rumah anda boleh memberi anak-anak bermain dengan apa sahaja objek selagi ia tidak membahayakan. Periuk, mangkuk plastik dan sudu, anda tentu terperanjat bila mendapati anak anda boleh membuat pelbagai bunyi dengan menggunakan pelbagai alat yang telah anda berikan tadi. Mereka belajar mengangkat sudu dan mengetuk periuk. Secara tidak langsung anak anda belajar mengenal bunyi dan bentuk yang termasuk dalam subjek sains.

Bermain Sebagai Terapi

Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar anak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Anak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka

Bermain Sebagai Proses Fizikal

Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.

 

Ibuku Penglipurlara Comel..

Salam semua.dh lame dah tergerak nak tulis entry pasal diri ku seorang ibu yang suka bercerita. Terutama sekali kepada anak-anak syurga tersayang. Bukan nak perasan la, tapi kalo nak di bandingkan dengan ayah mereka, anak-anak lebih terhibur mendengar cerita dari ibu berbanding ayah. Tetapi, itu dulu..en Hakim skrg pun nak challenge saya juga dalam menjadi penglipurlara kepada anak-anak. Good job dear, i know you are the best ayah to our HH..

Gaya Ibu 


Gaya dan intonasi dalam penceritaan penting tau, so that anak-anak ni xde la boring je nak gengar cite tu sampai habis. Ini memang kepakaran ibu lah dalam bercerita. Cotonhnya kalau cerita itu ada pelbagai karektor haiwan seperti buaya, kambing dan ibu ayam ke, so ibu akan cuba bacakan dialog yang mencerminkan watak animal tersebut. ye lah kalo si buaya tak kan la suara die kecik plak kan..mesti suara yang agak garau, kalo si anak ayam, mula lah keluar suara anak ayam yang comel dari mulut ibu..hehe, memang enjoy la anak-anak dengar cerita ibu. Kadang-kandang tu bedtime story sampai 10 buah buku cerita ibu kena baca..huhu habis lah suara merdu ibu ni anak-anak oii.. tapi apa lagi yang mengembirakan hati si ibu selain melihat anak mereka tertawan kan?? so baca je la ibu..Ada juga saya dan suami membacakan bedtime story kepada anak-anak bersama..hehe kalo cerita yang di pilih The Fox and The Goat, confirmlah si ayah akan baca dialog fox dan ibu dialog goat. hahaha..bahagia sangat...

Ayah pun boleh tahan tau

Sejak akhir-akhir ni anak-anak selalu minta ayah mereka ceritakan masa ayah kecil-kecil dulu. Hahah, sejarah hidup ayah yang nakal ketika kecil dulu. Itu sekarang menjadi favorite anak-anak, yang mana cerita hidup ayah lebih menarik dari segala buku yang ada di rak buku. I love it dear...si ayah memang sangat kreatif dalam memenangi hati anak-anak. Bayangkan dengan menceritakan segala kisah hidup yang manis dan pahit kita kepada anak-anak, anak-anak akan lebih mengenali siapa ayah dan ibu mereka dengan lebih dekat. Anak-anak perlu tahu sejarah hidup lepas kita, barulah mereka anggap kita bukan sekadar ibu dan ayah malah best friend forever mereka. Segala benda kita berkongsi dengan anak-anak, so tidak akan menjadi masalah nanti anak-anak nak berkongsi masalah dengan ibu ayah mereka apabila mereka remaja kelak. Maklumlah remaja adalah peringkat di mana kita perlu menjadi teman kepada anak-anak, kalau tidak mahu mereka jauh dan lebih cenderung kepada teman seperjuangan.

Tidak ada masalah berbelanja buku 

Alhamdulillah setakat ni saya dan suami memang tidak lokek dalam berbelanja buku untuk anak-anak. Kalau buku yang anak-anak inginkan agak mahal tetapi ilmu yang disampaikan oleh buku itu sangat berguna maka kami akan berbelanja untuk buku tersebut. Saya akan memastikan keadaan buku berada dalam keadaan baik, so setiap kali berbelanja buku pasti saya akan terus membalut buku supaya terpelihara dari koyak, kotor dan sebangainya. Minat membaca perlu dipupuk sejak awal lagi, syukur sangat anak-anak menampakkan minat terhadap buku yang sangat baik sehinggakan hadiah harijadi mereka tahan lepas, BUKU adalah permintaan mereka. Buku ensiklopedia OCEAN LIFE permintaan Haqqul Hakim, kata nya die belum banyak tahu mengenali ocean life, so that he need a book untuk dapatkan info tersebut. Untuk anak 5 tahun seperti Haqqul menampakkan minat yang hebat seperti itu sudah cukup menggembirakan saya dan suami. syukur..Jadi to all parents out there, berbelanjalah untuk buku kerana ilmu yang terdapat dalam buku merupakan harta karun yang tiada tandingannya..


