Home » » Ceramah Ustaz Kasim Memang Sempoi.

Ceramah Ustaz Kasim Memang Sempoi.

Salam semua, nak kongsi sedikit antara isi ceramah Dato Ustaz Kazim Elyas tempoh hari di perkarangan SK Raja Muda Musa Sek 4 Shah Alam Jumaat yang lalu. Memang menarik dan meriah betul dengan kehadiran ramai orang2 Shah Alam yang semakin suka akan majlis ilmu macam ni..bak kata ustaz dah ramai dah artis berhijab, contohnya Erra Fazira, Che Ta, Amy Mastura yang belum lagi Ning Baizura..hehe tergelak plak ustaz buat lawak..tp kenapa Ning? tak pasti la kan..kalau cermah uztaz tak gelak tak sah..memang best sangat, tambah plak uztaz suka menyanyi kan..tajuk ceramah sehati sejiwa

Sehati Sejiwa

Tengok tajuk pun dan nampak menarik, nak lagi memang tema hari merdeka tahun 2015 ni Sehati Sejiwa. Tapi berapa ramai orang yang paham ape itu sehati sejiwa? Indahnya la hidup di dunia ni kalau manusia tau apa itu sehati sejiwa. Tapi itulah pepatah melayu ada kata "rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Eh zaman sekarang ni rambut dan macam-macam warna, so tak payah la nak tengok hati lagi dah. confirm la lain-lain perangainya. 



Tips Menarik Ustaz Kazim

Sebenarnya dalam nak mencapai kata sehati sejiwa ni tidak lah mudah dan tidak lah senang. Tapi kalau semua umat Islam ada sikap bersatu sebagai muslim tu Insyallah senang. Tips yang mudah Dato Ustaz Kazim Elyas (DUKE) adalah senyum...senyum tak perlu kata apa-apa..di mana saja kita berada senyum lah pada orang sekeliling, jangan lah susah sangat nak senyum..tapi biarlah senyum yang takde makna lain..jangan lah cik abang pi senyum dekat awek2 plaks...nnt lain jadinya..kerana senyum2 bercerai berai plak jadinya...Nauzubillah, 
Yang kedua Iman. Manusia ni imannya boleh turun naik macam lif. Bila berada di majlis ilmu imannya tinggi, Alhamdulillah..bila balik dari majlis ilmu layan wrestling dkt TV, huhu turun imannya.. nak plak yang duk berlawan tu kategori female..Astagfirullah..so kita kenala pastikan iman kita sentiasa berada di tahap yang tinggi agar terhindar dari benda2 yang tak elok ni. Banyak lagi tips2 menarik yang dikongsi DUKE haritu. Nak story dekat sini bersiri la yek...hehe..ok lah semoga bermanfaat. Wassalam





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.