Full Set Shaklee Lebih Berkesan

Salam Semua,

Sedikit pencerahan mengenai pentingnya supplement untuk memastikan kehidupan yang sihat. Tahukah anda kenapa kita perlukan supplement?

  1. Kita sering terdedah terhadap perncemaran alam sekitar. 
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
  6. Gangguan penyerapan nutirisi daripada makanan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti :
  • Penuaan pramatang (tua sebelum umur)
  • Kelesuan (tidak bertenaga)
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan (sistem imun badan lemah)
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah

       KINI, PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!

Shaklee telah mensyorkan set untuk anda pilih berdasarkan kehendak dan keperluan anda sendiri. Nak tau apa set yang hebat Shaklee syorkan untuk pengguna?

Set Shaklee Anti-Aging



Anda tidak boleh meyekat proses penuaan, tetapi anda boleh melambatkannya!! Setiap orang masih mencari jaan penyelesaian untuk melambatkan proses penuaan. Mulakan dengan Set Shaklee Anti-Aging, satu amalan untuk anda berasa mula dan hidup lebih sihat.

Kebaikan 
  • Membekalkan khasiat untuk kulit berseri, rambut yang tebal, kuku yang kuat dan otot sihat 
  • Membantu mengurangkan jeragat, menggalakkan kulit yang berseri 
  • Mengekalkan kolegen untuk memancarkan aura seri wajah.
  • Meningkatkan tenaga.
  • menguatkan sistem imun.

Set Brilliant Shaklee


Dalamm dunia yang penuh mencabar, sama ada yang muda mahupun yang tua berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam mencapai kejayaan, ramai yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan, antaranya 
  • Tekanan
  • Kelesuan dan sakit badan 
  • Kurang tidur
  • Kurang daya tumpuan 
  • Sakit kepala berulang 
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang peka
Set Brilliant Shaklee memberikan abda satu set yang lengkap dalam mencapai kesihatan yang lebih baik dan hebat.

Kebaikan :
  • Membantu melegakan tekanan
  • Membantu mengurangkan mekurungan dan memperbaiki emosi
  • Berasa lebih bertenaga
  • Menggalakkan tidur yang sempurna
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran

Set Detox Shaklee


Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?
  • Jerawat / kulit kusam
  • Selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
  • Sakit kepala berulang 
  • Rasa gatal, emosi bercelaru
  • Radang pada kulit
  • Alahan 
  • Ekzema
Simptom di atas menunjukkan yang tubuh anda mungkin mempunyai tosin berlebihan. Set Shaklee Super Detox dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada bdan ntyk mengembalikan tubuh yang sihat.

Kebaikan 
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati.
  • Meningkatkan seri wajah.
  • Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh.

Set Digestive Shaklee


Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Sembelit, mulut berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman ynag biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan : 
  • Penambahan berat bdan 
  • Masalah gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Masalah penghadaman 
  • Sistem imun yang lemah
Set Digestive Shaklee dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Kebaikan :
  • Melegakan sembelit
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
  • Menyokong kesihatan usus
  • Membantu menyahtoksin badan 
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Melegakan perut yang tidak selesa

Set Shaklee Family Wellness


Set Shaklee Family Wellness memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan :
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara meyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Set Flawless beauty Shaklee


Kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada pencaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling meyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. Akibatnya, kehilangan kolegen menjadikan kulit kendur berkedut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

Shaklee menawarkan Set Flawless Beauty yang lengkap dengan nutirisi penting untuk menyerlahkan kejelitaan anda.

Kebaikan :
  • Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah.
  • Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar.
  • Menggalakkan kulit menjadi tegang, anjal dan lembut.
  • Membantu megekalkan esihatan tulang rawan, tulang dan gigi.

Set Immune Booster Shaklee


Setiap hari tubuh sering terdedah kepada serangan bakteria, kuman dan virus berbahaya yang mengancam sistem imun kita.
Nutrisi yang baik penting dalam menentukan kekuatan sistem imun. Shaklee menawarkan suplemen untuk menguatkan sistem imun anda dan perlindungan yang lebih baik.