Koleksi buku terbaru di borong pakai BB1M 

Pemilihan Tadika Terbaik

Tadika mana yang bagus untuk anak-anak? 

Delima ini sering terjadi kepada ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak mereka ke tadika/pra sekolah untuk mendapatkan pembelajaran yang terbaik Sedikit sebanyak pemilihan tadika yang bagus akan membantu perkembangan dari segi pendidikan anak-anak kita. Tadika yang bagus mampu menghasilkan kanak-kanak yang lebih bersedia untuk belajar di sekolah rendah secara formal daripada aspek akademik, fizikal dan rohani. Namun begitu, perkataan ‘bagus’ adalah sangat subjektif dan berbeza bagi setiap kanak-kanak. Bagi pendapat saya, pemilihan tadika adalah terletak kepada ibu bapa kerana ibu bapa lebih arif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Jadi, sekiranya anak-anak kita adalah antara kanak-kanak yang aktif maka corak pembelajaran yang berunsurkan 'interactive learning' adalah yang lebih baik daripada pembelajaran yang hanya terhad di bilik darjah Kerana kanak-kanak akan cepat bosan dengan persekitaran bilik darjah yang terhad, berbanding dengan pembelajaran yang berkonsep 'outdoor' di mana dari pemerhatian kepada persekitaran kanak-kanak akan lebih cepat terdorong minat untuk berlajar. So setelah kita mengenal pasti karektor anak kita, maka di sini bermulalah pencarian tadika untuk anak kita. 

Pemilihan Tadika Untuk Anak

Dalam membuat pilihan tadika, terdapat beberapa faktor yang perlu kita kenal pasti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih tadika tersebut. Faktor pemilihan tadika yang pertama pada pengalaman saya yang lepas adalah:
  1. Guru @ Teacher- Guru adalah element yang paling utama dalam memilih tadika untuk anak-anak. Pastikan latar belakang guru yang mengajar di tadika tersebut. Adakah mereka mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak ataupun mempunyai kelayakan kemahiran yang setaraf. Guru yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada anak kita seperti mereka suka pergi ke sekolah dan nama guru sering menjadi sanjungan anak-anak. Sehinggakan apa yang guru perkatakan akan dituruti oleh anak kita. Manakala guru yang garang akan membawa masalah kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah kemudian hari. Selalunya karektor seorang guru tadika adalah penyayang dan sukakan kanak-kanak. Kita boleh tahu karektor guru tersebut apabila menghantar anak ke tadika. Perhatikan riak wajah guru yang  menyambut kedatangan anak kita ke sekolah. Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak? Selain itu, ambil peduli tempoh perkhidmatan guru tersebut. Samada full time/part time. Sebaiknya pilih lah guru yang berkhidmat secara full time di tadika tersebut, ini kerana pertukaran guru akan menjejaskan mood pembelajaran anak-anak Anak-anak akan hilang mood apabila guru yang pada awal mengajarnya bertukar ganti dengan guru yang baru hendak dikenalinya. Anak-anak akan mengambil masa untuk mengenali serta membiasakan diri dengan guru yang baru.
  2. Emosi kanak-kanak terhadap tadika dan Guru - Emosi terhadap guru berkait rapat dengan karektor guru di tadika. Manakala emosi terhadap tadika bergantung kepada keceriaan bilik pembelajaran dan persekitaran tadika.
  3. Pelan atau rancangan pembelajaran di tadika - Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan isu pembelajaran di negara kita. Ambil peduli mengenai pelan dan rancangan pembelajaran di peringkat pra sekolah. Apakah pendekatan yang perlu diterapkan oleh anak-anak di awal proses pembelajarannya. Sekiranya tadika menggunakan rancangan pembelajaran yang sejajar dengan tahap anak-anak yang sepatutnya, maka pilihlah tadika tersebut.
  4. Kesinambungan pembelajaran di rumah -  Tugas mendidik anak-anak bukan lah terletak di bahu guru tadika semata-mata. Ibu bapa adalah pendidik yang pertama dan utama kepada anak-anak. Oleh itu pastikan pembelajaran yang di ajar di rumah adalah sejajar dengan di tadika. (pengalaman saya : Saya selalu berpesan kepada Haqqul bahawa jangan bergaduh/pukul kawan di sekolah..tetapi malangnya suatu hari semasa menjemput Haqqul pulang kepala Haqqul bengkak sedikit, cikgu dia bagitau yang ada seorang budah perempuan pukul Haqqul, saya terkejut bila guru tu cakap yang dia suruh Haqqul balas balik, tetapi Haqqul tak mahu membalas..alahai cikgu, wajarkan cara balas membalas ni di ajar kepada anak-anak? tapi bila saya jelaskan knp Haqqul tidak balas kerana pesanan saya spy jangan bergaduh/pukul kwn terus guru tu senyap dan malu sendiri...sayangnye kalo salah menjalankan peranan sebagai pendidik) 

