Home » , » TUISYEN KEPADA SOHO

TUISYEN KEPADA SOHO

Salam semua..after 7 years, tahun 2015 ini lah nmerupakan tahun yang di mana Pusat Tuisyen Hakim terpaksa memberhentikan operasi atas beberapa sebab yang tak dapat nak ditanggung lagi..sedih sangat sebab banyak kenangan manis dan pahit. Walau apa pun, kami hadapi dengan senyuman kerana kami percaya setiap perancangan Allah pasti ade hikmah disebaliknya. 

Kerja Pengosongan Premis

Kalau dah namanya tuisyen pasti lah banyak barang-barangnya. So sedikit demi sedikit kami berkerjasama mengemas barang. Banyak barang-barang kerusi meja dan lain kami jual secara direct melalui fb dam mudah.com...Alhamdulillah pada mulanya risau jugak takut tak laku tapi ternyata macam goreng pisang panas..hehe..syukur senang keje. Cume sebahagian barang yang di bawa pulang untuk projek setup SOHO di rumah..mungkin rezeki tuisyen berakhir skrg tapi rezeki yang lebih hebat yang Allah nak beri sape tau kan?? so usaha selagi terdaya.

SOHO Serba Lengkap

SOHO yang kami setup boleh kata serba lengkap.. yelah untuk kegunaan en suami nak buat training dan kursus-kursus nanti senang. Photocopy, printing, binding, laminating semua ade..senang sangat..itulah untungnya yang kami dapat selepas penutupan pusat tuisyen kan..selain pengalaman menguruskan centre. Yuk, mulakan cerita baru untuk masa hadapan..semoga Allah merahmati setiap yang kami lakukan demi kebaikan agama, keluarga dan masyarakat. Kejar kebaikan akhirat nescaya dunia pun dapat..amin..

SOHO


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.