Kebaikan :
  • Menguatkan sistem pertahanaan
  • Membantu melawan demamselselam biasa
  • Menentang kerosakan akibat radikal bebas

Set Joint Health Shaklee



Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan. Apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain difikiran iaitu mencari cara untuk melegakan.
Shaklee menawarkan Set Joint Health Joint bagi kesihatan sendi optimum.

Kebaikan : 
  • memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi. 

Set Men's Vital Health Shaklee


Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

Ada diantara merekan yang mengalami hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan ang rumit dalam hidup mereka seperti :
  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan 
  • Kurang tenaga dan stamina
Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Kebaikan :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Set ACE Shaklee 


Kini kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan berbanding dahulu. Pencemaran, pendekatan kepada cahaya atahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat radikal bebas ini.

Shaklee menawarkan supplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.

Kebaikan :
  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda
  • Meningkatkan tahap kesihatan

Set Revitalizing Shaklee


Hati memainkan peranan penting daripada fungsi normal metabolisma hinggalah detoksifikasi. Walau bagaimana pun, fungsi normal hati boleh terjejas disebabkan oleh :
  • Tekanan 
  • Kurang tidur
  • Pendedahan terhadap toksin yang kerap dan berpanjangan
  • Meminum alkohol
  • Cara pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain

Set Shape Up Shaklee


Setiap wanita dan elaki mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi. Dengan set Shape Up Shaklee, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan.

Kebaikan :
  • Badan yang langsing dan rapi 
  • Nampak lebih anggun 
  • Rasa Unggul 
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri 
  • Meningkatkan kesihatan secara mengeluruh

Set Sugar Control 


Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysai menghidap penyakit kencing manis. Penyakit ini membawa kepada :
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf
Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk menigkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan :
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah 
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu menyembuh luka

Set Women's Health



Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya :
  • Akil baligh 
  • Pra-kehamilan 
  • Kehamilan 
  • Pra menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos
Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkt kehidupannya.

Kebaikan :
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • Menggalakkan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Melegakan sakit-sakit sendi

Anda berminat dengan mana-mana set di atas? Boleh hubungi saya SID Noraini Zolkaffli (966624) untuk keterangan lanjut dan harga yang menarik.

Call/SMS/Whatapps
019-266 2816
PM di Facebook Noraini Zolkaffli 

Cuti-cuti Keluarga Hakim V3 Klebang Melaka

Salam semua,
Alhamdulillah, hajat di hati untuk bawa mak, ayah dan adik-adik join cuti-cuti keluarga Hakim akhirnya berjaya dilaksanakan..walaupun berbagai halangan emosi tetapi dengan izin Allah dapat juga saya bercuti bersama keluarga tersayang.

Perjalanan ke Nilai


Seawal pagi kami telah bertolak ke Nilai, kerana ayah saya bekerja di sana, so sesampai di Nilai kami terus breakfast sblm meneruskan perjalanan kami ke Melaka. Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, keadaan sangat panas, maklumlah sekarang ni musim kemarau di Malaysia sehingga menyebabkan banyak hutan terbakar di tepi highway. Pasukan bomba siap berkampung di tepi highway menuju ke KLIA kerana ada kawasan hutan yang masih terbakar dan perlu pengawasan rapi.

Best Coconut Shake in town.


Awal jugak kami sampai di resort, just nak check kalau2 dah boleh check in loading barang, tapi malangnya bilik masih sedang di kemas so saya settlekan payment dulu la so nnt datang amik kunci je. Sementara menunggu masa untuk check in kami terus menghala ke destinasi pertama dalam perancangan saya iaitu 'coconut shake original Klebang' la mana lagi. Tengah panas-panas minum coconut shake mmg pergghhh nikmatnya, sambil makan nasi lemak yang pedas gila (maklumlah Melaka kan) memang menyegat betul. Nasib la kami sampai awal pukul 12.45 ( waktu operasi 12.30-6.30ptg) so dapatlah makan dan minum tanpa menunggu lama. Coconut Shake die memang sedap sangat, siap bungkus 2 untuk di bawa pulang ke resort. So slps kenyang makan tengah hari, kami pun menuju ke resort, tetapi dalam perjalanan tetiba cik abang saya melencong ke Muzium Kapal Selam, konon nk usha je dulu..akhirnya terus beli tiket masuk. Murah je tiket masuk ke muzium ni..dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50 sahaja. Menarik juga muzium kapal selam ni, sbb kita dapat pengalaman menaiki kapal selam. Ingatkan kapal selam ni besar la dekat bahagian dalam, rupa-rupanya sempit sangat, terasa lemas dalam kapal selam ni..Hai macam mana lah tentera laut kita bleh duduk berbulan lamanya dalam kapal selam ni. Best la pengalaman mengembara dalam kapal selam ni, untung sangat la dengan bayaran yang dikenakan tu. Penat sudah, so kami terus menuju pulang ke resort untuk check in.


