Salam semua, hari ini terbuka hati untuk story pasal 'HAPPY BIRTHDAY' anak-anak syurga saya. Perlu ke atau tidak perlu adakan majlis untuk meraikan hari ulang kelahiran anak-anak ni? Bukan nya mereka paham dan tahu pun kenapa ibu dan ayah buat majlis untuk hari jadi mereka? So kalo anak-anak tak faham, tugas kita lah untuk memberi mereka faham.
Kenapa ibu buat party?
Pertanyaan ini sering diajukan kepada ibu setiap kali ibu buat birthday party abang Haqqul. Hehe, ibu buat birthday party sebab ibu nak kongsi rasa bersyukur ibu kepada Allah dengan semua saudara mara/sahabat. Setiap kali birthday abang, insyallah ibu akan plan untuk birthday tidak kira lah kecil ataupun besar majlis nya, janji akan ada majlis untuk anak ibu ni. Perbelanjaan untuk majlis yang kita keluarkan untuk majlis adalah tanda syukur kita kepada Allah. Banyak kelebihannya kita buat majlis untuk kesyukuran ni, tambahan pulak kita sediakan jamuan untuk para tetamu. Betul tak?
Persedian Si Ayah.
Kalau setiap kali majlis Haqqul, ayah memang memainkan peranan yang sangat penting. Apa yang ayah buat? Ayah confirm akan sediakan tempat bermain untuk anak-anak yang datang ke majlis Haqqul nanti. Lantai di luar di basuh bersih, dibentangkan tikar, kerusi dan meja semua akan di set up oleh ayah. Sebernarnya, bukan tak mampu nak upah catering, cari event management for birthday party ni, tapi saya dan suami memang suka untuk buat sendiri. Sebenarnya ada tujuan, hehe..tujuan dia supaya anak-anak akan lebih yakin dengan kehebatan ibu dan ayah. Barulah ibu dan ayah idola mereka sampai bila-bila. Sebab itulah biar kecil dan simple tapi semua adalah hasil kerja tangan ibu dan ayah. Satu lagi kelebihan ayah adalah boleh buat baloon art (macam badut). Haha, ini semua nya belajar dari Youtube, cume nak dan tak nak je. So that why i love my husband and proud he is the father of my sons. (^_^)
Hadiah apa yang sesuai?
Bab-bab hadiah ni, saya dan suami akan tanya pada anak-anak. Specially untuk Haqqul lah sebab die dah semakin besar dan sudah pandai menunjukkan minat terhadap sesuatu. Tapi kalo untuk si adik Haiqal, ibu dan ayah yang akan tetapkan hadiah apa yang sesuai. Contoh hadiah ulangtahun Haqqul yg ke-3, saya dan suami belikan mainan LEGO, ulang tahun ke 4 mainan robot dinosaur. Ini semua atas permintaan Haqqul dan pertimbangan saya dan suami. Agak terkejut jgk bila Haqqul minta hadiah sempena ulang tahun yg ke-5 adalah buku Ensiklopedia Ocean World. Saya tanya kenapa? sebab abang dah besar, so abang nak belajar pasal Ocean Life. Subhanallah, syukur sangat anak syurga ibu ni semakin pandai dan bijak membuat pilihan. Sebelum ni saya dan suami selalu belikan Haqqul buku Ensiklopedia, tetapi semuanya adalah Dinosaur (hehe, die ni peminat dinosaur).
So sharing saya di sini, sebenarnya kita perlu hargai anak-anak syurga kita semua. Sambutan hari jadi pun salah satu cara kita tunjuk pada anak-anak yang kita sangat sayang dan hargai mereka. Selamat hari jadi Haqqul dan Haiqal, semoga kalian menjadi anak ibu dan ayah yang hebat dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment