Anak Suka Bergaduh?

Salam semua..

Sambil rehat bersama anak-anak syurga saya menonton Nick Jr ni tetiba rasa macam dapat idea untuk tulis entry pasal permasalahan yang sering ibu bapa hadapi di saat anak-anak membesar. Apa tu? Masalah anak-anak suka bergaduh sesama adik beradik. Bergaduh, berkelahi, bergomo (bahasa kelate) ataupun fight mempunyai makna yang sama.
So bagaimana kita mengatasi masalah anak-anak yang suka bergaduh ni?


Tips tangani anak yang suka bergaduh :
  1. Jangan memihak dan jangan campur tangan kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
  2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu.Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak sahaja hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. So parents, jadilah pengadil yang adil dan saksama. Tanya kedua-dua anak yang bergaduh itu, dan lakukan siasatan sebelum mempercayai aduan anak. 
  3. Jangan suka membuat perbandingan pada siapa yang betul mahupun salah. Elakkan daripada mencari salah siapa. Sebaliknya, lakukan penyelesaian cara baik iaitu dengan cara meminta maaf. (Ajar anak bersalam memohon maaf dan peluk sesama sendiri) 
  4. Bantu anak-anak mengelesaikan konflik dalam pergaduhan dan ajar mereka cara untuk bertolak ansur, berkongsi dan juga sabar. Lakukan diskusi dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil, tetapi komunikasi berkesan akan memberi respond yang positif kelak. 
  5. Apabila anak-ank bergaduh, ibu bapa jangan ambil tindakan menengking ataupun meninggikan suara sebagai cara meleraikan pergaduhan. Hal ini akan menjadi ikutankepada anak-anak nanti. Anak-anak akan belajar dari ibu bapa, kerana mereka adalah cermin ajaib kepada kita. So keajaiban yang macam mana kita mahu ciptakan? Tepuk dada, tanya iman. 
  6. Selalu luangkan masa bersama anak-anak. Ambil peduli masalah mereka dan bantulah mereka dengan menjadi pendengar yang terbaik. Aktiviti bercuti, beriadah bersama dapat menguatkan ikatan kasih sayang sesama keluarga. Rasa kasih dan sayang yang tinggi akan mengurangkan pergaduhan.

Anak-anak bergaduh kerana tidak mendapat perhatian yang sama
                                                                                                      
Luangkan masa bersama


Ambil peduli dan dengar rintihan anak 
                                                                                       
Sebagai agai ibu bapa, sekiranya kita ada perselisiham faham janganlah kita tunjuk di depan anak-anak. Keadaan ini akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap anak-anak. Anak saya Haqqul memang sensitif betul bab ni. Saya dan suami suka bergurau gurau manja, tu yang kadang-kadang Haqqul fikir ibu dan ayah gaduh. Alahai anak, terima kasih la sebab tak suka langsung ibu dan ayah gaduh..syukur Alhamdulillah, saya dan suami jarang berselisih faham. Kalau ada pun pasti akan kami selesaikan dengan cara perbincangan dalam keadaan rasional bukan emotional tau, so barulah mudah mendapat persefahaman. Love you Mr Hakim..eh terlebih plak rasanya..daripada nak share tips nak atasi anak-anak suka bergaduh dah tertukar topik ke isu rumahtangga..hehe..


So itulah sedikit sebanyak tips yang saya dan suami praktikkan kepada anak-anak syurga kami. Walaupun kadang-kadang emosi tidak dapat dikawal juga..mana tak nya bising satu rumah apabila anak-anak asyik bergaduh je..tapi kami mengambil pendekatan muhasabah diri. Semua manusia tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.