Pintu masuk kapal selam

Walaupun sempit nak bergambar juga

Melaka dan Parameswara

Kalau dah sampai Melaka ni confirm la tak pening dengan menu makan malam, apa lagi ikan bakar lah. So far umbai dan sg duyung kami pernah makan, tapi di Ikan Bakar Parameswara ni belum berkesempatan lagi, sbb ramai kot yang datang makan dekat sini. So kalau datang lambat memang takde la tempat duduk. Nasib la kami sekeluarga keluar dari resort pukul 6 ptg lagi. Sampai je di Ikan Bakar Parameswara ni kebetulan ada satu meja untuk kami sekeluarga. Agaknya memang dah rezeki lah ni syukur sangat. Menu makan malam malam ni semuanya berasakan seafood, dah boleh dikatakan masakn di sini sedap dan yang penting harga memang berbaloi-baloi. Perut dah kenyang, tapi masih awal lagi kalau nak balik ke resort,, so lokasi jalan-jalan seterusnya ke Jonker Street. Sebenarnya first time datang Jonker Street ni, rupanya Jonker Street ni kawasan cina@baba nyonya 100%...aiyaakk rasa macam jalan dekat negara cina plak..huhu..pada saya tidak ade ape yang menarik hati kami, so jom lah kita pulang rehat di resort je...sampai je terus sambar Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Shaklee, maklumlah makan banyak tadi..

Pulang Sudah

Pagi Ahad sblm check out kitrang sarapan dulu di resort. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke Mahkota Perada Melaka, saje je jalan-jalan dekat mall pulak. Ambil peluang untuk shopping di melaka, Alhamdulillah sempat juga belanja mak, ayah dan adik kasut..sambil mencari hadiah perkahwinan anak kepada kawan en Hakim di putrajaya pada hari yang sama. Plan untuk singgah masa pulang nanti.. Penat jalan-jalan shopping so tibalah masa untuk pulang, tapi sblm pulang semua nak makan tengahari dulu..So mana lah nak cari port makan nie? tetiba en Hakim beri cadangan makan asam pedas di restoran Selera Kampung (kalau tak salah)..restoran ni famous sangat sebab pernah masuk JJCM. Lokasi kedai ni di kawasan lot kedai yang betul-betul berhadapan dengan menara Taming Sari. Senang je nak cari kedai ni, tapi kedai ni ramai sangat orang datang makan tambahan pula harga boleh tahan jugak la dan sedap asam pedas die. Gendang gendut sudah, tibalah masa untuk pulang ke Shah Alam. Tapi sblm menuju ke Shah Alam akan singgah ke putrajaya untuk menghadiri majlis kendiru kahwin sekejap. Berakhir sudah percutian kami ke Melaka, syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk membawa mak,ayah dan adik-adik tersayang bercuti ke Melaka bersama. Insyallah lokasi percutian keluarga Hakim seterusnya ialah Perlis dan Johor Bahru..so nantikan entry cuti-cuti keluarga Hakim yang seterusnya..hehe..akhir kata bercuti adalah cara kami merawat minda,  anda pula bagaimana? Jom cuti-cuti Malaysia.

