Home » » Kenapa pentingnya "Early Education"

Kenapa pentingnya "Early Education"

       Pakar pendidik kanak-kanak bersetuju bahawa kanak-kanak akan lebih berlajar secara terbaik melalui aktiviti tangan mereka sendiri disamping mendorong mereka untuk berinteraksi dan berimiginasi terhadap barang permainan tersebut. Alat permainan yang berasaskan pendidikan dapat merangsang kanak-kanak berfikir dengan kreatif serta meningkatkan ‘self-independent skills’. Walaubagaimanapun, kanak-kanak akan lebih berjaya sekiranya ibu bapa juga turut serta dan cenderung untuk bersama anak mereka untuk berlajar menerusi permainan.

     Sebenarnya ransangan minda yang kanak-kanak dibawah usia 6 tahun, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ kanak-kanak. Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”

Maksudnya :
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun”.

     Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab itulah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur! Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?

MY CHILD'S GENIUS ditubuhkan  untuk menyahut dan menyokong kajian tersebut demi perkembangan kanak-kanak kecil
Powered by Blogger.