Bertukar Tadika/Sekolah Setiap Tahun

Bertukar tadika? Itulah pendedahan yang cuba saya dan suami lakukan kepada Haqqul. Haqqul merupakan anak sulung saya so, saya dan suami mahu Haqqul lebih flexible, adaptive dan lebih mendapat pendedahan (exposure) terhadap setiap perubahan di persekitaran nya. Alhamdulillah, Haqqul lebih matang dan tidak ada masalah untuk ke sekolah kerana sudah terbiasa dengan perubahan persekitaran dan orang di sekelilingnya. Sekolah pertama Haqqul semasa 4 tahun di Tadika Pintar Soleh (An Najah Educara Centre) di seksyen 11 Shah Alam. Semasa berusia 5 tahun Haqqul bersekolah di Tadika Sarjana Pintar terletak di seksyen 6 Shah Alam. Kini kami berjaya menempatkan Haqqul di Pra Sekolah SK Raja Muda, di mana merupakan bekas sekolah ayahnya dahulu. Kenapa pilih Pra sekolah? Sebagai persediaan awal Haqqul untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar di Tahun 1 nanti. 


Seawal 4 tahun di Tadika Pintar Soleh 

Sukan Tadika Pintar Soleh 

Semasa di Tadika Sarjana Pintar
Kini di Pra Sekolah Sk Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam

Aktiviti berkebun di lakukan di sini

Keceriaan sekolah mendorong pembelajaran anak-anak

Persekitaran pra sekolah yang cantik

Kes bayi Meninggal di Taska

Di sekitar Shah Alam ni banyak sebenarnya tadika cume tadika manakah yang terbaik untuk anda pilih sebagai tempat anak-anak menimba ilmu. Saya pernah berpengalaman menghantar Haqqul di taska yang mana taska tersebut terlibat dalam kes bayi meninggal. Pada hari kejadian saya memang menghantar Haqqul (pd ketika itu 3 tahun) ke taska dan terkejut apabila mendapat tahu berita dari salah seorang penjaga di taska berkaitan kes tersebut. Kes ini telah heboh di surat khabar dan berita. Selepas kejadian tu bapa mangsa sering kali turun dan mengganggu urusan taska. Keadaan ni memang merisaukan ibu bapa yang lain kerana risau keselamatan anak-anak yg dihantar ke situ. Kesan daripada kekacauan yang bapa mangsa lakukan taska terpaksa di tutup atas sbb tidak mendaftar premis sebagai pusat jagaan. Saya dan suami teruslah mengambil keputusan untuk menghantar ke taska lain. Kejadian bayi meninggal akibat tersedak susu semakin menjadi-jadi..akibat risau akan keselamatan dan beberapa faktor saya pun membuat persediaaan untuk berhenti kerja dan menguruskan keluarga sehinggalah kini. Percayalah pada rezeki Allah, kalau kita berusaha Allah pasti akan membantu dan yang pasti saya bahagia bergelar WAHM (^_^)


  

Anak Gigit Kuku?

Salam Semua,
Perkongsian entry pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi diri sendiri. Masalah si kecil Haiqal mempunyai tabiat menggigit kuku dan suka memasukkan sesuatu yang di pegang ke dalam mulut. Apa yang boleh dibuat dalam mengatasi masalah ini dan apakah tindakan oleh seorang ibu dan bapa yang genius dalam menangani permasalahan ini? 

Tabiat Si Kecil

Ada sesetengah kanak-kanak mempunyai tabiat suka mengigit kuku. Walaupun sudah puas kita menegahnya, namun mereka tetap mengulangi tabiat ini. Saya bimbang si kecil akan dijangkiti penyakit akibat termakan bakteria yang terdapat di kuku mereka. Selain daripada itu kuku mereka akan kelihatan tidak cantik akibat digigit dan kadang-kadang luka kecil boleh berlaku di bahagian tepi kuku (cekam). Sebenarnya keadaan ini berlaku apabila usia si kecil mencecah 2 tahun. Pada mulanya keadaan ini tidak kerap, tetapi lama kelamaan semakin menjadi-jadi pulak. Risau sangat keadaan ini akan berterusan sehingga dia besar. So sebagai langkah awal, apa yang boleh saya lakukan?

