Home » , , » Aduh Gigi Bongsuku Sakit..

Aduh Gigi Bongsuku Sakit..

Salam semua, entry berkaitan gigi bongsu dan pengalaman saya berjumpa dentist kali agak menyeramkan dan mungkin akan membuatkan anda semua takut untuk bertemu dentist.

Kerana Gigi Bongsu

Mungkin ramai dah biasa dengan masalah gigi bongsu ni. Setiap orang pasti akan mengalami masalan kesakitan apabila gigi bongsu mula tumbuh. Gigi bongsu ni sebenarnya ada 4 batang dua atas dua bawah kiri dan kanan. Macam condition saya ni gigi sebelah bawah kanan. Gigi bongsu saya tumbuh agak kebelakang sedikit dan posisinya senget plak ke pipi. Erm bayangkanlah, sakitnya..huhu..Gigi ni mula tumbuh tahun lepas, semasa bulan puasa..pipi dan gusi bengkak dan susah untuk makan. Selepas setahun die sakit lagi, dua minggu lepas gusi mula bengkak dan sakit sangat. Sakit gigi ni memang sakit yang menyeksakan la. Jangan main-main dengan orang yang tengah sakit gigi, silap haribulan boleh kena tampar tau..huhu


Simptom gigi bongsu



Akibat Kos RM10

Sakit yang tak tertangguh,saya amik keputusan untuk jumpa dentist untuk check up. Saya pergi ke Pusat Kesihatan UiTM je, maklumla sekadar nak check je dulu..sbb confirm doktor tidak boleh buat apa pun sebab gusi bengkak. Normally dia akan bagi ubat dulu bagi bengkak dan sakit ok then barulah bleh buat apa2 yang patut. Seperti yang dijangka memang doktor bagi antibiotik shj untuk elakkan infection pada gusi yang bengkak tu. Nasihat doktor adalah untuk buat scaling dulu dan kalau perlu akan lakukan operation untuk cabut gigi bongsu tu. Appointment untuk scaling dah set pada next week seterusnya, so saya pun dgn rasa cuak datang la untuk scaling gigi saya ni. Aduh, doktor boleh tak jangan kasar sangat, kot ye pun nak cuci gigi ni lembut la sikit. Serius, komen peribadi saya doktor gigi dkt situ agak kasar la dan tidak sensitif langsung pesakit duk menahan sakit ke. Apa yang di fikir nak korek-korek gigi saya ni, lantak la sakit ke?, nyilu ke?..Tak sanggup dah nak tahan, rasa cam nak menangis pun ada. Lain kali memang dah tak nak datang sini lagi. Walaupun kosnya murah  RM10, tapi saya sanggup ke klinik gigi yang lain yang agak mahal tapi ada sensitiviti terhadap keadaan pesakit sikit. Oh no, no, no...

Gosak Jangan Tak Gosok

Lepas pengalaman ngeri scaling gigi, saya lebih peka dan disiplin terhadap penjagaan gigi. Setiap kali selepas makan, pasti akan gosok gigi untuk pastikan tiada sisa makanan tersekat pada gigi bongsu tu. Sebabnya, sisa makanan itulah yang mendatangkan infection pada gigi dan gusi. Bila berlaku infection, gusi akan bengkak dan mula la sakit gigi menyerang. Selain penjagaan luaran gigi, penjagaan dalam gigi seperti keperluan kalsium untuk gigi kenalah jaga juga tau. Keperluan kalsium yang cukup boleh menjamin gigi yang kuat. So takde la nanti muda-muda lagi dah pakai gigi palsu, sebab gigi semua sudah rapuh..hehe..Minum susu untuk keperluan kalsium, dan kalau tak suka susu ambillah supplemen yang berasaskan kalsium seperti Ostematrix Shaklee yang semestinya pilihan saya.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.