Home » , , » Cuti-cuti Keluarga Hakim V8_Sabah

Cuti-cuti Keluarga Hakim V8_Sabah

Salam semua..
Hampir 2 bulan blog tanpa update terbaru..nak buat macam mana peringkat first trimester kali ni sangatlah menduga..syukur Alhamdulillah keadaan dah kembali seperti biasa..

Walaupun wek wek, tapi bercuti tetap tak dapat nak elak..hehe..kali ni kami pergi ke Sabah. Pada asalnya mengikut En Hakim yang ada conference di Sutera Harbour,  jadi alang-alang dah ke sana kami plan la untuk bercuti..Sehari sebelum tarikh untuk bertolak ke Sabah, si kecil Haiqal Hakim mengalami accident kecil di rumah..jatuh katil dan tangan die terseliuh la sedikit..selepas mendapat rawatan doktor dan xray, mujurlah kecederaannya tidak serius..kalau tak nak bercuti macam mana kan? Huhu..

Ready for check in..kesian haiqal injurt

Antara yang menarik mandi di Sutera Harbour Hotel


Brisk walk sekitar perlabuhan kecil

Sutera Harbour ni memang cantik kawasan die..tapi agak mahal la sikit kos menginap di sini..tapi pembiayaan penginapan semuanya ditanggung beres..so enjoy je la..hari kedua kami sudah pun menyewa kereta..kira agak murah jugaklah contact yg kami dapat..sewa kereta toyota vios rm130 sehari..kondisi kereta sangat ok..so jom ronda-ronda Kota Kinabalu lah...senang bila ada kereta di Sabah..sebab kos teksi di sini mahal sangat...malam kedua kami makan malam di kedai sekitar waterfront tu je..ok la jgk...
Hari terakhir di Sutera Harbour, sebelum check out macam biasa la aktiviti mandi swimming pool dan laut di saat akhir...Keistimewaaan Sabah adalah air lautnya yang sangat bersih..so tak sabar nak tunggu aktiviti snorkeling nanti..sebelum tu kami akan ke Kudat, bermalam di kaki Gunung Kinabalu..

Perjalanan kami bermula awal pagi sebab nak ke Lok Kawi Wildlife Park dulu..kira-kira 40 minit dari KK..Taman ni agak menarik untuk anak-anak lawati, banyak juga haiwan di sini dan yang merik adalah  monyet belanda la kan..hehe comel monyet belanda ni..hidungnya yang besar menampakkan keunikkan berbanding monyet biasa..di sini ada juga pertunjukkan haiwan bertempat di amphitheatre la..pertunjukkan yang agak berbeza dan menghiburkan sangat..selesai di Lok Kawi kami terus ke Kudat pula..


Hanya di Sabah

Lok Kawi Wildlife

Perjalanan hampir 2 jam ke Kudat setelah singgah sebentar di Rumah Terbalik semasa dalam perjalanan ke Kudat..Rumah Terbalik ni salah satu tarikan di Sabah, tapi pada saya tidaklah begitu rugi kalau tak ke sini..keistimewaan nya adalah keadaan rumah dan perabot yg terbalik yang dapat kita lihat di sini..bersebelahan rumah terbalik ada sebuah restoran yang di rekemen kan oleh kawan si suami jadi kami pun cubalah lunch di situ dan for me ok jugak..sedap..


Perjalanan ke Gunung Kinabalu ni menaiki jalan yang berbukit seolah2 ke Cameron Highland...tapi rata-rata penduduk di sepanjang jalan berbangsa katolik..sebab banyak gereja di sepanjang jalan..haha yang mengejutkan saya ade kedai di tepi jalan yang menjual babi hutan salai..oh no no no...dasyat betul...kalau perjalan ke Ulu Bendul Negeri Sembilan famous dengan ayam, daging, ikan keli salai di sini lain sikit citarasanya..hahahaha..semakin hampir ke kawasan Gunung Kinabalu semakin sejuk terasa..jalan berkabus..masa tu kira-kira jam 3.30 ptg..kami check in di Kinabalu Pine Resort dan yang menariknya bilik kami bertentangan dengan pemandangan puncak Kinabalu..nice..keadaan di sini sangat sejuk dan berangin..selepas check in kami keluar berjalan ke kawasan penjualan sayur dan buah-buahan..buah-buahan hampir sama di semenanjung cuma ade beberapa buah yang agak lain dan pelik.
Rumah terbalik la

Toilet terbalik..habis la poops jatuh..hehe

Aktiviti pertama di sini mestilah ke Desa Dairy Farm untuk melihat ladang lembu tenusu yang diusahakan di kaki gunung Kinabalu..keadaan di sini ala-ala New Zealand tau..cantik dan sejuk serta nyaman je..habis di Desa Dairy Farm kami terus pulang ke KK.
Kami bermalam di Shangri La untuk berjalan di KK, destinasi untuk shopping semestinya di Pasar Philippines. Kami juga singgah di kedai Jamilah yang menjual aksesori mutiara murah-murah sebab ade diskaun 50%..selesai shopping balik ke hotel untuk berehat sebab esoknya kami akan ke pulau untuk aktiviti snorkeling pulak.

Takde baby nak susu,kita bagi anak lembu ni susu

Haqqul takut, sbb baby cow tu gelojoh

Sebelum check out

Lokasi snokeling kami adalah di Marina Eco Research Centre..menarik tau MERC ni sbb die ade research centre yang menarik untuk kite lihat hidupan laut dan coral..malah kita boleh buat aktiviti menanam coral untuk diletakkan di dasar laut..port snokeling yang lebih privacy dan menarik memang sangat best lah..tapi sayangnya masa agak suntuk sebab bot kami bertolak pkl 1.00 tghari, bukan tak boleh amik pkl 4.00ptg takut plak nnt akan terkejar-kejar untuk ke airport...sebab tiket balik pkl 7.30mlm..at least masih ade masa utk last minute shopping...hehe.

Pegang Starfish di MERC

Suka dapat sentuh starfish

Tanam coral..

Inilah patrick kawan spongebob tu..hehe comel n gebu

Giant Clam

Choclate chip starfish

6 hari 5 malam percutian di Sabah kali ni memang agak berbaloi sebab aktiviti percutian yang di rancang semuanya menarik dan dapat dilaksanakan dengan jayanya...Insyallah sekiranya ada rezeki kite akan plan bercuti ke destinasi lain pula...

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.