Atasi Tabiat Gigit Kuku Pada Haiqal.

  1. Menawarkan hadiah sekiranya anak-anak berhenti menggigit kuku. Anak-anak akan merasa sangat bahagia apabila diberikan hadiah sebagai ganjaran kepada sesuatu perkara yang mereka lakukan.        ( Cthnya: Saya pernah menawarkan Haiqal untuk makan aiskrim sekiranya dia stop gigit kuku, hal ini berjaya utk seketika waktu..tetapi berulang lagi kemudiannya..so jangan mudah give up..perlulah berperingkat serta bersabar)
  2. Celupkan larutan garam/asam jawa ke tangan anak. Rasa masin dari garam selalunya tidak disukai oleh anak-anak. Keadaan ini mungkin boleh mengatasi tabiat si kecil itu. 
  3. Pastikan kuku pendek. Bab ini memang saya particular. Hampir setiap 3 hari saya akan periksa kuku si kecil ini supaya tidak ada peluang langsung untuk mengigit kuku lagi. (tapi worst kes pernah terjadi die beralih arah ke kuku kaki..aiyakkk anak ibu)
  4. Cuba perhatikan kenapa mereka gigit kuku. Pada kondisi saya ni, si kecil Haiqal menggigit kuku ketika dia dalam keadaan lapang. Cthnya masa die menonton TV, bermain dan masa dia kelihatan boring. So, tindakan saya terhadap situasi ini adalah, saya akan kerap memastikan perilaku dia dan akan menegur saat dia mahu menggigit kuku. Hehe kene alert la sikit.
  5. Pastikan kita memberitahu anak-anak yang kesan menggigit kuku ini adalah tidak elok dan ibu dan ayah tidak suka tabiat ini. (sebenarnya anak-anak faham, cuma kadang-kadang sudah menjadi kebiasaan diri, so boleh dikatakan tabiat ini sesuatu yang kita lakukan tanpa sedar juga la)

Walaupun pelbagai cara sudah saya lakukan tetapi tabiat ini masih belum dikikis 100%..kadang-kadang Haiqal akan cuba menggigit kuku juga. Cuma dia akan cepat berhenti dan tersenyum apabila di tegur. Tabiat ini semakin kurang, So kepada ibu dan bapa fahamilah perkembangan anak-anak ini perlukan kesabaran dan konsisten dari ibu dan bapa. Teruskan mendidik anak-anak ke arah insan yang genius kelak. Rasa bersyukur kerana Haiqal hanya suka gigit kuku, kalau tabiat suka gigit orang lagilah besar masalah ibu ni..anak oh anak..Dirimu anugerah dari Allah buat ibu, tidak akan ibu sia-siakan anugerah hebat Allah ini. 


Anak syurga ibu, Haiqal
Menjaga dan mendidik adalah tanggungjawab ibubapa. Akan ibu lakukan dengan terbaik dalam menjaga dan mendidik anak-anak syurga ibu ke arah generasi yang genius akal dan akhlak.




IBU SEBAGAI PENDIDIK PERTAMA DAN UTAMA


Darjat Seorang Ibu

Siapakah insan yang patut kita patuh di muka bumi ini? Ibu, Ibu, Ibu...begitulah darjat sorang ibu sebanyak 3 kali berbanding ayah.

Pembaca blog yang di sayangi Allah..
Siapakah ibu itu?
Lalu, apa peranannya?

Eratnya hubungan seorang anak dengan ibu, jauh lebih kuat dan memberi daya dorong yang lebih tinggi dibandingkan dengan daya dorong ayah/suami. Tapi kenapa ya? pernahkah kita terfikir keadaan ini terjadi adalah disebabkan jalinan biologi dan psikologi ibu jauh lebih lama berbanding ayah. 

Masyaallah, hebat sungguh martabat seorang ibu.

Oleh itu, hal terpenting seorang ibu selain menjaga anak-anak adalah menjadi PENDIDIK yang pertama dan utama bagi anak-anak. Tetapi keadaan ini semakin membimbangkan apabila tugas pendidik itu telah diberikan 100% kepada guru di sekolah. Ibu semakin sibuk dalam urusan kerja sehingga lupa akan urusan mendidik anak yang mana ibulah yang wajar memegang title pendidik itu.

