Pengertian Ramadhan Keluarga Hakim

Salam semua, Alhamdulillah Ramadhan semakin hampir. Persiapan menghadapi Ramadhan adalah lebih penting daripada persiapan raya bagi kami sekeluarga. Selalunya untuk persiapan raya anak-anak adalah menjadi keutamaan bagi kami. Ibu dan ayah cukuplah sekadar sepasang baju kurung dan baju melayu untuk di pakai di pagi raya. Tapi tahun ni rasanya baju melayu si suami recycle je yang tahun-tahun lepas (atas cadangan suami), hanya baju kurung je yang perlu di beli...hehe..nasib la semenjak kahwin hampir 7 tahun badan en suami tidak berubah sangat, so mmg masih muat lagi koleksi lama..

Rindu Terawih di Masjid Negeri

Suasana terawih di Masjid Negeri Shah Alam memang sangat seronok di waktu bulan puasa. Ramai jemaah yang hadir ke masjid ni, jadi tak boleh lah nak belenggah lama kalau ada plan nak solat teraih di sini. Kalau datang lambat confirm susah nak cari parking kereta. Selain kemeriah jemaah di sini yang menjadi tarikan, imam yang mengetuai solat terawih pun bukan sebarangan orang, kemerduan bacaan ayat suci Al-Quran di dalam solat terawih membolehkan kita lebih fokus dan khusyuk dalam solat, Insyallah...

Tidak Suka Ke Bazaar Ramadhan


Saya dan suami memang tidak suka ke bazaar Ramadhan ni, bukan apa kebanyakkan yang berniaga adalah mereka yang tidak biasa berniaga. Hanya mengambil peluang Ramadhan semata-mata, so boleh dikatakan kualiti masakan kurang memuaskan lah pada tekak kami. Kami lebih memilih restoran yang sudah menjadi kebiasaan sekiranya ingin membeli tambahan juadah. Bulan Ramdhan ni lah saya akan mengatur menu untuk di masak setiap hari, agar terasa kelainan setiap hari berbuka. So memang menu berbuka puasa selalunya adalah segala yang di masak oleh saya.

Bulan Kumpul Pahala


Seperti yang kita ketahui fadhilat setiap hari di bulan Ramadhan ni sangatlah besar. Jadi rugilah sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk merebut pahala di bulan Ramadhan. Pada saya setiap kali Ramadhan, saya dan suami akan bertadarus Al-Quran bersama dan Insyallah akan mengkhatam kan pembacaan Al-Quran kami untuk sebulan. Bukan bulan Ramadhan je kami akan baca Al-Quran, tapi bile tiba bulan Ramadhan tadarus itu adalah wajib dilakukan setiap hari pada kami. Selain bertadarus, kami juga akan kerap bangun di malam hari untuk melakukan Qiamullai bersama-sama. 

Kekal Bertenaga Untuk Beribadah

Untuk memastikan kami kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di bulan Ramadan selain berpuasa, kami terpaksa mengambil supplemen si waktu berbuka dan bersahur. Jadi keperluan tenaga sentiasa kekal la walaupun berpuasa. Tahun ni pula keperluan untuk anak-anak pun telah saya sediakan, supplemen untuk anak berpuasa agar kekal bertenaga juga. Semoga berjaya la wahai anak syurga ibu Haqqul Hakim, ibu sekadar mencuba sayang....

Semoga Ramadhan memberi seribu rahmat kepada kami dan Selamat Mengambut Ramadhan




Anak dilahirkan tanpa manual

Salam semua...
Alhamdulillah, diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk saya update blog pagi Isnin ni..syukur...

Tag manual 'cara guna' di tangan bayi?

Ok la, pagi-pagi tadi sesudah subuh tiba-tiba saya terfikir alangkah bagusnya kalau anak-anak yang dilahirkan oleh kita siap dengan manual cara mendidik mereka di tag di tangan ke? Bukan apa senang la untuk ibu dan ayah mendidik anak, hanya berpandukan manual yg tersedia..cuba bayangkan, macam mana kita mahu pasang peralatan electrik yang canggih baru dibeli? Manual bukan? So sekiranya kita 100% berpandukan manual mesti barangan yang baru kita beli itu akan berjaya kita guna. Malah ada sesetengah peralatan disediakan manual untuk membaiki kerosakan sekiranya rosak (troubleshooting la lebih kurang).
So, cuba pula bayangkan anak-anak dilahirkan di dunia lengkap dengan segala manual yang penting untuk kita. Mungkin tidak akan ada masalah kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Betul kan??

Manual yang hakiki

Sebenarnya, ada manual yang tersedia lengkap dan sempurna untuk kita rujuk yang Allah sediakan untuk ibu bapa guna (baca dan amalkan) iaitu Al-Quran. Malah manual yang disediakan oleh Allah itu adalah F.O.C lagi. Dah la tidak perlukan bayaran, malah manual itu membawa ke syurga lagi..Rugilah kita yang bergelar umat Islam sekiranya tidak menggunakan manual Allah itu. Di dalam Al-Quran semua panduan dalam mendidik anak tersedia untuk kita amalkan yang dikeluarkan oleh penulis yang terkenal di alam semesta Yang Maha Agung, Allah SWT.

Baca buku parenting..

Selain Al-Quran, kita perlulah rajin mencari ilmu dalam mendidik anak-anak. Bacalah buku yang berkonsepkan keibubapaan atau parenting yang banyak dipasaran. Baca dan nilai apa yang di baca. Benarkah atau tidak? Sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak memilih kerana memang banyak buku yang berada dipasaran, tetapi bukan semuanya bagus dan baik. Walhal, penulis pun bukan semua dikalangan mereka yang mempraktikkan tips yang diberikan pun. Logik bukan, mungkin ada penulis isu parenting yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak pun..hanya sekadar teori yang diolah dan difikirkan berkesan. Tapi sejauh mana teori itu berkesan kepada anak kita? So, parents make a wise decision, all right!!! Bacalah buku yang mungkin boleh membantu memberi guidelines kepada kita untuk mendidik anak-anak kita.

Berat tanggungjawab ibu dan bapa

Anak dilahirkan tanpa manual, disini dengan jelas kita dapat lihat bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa bukannya mudah. Pikullah tanggungjawab ini dengan ikhlas dan istiqamah dalam mendidik anak. Jangan mudah putus asa. Anak anugerah Allah yang mana sekiranya kita jaga anugerah ini dengan baik nescaya anugerah ini akan memberi manfaat kepada kita kelak. Anak adalah harta yang boleh kita sandarkan di akhirat nanti, bukan wang ringgit dan kekayaan dunia yang perlu kita beratkan.


Perbualan ibu dan anak...
Haqqul : Apa present yang paling best ibu  
              pernah dapat?
Ibu       : Present yang paling best ibu
              pernah dapat setakat ini adalah 
              Haqqul dan Haiqal..sebab present
              ni Allah yang bagi. So sebab tulah
              ibu sayang sangat present ibu ni.
Haqqul  : "Tersenyum gembira".
Ibu        : Haqqul tahu tak, masa ibu
               lahirkan Haqqul (dalam labour
               room)..doktor letakkan Haqqul di
               dada ibu..masa tu ibu cakap
               terima kasih Ya Allah berkali-kali
               sambil menangis gembira.

Ketahuilah anak tidak ada hadiah di dunia ini sehebat kamu..kerana hadiah ini ibu dapat dari Allah sayang..


Powered by Blogger.