Assalamualaikum...Masyallah sudah lama tidak update blog ni..kengkangan waktu menguruskan anak-anak dan rumahtangga sangat..hahaha..harini ada sedikit perkongsian yang dah lama tersimpan di hati..bukan berkongsi tanpa tujuan tapi niat hanyalah sekadar memberi inspirasi dan juga pendorong sesama kita.
Impian Memiliki Anak Susuan
Alhamdulillah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Suatu ketika dulu pernah terlintas di hati ingin mempunyai anak susuan. Pada awalnya saya hampir menyusukan anak saudara sendiri atas faktor teringin sangat nak anak perempuan, tetapi tidak tercapai hasrat di hati untuk dikotakan pada ketika itu. Tapi sekarang hasrat itu tercapai apabila naluri hati seorang ibu tersentuh apabila membaca status kak Siti Uzairah yang pada ketika itu menyatakan hendak mencari ibu susuan untuk anak syurganya yang sedang diawasi di ICU Hosp Sg Buloh kerana kelahiran pra matang. Masyallah adakah ini ketentuan yang Allah telah aturkan dalam hidup aku? Alhamdulillah, walaupun pada ketika itu aku baru habis tempuh berpantang anak syurga ketiga Habib Hakim. Pada mulanya susu yang dipam tidak lah banyak..mungkin sebab sebelum ni direct feeding je dengan Habib..lagipun bulan puasa pulak masa tu..tapi berkat percaya dan niat yang ikhlas untuk membantu Allah permudahkan urusan..walaupun sedikit tapi berkat susu badan dari dua org ibu yang menginginkan anak yang di ICU sihat dan kuat. Alhamdulillah akhirnya keadaan anak syurga kami telah sihat dan dibenarkan untuk keluar dari hospital.
Pahami Hukum Anak Susuan
Syarak sah bayi yang disusukan menjadi anak susuan adalah seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Tapi itu adalah sekadar jatuh hukum bayi itu menjadi anak susuan, dari segi aurat dan batas pergaulan antara anak-anak yang lain panjang lebar lagi..yang tu kenalah amik tau dan paham sebab hukum tetap hukum. Kalau nk huraikan di sini panjang la plak post aku..hahaha..So pada mommies yang nak menyusukan anak susuan tu kene pastikan ilmu juga ada selain daripada ada susu badan kan?
Anak Syurga Keempat Ibu
Baru je dikurniaan kan anak syurga ketiga Habib Hakim, Allah berikan lagi rezeki seorang anak susuan Akmal Hadif..Alllahu Rabbi tak terkata nikmat yang diberikan Allah untuk diri ini..terima kasih Allah...Ya Allah peliharalah kesemua hero ibu membesar menjadi seorang imam yang boleh memimpin diri sendiri, keluarga dan masyarakat ke jalan Mu.... amin... *tears*
Akmal Hadif yang comel dan sihat |
0 comments:
Post a Comment