Ibu memiliki tugas mendidik sejak dari dalam rahim lagi. Rahim ibu berfungisi untuk memberi gizi kepada janin sekaligus pendidikan. Pendidikan diterima bersifat terpusat (kerana dihubungkan melalui tali pusat) ,so secara pasif anak dalam kandungan menerima pembelajaran dari perbuatan ibu, emosi, pertuturan dan segala macam yang ibu lakukan ketika hamil. Sebab itulah keadaan emosi  dan jiwa ibu yang hamil perlu di jaga, kerana dapat mempengaruhi anak yang di kandung itu.


Kongsi pengalaman diri 

Pengalaman diri saya sewaktu berkerja dahulu mengajar saya bahawa kesibukan bekerja dan kekurangan masa untuk anak-anak menjadikan saya rasa macam tidak lengkap (incomplete). Tetapi setelah bergelar WAHM ni syukur Alhamdulillah, saya dapat luangkan masa dalam mendidik anak-anak. Bergelar suri rumah bukanlah bermakna saya terkurung dan tidak memiliki kebebasan dalam melakukan apa sahaja yang saya mahu. Malah masa ini lah peluang untuk saya beramal kepada keluarga saya (suami dan anak-anak), dan saya percaya suatu hari nanti, saya lah yang akan menuai hasil yang baik di atas pengorbanan yang saya lakukan ini. 

Anak ini adalah anugerah Allah yang suatu hari nanti akan di minta pertanggungjawabkan di akhirat. Sebab itu lah saya mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak kerana mahu membukti kan bahawa martabat ibu yang tinggi itu layak diberikan kepada saya. Insyallah.

Pernah tak dengar orang kata 'ibu susah untuk mengajar anak-anaknya sendiri walaupun ibunya seorang guru'. Mentallity yang sebegini wajar kita cantas dari mula. Kenapa perlu menafikan tugas ibu yang telah ditetapkan sebagai pendidik pertama dan utama kepada anak-anak? So semua ibu boleh mendidik anak. Tak susah rasanya, sebab zaman moden sekarang ni macam-macam medium untuk mengajar anak. Ambil tahu silibus di sekolah anak-anak. Saya percaya kebanyakkan ibu sekarang ini mempunyai kelayakan akademik yang hebat, so bukan lah masalah untuk menidakkan kebolehan diri untuk mengajar anak-anak. Betul tak? Jom mommies, bantu anak-anak kita dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam pendidikan. Jangan menyerah 100% kepada guru di sekolah. Kesian guru, kadang-kadang terlalu fokus kepda pelajar di sekolah sehingga terlupa akan anak sendiri. What gonna work? TEAMWORK...when we work together, we got the right stuff (hehe, lagu wonderpets)


Sedikit sebanyak cara dan kaedah saya mendidik anak-anak

Setiap kali membawa anak-anak berjalan/naik kereta..saya akan bercakap dengan mereka mengenai hal sekeliling mereka. Apa yang mereka lihat?
Cthnya : Kalau dalam perjalanan saya dan suami suka menyuruh mereka mengira jumlah kereta/van/lori di jalan. Kadang-kadang saya melakukan aktiviti math dengan mereka dengan menyuruh mereka mengira jumlah kereta yang abang kira dan jumlah lori yang adik kira. (si abang yang akan menambah, sbb adik baru 2 tahun setengah).
Kalau dalam perjalanan, kitrang ada game yang kitorang suka main 'Animals Alphabet Matching Game'
Cara nak main game ni adalah dengan membunyikan huruf A dengan cara phonics (cth A, A,A  Alligator) dan seterusnya. Masa ini lah Haqqul akan cuba untuk mencari animals yang lain dari kebiasaan. (not a typical animals)

Apabila saya berada di dapur untuk masak, kadang-kadang haqqul akan datang utk offer diri untuk bantu ibu. Adalah juga saya suruh dia keluarkan garam/gula/asam jawa dan macam-macam lagi..so pada awal die mmg xkenal la..tp bila saya cakap garam yang rasa masin, gula yang rasa manis dan asam jawa yang rasa masam..so cara die nak tau die akan bukak kabinet dan rasa la sedikit untuk kenalpasti. Pernah dia tanya kenapa abang rasa masin, masam, dan manis ni ibu? Haa masa ni lah saya akan suruh die keluarkan lidah dan bgtau die lidah kita ni ada bahagian rasa tertentu. Dan terangkan kepada die..percayalah ibu, walaupun level macam tinggi je..tapi anak-anak akan faham bile die explore nanti. Jangan bantutkan pertanyaan anak-anak dengan cara mengelak utk bgtau kerana risau anak-anak takkan paham. Just explain to them. 



