Home » , , , » Cuti-cuti Keluarga Hakim V4 : Genting Highlands

Cuti-cuti Keluarga Hakim V4 : Genting Highlands

Salam semua..
Entry hari ni nak share pasal bercuti ke Genting Highlands masa cuti sekolah tempoh hari...So far boleh dikatakan setiap bulan akan ada program bercuti. Oklah, walaupun ramai yang tahu taman tema Genting Highlands ni tutup untuk renovation...
Sebenarnya tujuan utama percutian ni adalah untuk tunaikan janji yang lama kepada adik bongsu saya. Dari UPSR sampai la nak amik SPM barula saya sempat nak bawak die bercuti ke Genting Highlands, huhu sorry ye dik..
So pakej bercuti ke Genting ni saya beli dari matta fair di SACC..kebetulan offer agak menarik. So grab la kan..


Sampai je di hotel, kami terus solat dan bergerak ke cabel car..ini mmg request si anak kecil yang belum pernah naik cable car lagi. Seronok la apabila dapat peluang naik cable car. Sampai je di puncak Genting Highlands kami terus menuju ke bahagian indoor thema park dan beli pakej game RM50 (inclusive bowling, snow world & rm20 credit utk indoor game)..so first sekali kami nak ke snow world la tp time die pkl 6.00 pm..so solat asar dulu la..selesai je on time pkl 6 kami ready untuk masuk ke Snow World..berebut jugak nak amik winter coat, glove n boots. Snow World ni mmg sejuk sangat -5 degree Celsius. Tapi anak-anak relax je..seronok betul bermain salji tiruan ni..hehe..oklah nnt kalo ibu dan ayah ada rezeki kite akan main salji yg betul-betul plak..

Bilik hotel yang sangat selesa



Esoknya sblm balik ke Shah Alam, kami singgah di Mini Cameron..apa tu? Erm dkt Genting skrg dh ada mcm ala2 Cameron gitu..ada strawberry farm yg kita boleh petik sendiri..harga die 100g untuk RM13..boleh tahan la harga die..so kami amik la sebakul untuk beri peluang pd anak-anak memetik buah strawberry..seronok la anak-anak...dkt kawasan sekitar tu ada banyak jugak tempat yang menarik untuk berjalan-jalan..ada juga 'animal photo booth' untuk kita ambil gambar bersama ular sawa dan burung kakak tua..tapi macam biasa berbayar la...hehe..


Tamatlah sudah percutian 2hari 1malam di Genting Highland pada hujung minggu..kalau korang takde masa untuk ke tempat jauh elokla datang ke Genting Highland ni untuk bercuti ala2 sempoi gitu..hehe..

1 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.