Muzium Kapal Selam

Mak dan ayah tersayang 

Cap ibu dan anak

Keluarga Hakim bercanda di pantai

Aktiviti melompat tinggi

Cubaan menolak perahu, hehe

Cuti-cuti Keluarga Hakim V2 Cherating

Episod Bermula di Aquaria

Salam semua...Alhamdulillah percutian yang di rancang telah pun berakhir...Lame jugak nak dapat confirmation dari Palace Vacation Club untuk booking kitrg ke Holiday Villa Cherating...Finally dapat jugak, maklumlah ramai planning cuti awal dgn PVC ni..Sebelum bertolak ke Cherating esok, en hakim dah plan nak bawak anak-anak syurga kami ni ke Aquaria..Lepas Haqqul habis sekolah terus pick up die dan balik rumah dan bersiap-siap ke Aquaria. Keadaan di Aquaria ni kalo weekdays barulah ok...kalo weekends? Susah la sikit..kalo dah ramai mcm mana nk tgk ikan-ikan..sbb tu la kitrg plan gi on weekdays..
Anak-anak banyak pelajari mengenai hidupan laut..memang berbaloi dtg Aquaria ni. Pukul 3 adalah masa yang ditunggu oleh pengunjung...masa utk fish feeding..masa ji la nk tgk bagaimana cara mereka memberi ikan-ikan makan termasuklah 'shark'..Ok 3 jam dlm tu..masa untuk balik..sbb ibu nak packing plak mlm ni..


Jalan-jalan Cari Sata

Perjalanan selama 3 jam akhirnya kami sampai ke Cherating dan terus check in hotel...Bilik hotel Holiday Villa yang agak besar utk family kecil kami, memberikan keselesaan kpd anak-anak utk main kejar-kejar dlm bilik..Boleh dikatakan semua hotel di bawah Palace Vacation Clud memeng memuaskan, specially Palace Golden Horse punya suite. Rehat dan solat dulu, sblm misi mencari makan tengahari..pilihan lunch kami sata, otak-otak, pais ikan dan keropok lekor di Warung Otak-otak Che Wan, lokasi di belakang Masjid Geliga..tempat best ni adlh cadangan kawan Shaklee saya, saya suka bisness Shaklee ni selain bisness networking pun berkembang...Serius pilihan otak-otak, sata dan pais di sini mmg terbaik dan menepati citarasa kami..Makanan berasaskan protein dari ikan segar yang dibakar(bukan goreng) mmg terbaik..

Warung otak-otak Che Wan 


Otak-otak, Sata, Pais Ikan dan keropok Lekor

Sedap sehingga tak toleh orang dah..


Warung Awang Lokasi Makan Malam

Misi malam kami adalah ikan bakar..melalui pembacaan blog, ramai yang cadangkan Warung Awang Ikan Bakar @ W.A.I.B..Lokasi terletak berhampiran simpang Club Med disebelah kiri dari holiday villa. Servis di sini tidak menyenangkan kami sangat la lambat..hampir sejam baru order kami sampai, dan yang menyedihkan kami ikan bakar yang dihidangkan sudah sejuk dan isi dah keras...aiyoo, frust betul..Masakan di kedai ni sedap la jugak..cume sambal ikan bakar agak kurang dengan selera kami..itu je la komen ikhlas saya..hehe..perut dah kenyang, badan dah penat so kami pulang terus ke hotel dan berehat..


Makan Pagi di Pasar Chukai

Hari kedua kami di Cherating dan misi breakfast pulak. Kata blog, kalo nk mkn pagi di sini ade satu kedai kopitian Hai Peng sedap..tapi sayangnya saya dan en hakim ni bukan penggemar kopi sbb kalo org makab di kopitiam tu tarikan utama confirm la kopi..So kami batalkan niat, dan terus menghala ke Pasar Chukai..selalunya kan dkt pasar mesti ade warung makan..andaian kamo tepat, sbb banyak kedai makan di pasar. Pada saya di pasar ni lah banyak makanan tempatan di jual, contohnya macam kacang soya rebus ni..serius sedap..I like..hehe


Kacang soya rebus makan dengan kelapa manis


Manfaatkan Cuti dengan Aktiviti Menarik

Destinasi kami selepas breakfast adalah ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo..Bestnya ada mini zoo di area Kemaman ni. Tiket masuk untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7 sahaja..Apa yang best dkt mini zoo ni adlh konsep pengembaraan dia yang pengunjung akan melalui jambatan merentasi sangkar dan kandanh haiwan..menarik sangat. Kalau dah mini zoo tu, binatang di sini pun terhad lah..tapi not bad jgk la sbb ada gajah, tapir, singa, harimau, orang utan, kuda, rusa dan burung-burung dan reptilia..ok lah untuk anak-anak melihat dan mengenal haiwan dengan lebih dekat.