Berlajar sains
Aktiviti masak alphabet donut dengan ibu


Support minat anak

Minat anak-anak kita perlu sokong dan nak lagi baik kita cuba untuk meminati minat yang sama dengan apa anak-anak minat. Sebagai contoh minat Haqqul terhadap dinosaur. Sebagai ibu dan ayah yang supportive segala macam ilmu berkaitan dinosaur saya akan cuba berikan kepada Haqqul seperti buku, toys, movie, exhibition, t-shirt, beg dan macam-macam lagi. Melaui minat dia itulah saya salurkan ilmu, macam mana ye? contoh dari buku/ensiklopedia, saya akan baca dan ceritakan kepada die mengenai dinosaur tu dan jenis-jenis dinosaur yang tergolong dlm karnivor/herbivor dan omnivor. Dan Haqqul sudah tahu klasifikasi tersebut, bkn hanya kpd dinosaur malah kepada semua benda hidup. Saya cakap kepada die kenapa kita ada gigi taring and gigi geraham? Sebab manusia adalah half carnivore and half herbivore , so manusia adalah omnivor. Die excited sangat dan mudah untuk dia terima sbb contoh yang dekat dengan diri dia. So ibu kenalah kreatif sikit dalam mengajar anak-anak. Sebenarnya macam-macam cara untuk kita cuba jadi pendidik kepada anak-anak. Cuma masalahnya mahu ataupun tidak?

Minat terhadap dinosaur dikongsi bersama tok wan


Lukisan pertama yang terbaik seawal 4 tahun 

So itulah impian saya sebagai seorang ibu, menjadi pendidik yang pertama dan utama. Saya mahu anak-anak melihat diri ini sebagai seorang ibu yang versatile gitu. Ibu adalah role model kepada anak-anak. Dari ibu dan ayah Haqqul pandai melukis, memasak, mengenal jenis binatang, berlajar sains dan math, mengenal ilmu agama dan segalanya bermula dari ibu dan ayah. Itulah impian kami sebagai ibu bapa yang perihatin terhadap perkembangan anak-anak syurga kami. Semoga Allah memberkati pengorbanan kami.

Doa mendidik anak untuk para ibu :

"Ya Allah, Berikanlah kesabaran kepada para ibu dalam mendidik anak-anak, serta berilah semangat istiqamah dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang diberikan oleh anak-anaknya, supaya kami mampu mencapai kejayaan dunia dan akhirat". 
Amin 
                                                     

Permainan Manipulatif Lebih Efektif

Asas Perkembangan Kanak-kanak

Tahukah kita tahap/taraf perkembangan anak-anak adalah berbeza daripada setiap individu. Tetapi semua perkembangan bergantung kepada beberapa asas perkembangan. Contohnya seperti :  
- faktor keturunan (heredity)
- konsisten dalam perkembangan
- trend perkembangan yang tidak sekata (macam up and down gitu)
- setiap anak mempunyai trend perkembangan yang tersendiri
- proses untuk perkembangan pula terdiri daripada beberapa tahap.

Jadi kita sebagai ibu dan bapa perlulah mengenalpasti tahap perkembangan anak-anak supaya kita memdidik anak dengan kadar yang lebih rasional. Tapi macam mana nak tahu kadar perkembangan anak-anak ni? Erm nak tak nak kita kenalah luangakan masa untuk mendidik anak (mengajar anak-anak di rumah). Tapi kalo kita tak pandai nk mengajar anak-anak, sebagai alternatif berjumpalah dengan guru di sekolah. Jangan tunggu sampai hari report card baru nak datang sekolah. 

Apa untungnya tahu tahap perkembangan anak-anak ni? Banyak sebenarnya, sebagai contoh guru/pendidik mengatahui apa yang diharapkan dari seorang anak pada usia tertentu. Selain itu kita dapat buat satu plan agar anak dapat diberi bimbingan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak boleh mengharapkan guru semata-mata untuk mendidik, sokongan ibu dan bapa juga penting (bukan sekadar sain surat sokong je tau, penglibatan pun juga hehe)

Alat Permainan dan Bermain

Setiap permainan yang dibeli pastikan ianya ada fungsi (unsur pendidikan) untuk ke arah merangsang perkembangan anak-anak. Barulah kita tidak membazir kan? Contoh seperti permainan untuk melatih otot besar/kecil (stimulate muscle, hand to eye coordination), mengembangkan fantasi (improve imagination ), mengembangkan daya fikir (critical thinking, stimulate fine motor, problem solving), mengembangkan kreativiti (improve creativity) dan lain-lain. So sebagai ibu bapa, kita harus tahu fungsi dan cara penggunaan permainan tersebut supaya kita dapat menstimulasikan kemampuan anak ke tahap yang optimum.

