Home » , , , , , , , » Karnival Usahawan Cilik Promote My Childs Genius

Karnival Usahawan Cilik Promote My Childs Genius

Salam semua..apa aktiviti weekend ni? kalau belum ada plan dan buntu nak ke mana, jom meriahkan suasana Karnival Usahawan Cilik yang akan berlangsung di Floria Putrajaya. Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur, di samping 150 booth yang menjual pelbagai jenis produk. 

Karnival Usahawan Cilik 


Karnival ini adalah kerjasama oleh Kementerian Pendidiakan Malaysia, so penyertaan adalah daripada sekolah -sekolah sekitar Selangor. Mesti menarik tengok anak-anak kecil berniaga nanti. Karnival ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan di samping pendedahan terhadap dunia usahawan. Wow kecil lagi dah dapat peluang menarik ni. So My Childs Genius juga tidak terlepas mendapat tawaran dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam untuk berkerjasama menjayakan karnival ini. Pihak sekolah akan mempromosi produk permainan yang berunsurkan pendidikan dari My Childs Genius di karnival itu nanti. Apa tunggu lagi? kepada yang berminat untuk mendapatkan tawaran menarik dari kami jom lah ke booth 045 ye!! Jumpa di sana...


Boboiboy Pun Ado




Aktiviti menarik pasti meriah


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.