Aktiviti kami seterusnya adalah makan tengahari..kali ni berminat untuk merasa satar dari salah satu kedai yang agak terkenal Warung Aziz Satar..kami bungkus dan blik makan di hotel je, sbb anak-anak keletihan dan sudah tidur..sata warung aziz satar ni sedap jgk cume ade cili padi di dalamnya..hahaha, pedas kot sbb saya tergigit cili padi yang pedas...kalo sape suka pedas elokla pilih warung aziz satar...saya lebih suka warung cik wan..selesai mkn dan solat kami teruskan aktiviti ptg ke Santuari Penyu untuk meluhat penyu..Satu lagi destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat penyu..kalau melawat ke sini dlm bln Mei dan ke ats mgkn berpeluang melakukan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut..

Habis melihat penyu kami terus ke hafiz activities sbb dah booked untuk Mangroves River Cruise...menaiki bot melihat hutan paya bakau simpanan yang sangat unik dan menarik..Banyak hidupan paya bakau yang kami dapat lihat, tetapi seekor monyet pun xde..Pengembaraan kami agak mencabar apabila hujan turun dan nasib baik dlm bot ade spare rain coat...Di sini kami dapat lihat ular katam tebu (kalau tak salah) sedang tidur di atas pokok bakau..banyak ular yang dapat  kami lihat..malah bot kami menyusuri di bawah daun nipah tempat ular itu tidur..alahai, gelinya..risau kalau ular tu bangun dan jatuh ke dalam bot kami...hehehe mau melompat saya..pengembaraan selama dua jam menyusuri dan melihat keindahan khazanah negara hutan paya bakar merupakan pengalaman yang sangat best dan aktiviti percutian yang sangat menarik..Fees die RM25 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak sangat berbaloi. Selain daripada ni ada jugak aktiviti melihat fire fly di malam hari..mgkn lain kali kami boleh cuba.

Titi gantung merentasi kandang singa dan harimau
Antara spesis burung di mini zoo
Depan kandang gajah

Bersedia untuk Mangrove River Cruise

Pengalaman yang hebat meyusuri  hutan paya bakau




Manfaat Percutian Sebaiknya.

Percutian 3 hari 2 malam di Cherating merupakan pengalaman percutian yang manfaat, kerana masa banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti bersama dan anak-anak sangat seronok malah banyak perkara baru yang telah mereka pelajari samada dari kami ibu dan ayah mereka mahupun melalui pemerhatian mereka sendiri. Percutian juga merupakan cara untuk kita mengikat kasih sayang antara keluarga dengan cara menghabiskan masa bersama, tapi jangan pula pergi bercuti..tapi masa banyak dihabiskan dengan tidur di hotel..alangkah ruginya...betul tak??
So, rangcang percutian anda dengan melakukan aktiviti yang manfaat bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mendedahkan anak-anak kepada persekitaran dan ilmu baru yang boleh mereka diperolehi..sebab kadang-kadang bkn semua ilmu dapat di sekolah, melalui pengembaraan pun boleh dapt ilmu..bak kata pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan'...pemandangan itulah ilmu...
Syukur Alhamdulillah, percutian kali ni dapat berjalan dengan lancar dan mendapat izin-Nya..Next percutian kami Insyallah ke sebelah selatan Malaysia pulak..Johor Bharu here we come....



Set Anak Genius SHAKLEE


Set My Child's Genius SHAKLEE terlajak laris.......


set shaklee untuk kanak-kanak
Supplement untuk anak GENIUS

Pengambilan nutrisi yang secukupnya bagi kanak-kanak amatlah penting untuk proses tumbesaran mereka. Di mana seawal umur di peringkat bayi lagi, perkembangan otak meraka adalah paling optimum. Susu ibu memberkalkan nutrisi yang lengkap untuk bayi sehingga umur 6 bulan. Makanan tambahan perlu untuk memastikan anak-anak kekal cerdas dan cergas untuk membesar. Set Kanak-kanak Shaklee @ Set My Child's Genius Shaklee dapat memberi nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran otak dan fizikal kanak-kanak.

Ingin mencuba set My Child's Genius ni. hubungi la saya Noraini Zolkalli aka Nor Shaklee (019-266 2816).
Harga kasih sayang je!




Powered by Blogger.