Permainan Manipulatif

Pernah tak dengan term 'manipulative toys'? Permainan manipulatif ni biasanya terdapat di sekolah/tadika. Permainan ini merupakan aktiviti permainan yang berhubungan dengan asas kembangkan anak-anak pada usia kecil. Sebab itulah memang tadika yang sering ada permainan manipulatif ni. Tapi, apa kata kita ubah cara dan wujudkan perbelajaran itu di rumah? Tidak terhad di sekolah/tadika sehaja. Permainan manipulatif ini lebih berkonsepkan kepada :
- menyesuaikan bentuk dan warna
- kombinasi bentuk
- kombinasi warna
- melihat hubungan antara bentuk, warna dan saiz
- buka dan tutup, memasang, menyusun, serta membina set mainan.
Antara contoh permainan malipulatif.
Geometric Button
 (menyusun, mengira, teknik menjahit, sorting)
Space Puzzle
(membina, kreativiti,problem solving)

Space Puzzle
(mengenal/padanan bentuk)
Animal and Their Food
(pemikiran logik dan sains)
Mini Bear
(explore feeling,kenalpasti emosi)











Animal Lacing
(hand-eye corrdination, teknik jahitan)

Hanya sebagai penduan untuk memilih permainan yang terbaik untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita perlu sensitif terhadap perkembangan anak-anak supaya anak-anak dapat membesar dengan lebih genius dan cemerlang. Kalau anda ingin mencari permainan yang terbaik, layari la My Child's Genius dan like kami di Facebook



Raikan Hari Kelahiran Anak.

Salam semua, hari ini terbuka hati untuk story pasal 'HAPPY BIRTHDAY' anak-anak syurga saya. Perlu ke atau tidak perlu adakan majlis untuk meraikan hari ulang kelahiran anak-anak ni? Bukan nya mereka paham dan tahu pun kenapa ibu dan ayah buat majlis untuk hari jadi mereka? So kalo anak-anak tak faham, tugas kita lah untuk memberi mereka faham. 



Kenapa ibu buat party?

Pertanyaan ini sering diajukan kepada ibu setiap kali ibu buat birthday party  abang Haqqul. Hehe, ibu buat birthday party sebab ibu nak kongsi rasa bersyukur ibu kepada Allah dengan semua saudara mara/sahabat. Setiap kali birthday abang, insyallah ibu akan plan untuk birthday tidak kira lah kecil ataupun besar majlis nya, janji akan ada majlis untuk anak ibu ni. Perbelanjaan untuk majlis yang kita keluarkan untuk majlis adalah tanda syukur kita kepada Allah. Banyak kelebihannya kita buat majlis untuk kesyukuran ni, tambahan pulak kita sediakan jamuan untuk para tetamu. Betul tak?


Persedian Si Ayah.

Kalau setiap kali majlis Haqqul, ayah memang memainkan peranan yang sangat penting. Apa yang ayah buat? Ayah confirm akan sediakan tempat bermain untuk anak-anak yang datang ke majlis Haqqul nanti. Lantai di luar di basuh bersih, dibentangkan tikar, kerusi dan meja semua akan di set up oleh ayah. Sebernarnya, bukan tak mampu nak upah catering, cari event management for birthday party ni, tapi saya dan suami memang suka untuk buat sendiri. Sebenarnya ada tujuan, hehe..tujuan dia supaya anak-anak akan lebih yakin dengan kehebatan ibu dan ayah. Barulah ibu dan ayah idola mereka sampai bila-bila. Sebab itulah biar kecil dan simple tapi semua adalah hasil kerja tangan ibu dan ayah. Satu lagi kelebihan ayah adalah boleh buat baloon art (macam badut). Haha, ini semua nya belajar dari Youtube, cume nak dan tak nak je. So that why i love my husband and proud he is the father of my sons. (^_^)



Hadiah apa yang sesuai?

