Home » , » KISAH AFI DAN ABAH...

KISAH AFI DAN ABAH...

Bertangguh Sejenis Barah?  

Amalan bertangguh kerja sudah menjadi penyakit turun-temurun dalam kalangan kita. Penyakit ini tidak hanya berjangkit dalam kalangan pelajar malah turut merebak dalam kalangan mereka yang bekerja. Sedar atau tak, sekiranya ‘penyakit’  bertangguh ini tidak dicegah secepat mungkin,  dikhuatiri ianya akan menjadi suatu barah tabiat yang sukar lagi dirawat.

Kisah 'Afi dan Abah'

Jom kita hayati kisah ini. Ada seorang budak lelaki yang rapat dengan ayahnya  atau nak lebih senang, kita kenali mereka sebagai Afi dan Abah. Suatu hari, sedang mereka berjalan-jalan di padang, Afi terlihat rumput kemuncup. Afi pun minta izin Abah untuk cabut rumput kemuncup tersebut. Bila dah dapat izin,dengan mudahnya  Afi pun tariklah rumput tu dengan akar-akarnya sekali.

Mereka pun teruskan perjalanan dan mereka terjumpa pula anak pokok separas dada Afi. Sekali lagi, Afi pun minta izin Abah untuk cabut pokok tu. Setelah dapat kebenaran, Afi pun try tarik anak pokok tersebut tapi tak berjaya. Afi terus berusaha tetapi masih lagi gagal. Mana taknya, batang pokok tu liat dan akarnya pula dalam menyusur ke bawah tanah. Kesian tengok anaknya terkial-kial cabut pokok tu, Abah pun datang menolong. Ternyata, walaupun masih kecil,  pokok tu masih tak dapat ditarik keluar. Abah pun geram lalu disentapnya kuat-kuat pokok tu barulah pokok tu berjaya ditarik keluar. Namun, akar pokok tu masih tertanam di tanah.

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan lagi. Sampai di suatu tempat, mereka terjumpa pula dengan pokok besar yang tingginya hampir sama dengan ketinggian Abah.Sekali lagi Afi minta izin Abah nak cabut pokok tu. Abah cuma mampu memandang kepada Afi  sebab tak tahu nak cakap apa dah. Hendak diberi kebenaran pun, Abah tahu mereka tak mampu nak cabut pokok sebesar tu. Kalau tak diberi kebenaran pun, kesian pula tengok Afi yang dah berkobar-kobar semangatnya nak cabut pokok. Akhirnya, Abah pun tersenyum sambil berbisik kepada Afi, “Afi, kita takkan mampu tarik pokok tu keluar. Besar sangat lah..”

Melentur Buluh Dari Rebung.

Kisah ini sebenarnya cuma nak menunjukkan sikap yang negatif mudah untuk dibaiki ketika kita masih kecil. Itulah yang diumpamakan oleh rumput kemuncup yang mudah dicabut malah boleh ditarik sehingga terkeluar akarnya sekali. Manakala apabila kita mulai meningkat remaja, sikap negatif masih boleh dibaiki tetapi memerlukan usaha dan keazaman yang lebih. Inilah yang dimiripkan oleh anak pokok setinggi Afi itu. Namun, jika sikap dan amalan negatif telah sebati dengan diri kita hinggalah kita dewasa kelak, maka kita akan terus kekal dengan sikap sebegitu sampai bila-bila. Jika tidak dibendung sejak kecil lagi,, SIKAP BERTANGGUH KERJA akan menjadi bebanan kepada kita apabila dewasa kelak.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.