Cara Membuat Play Dough



Salam semua, entry kali ni mengenai cara membuat play dough mengunakan bahan-bahan yang selamat dan mesra alam..sebenarnya dah lama dah aktiviti dan cubaan membuat play dough ni, cume sekarang ni baru terfikir nak share..lagipun elok sangat la sempena cuti sekolah minggu depan, mungkin dapat memberi idea kepada anda untuk membuat aktiviti dengan anak-anak di rumah sekiranya tiada plan bercuti ke mana-mana..

Bahan semulajadi dan selamat


Banyak juga perbezaan bahan-bahan untuk membuat play dough yang saya dapat dari internet, tetapi kebetulan di rumah tidak bahan-bahan yang disenaraikan..so saya membuat pendekatan yang simple and easy je.so apa bahan-bahan asas saya?

Bahan-bahan dan cara:

Tepung gandum
Air
Minyak masak
Pewarna

Seperti biasa saya ni tak suka sangat nak ikut sukatan, saya lebih selesa ikut suka hati..haha..so budget2 je la ye..campurkan tepung dengan sedikit minyak dan bancuhkan dengan air..pastikan air di letak sedikit demi sedikit ok! Sebelu terlupa masukkan sedikit pewarna.. lepastu uli dough sehingga anda rasa ok dan mudah untuk anak-anak main..seeloknya biarkan anak-anak yang bancuh sendiri, anda cuma perhatikan sahaja..barulah anak-anak lebih teruja..ok selamat mencuba..


Seronok anak-anak berpeluang menghasilkan play dough sendiri
Dough terhasil sangat memuaskan dan non greasy

Sediakan alas plastik untuk anak-anak bermain

1 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.