Bab-bab hadiah ni, saya dan suami akan tanya pada anak-anak. Specially untuk Haqqul lah sebab die dah semakin besar dan sudah pandai menunjukkan minat terhadap sesuatu. Tapi kalo untuk si adik Haiqal, ibu dan ayah yang akan tetapkan hadiah apa yang sesuai. Contoh hadiah ulangtahun Haqqul yg ke-3, saya dan suami belikan mainan LEGO, ulang tahun ke 4 mainan robot dinosaur. Ini semua atas permintaan Haqqul dan pertimbangan saya dan suami. Agak terkejut jgk bila Haqqul minta hadiah sempena ulang tahun yg ke-5 adalah buku Ensiklopedia Ocean World. Saya tanya kenapa? sebab abang dah besar, so abang nak belajar pasal Ocean Life. Subhanallah, syukur sangat anak syurga ibu ni semakin pandai dan bijak membuat pilihan. Sebelum ni saya dan suami selalu belikan Haqqul buku Ensiklopedia, tetapi semuanya adalah Dinosaur (hehe, die ni peminat dinosaur).  


So sharing saya di sini, sebenarnya kita perlu hargai anak-anak syurga kita semua. Sambutan hari jadi pun salah satu cara kita tunjuk pada anak-anak yang kita sangat sayang dan hargai mereka. Selamat hari jadi Haqqul dan Haiqal, semoga kalian menjadi anak ibu dan ayah yang hebat dunia dan akhirat.

ANAK YAHUDI GENIUS?

Seawal Bayi Dalam Perut Ibu


'My mom is a Math superhero'
Orang Israel, apabila mereka mengetahui isteri/ si ibu mengandung, mereka akan menggalakkan si ibu supaya sering menyanyi, bermain piano dan akan membeli buku Matematik dan menyelesaikan masalah Matematik.  Pelik bukan? Tapi inilah yang diamalkan oleh mereka, dan kini ramai ibu-ibu di Malaysia (muslim) sudah mula mengamalkan cara ini. Hal ini kerana dapat merangsang perkembangan otak bayi di dalam kandugan dan semoga bayi mendaji genius dewasa kelak. Tak salah kita amalkan apa yang org Yahudi buat asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam. So Insyallah, my third pregnancy saya confirm akan cari buku Matematik/ Add Math yang melambak di Pusat Tuisyen Hakim tu. En Hubby (En Hakim) akan jadi private teacher saya, sampailah masa nak melahirkan. Bayangkan 9 bulan duk buat latihan dan belajar Math/Add Math (^_^). "Genius anak ibu"

Faktor Permakanan.
Kekacang adalah makanan sunnah
Semua dah sedia maklum, apa yang kita makan akan mempengaruhi badan dan otak kita. So seawal kehamilan ibu digalakkan memakan kekacang seperti kacang badam, kismis dan susu dan pelbagai kekacang lagi. Pernah tak dengar nama lain bagi kacang pistachio ialah "kacang bijak", so mmg sah lah kekacang adalah makan untuk genius. Selain daripada itu adat orang-orang Yahudi ketika mengandung, ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan (macam Omega Guard Shaklee tu). Asas makanan pula lebih mengamalkan ikan atau filet ikan (tidak bersama kepala ikan kerana kepala ikan mengadungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak bayi dalam kandungan) berbanding daging, dan makanan berasaskan daging tidak akan ada bersama hidangan ikan. Hal ini sama seperti sunnah Nabi kita Muhammad SAW, yang mana beliau mengarankan kita supaya tidak mencampur hidangan laut dan darat. Mengikut sunnah, campuran daging dan ikan tidak elok di makan bersama. Seperkara lagi, yang peliknya orang Yahudi akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah orang Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Lagi sekali ini adalah amalan Rasulullah SAW kita, yang mana Rasulullah menyarankan kita agar mengambil buah (kurma) sebelum makan ataupun berbuka puasa. 

Yahudi tiru Islam


Bersama amalkan sunnah Rasulullah 
Sebenarnya jelas sekali amalan-amalan Yahudi tu semuanya adalah amalan Rasulullah SAW. Kenapa orang Yahudi tiru dan amalkan amalan tersebut, kerana memang terbukti berkesan dan benar belaka apa yang Rasulullah SAW telah amalkan dan ajar kepada kita. Nabi kita Rasullulah adalah idola dan contoh terbaik kepada semua umat Islam, rugilah kita sebagai umatnya tidak mahu mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Orang Yahudi sangat memelihara keturunan mereka,kerana apa? kerana mereka mahu generasi mereka semakin genius supaya suatu hari mereka dapat meruntuhkan generasi Islam. Sebagai muslim, saya akan memastikan generasi saya adalah genarasi yang genius, dan mampu melawan konspirasi Yahudi laknatullah. Sebagai muslim juga altenative saya menubuhkan My Child's Genius adalah untuk membantu, berkongsi dan bersama-sama memilihara generasi kita agar menjadi "generasi Islam yang genius". 
Powered by Blogger.