Home » , , , , , , » Cuti-cuti Keluarga Hakim

Cuti-cuti Keluarga Hakim

Cina Raya Melayu pun Raya

Salam semua, Alhamdulillah selamat sampai seltelah pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Merentasi 3 buah negeri sepanjang cuti  5 hari yang lalu. Syukur sangat perlajanan pulang kali ni bebas jem, hahaha...Mana tak nya, lepas je tau sekolah Haqqul cuti hari Khamis, kitrg terus planning blik ke Lenggong dulu pada hari Khamis tu. Bertolak dlm pukul 3ptg dan sampai Magrib (bukan sebab jem tapi duk lepak dkt hentian RTC, Perak tu). First time la stop dekat situ, dan yang menarik nya dkt hentian RTC tu die attached dgn Hypermarket Mydin. Tempat hentian yang besar dan selesa untuk berhenti dan rehatkan badan sblm meneruskan perjalanan.

Manual Alarm

Nyaman sangat suasana di kampung, pagi-pagi dengar ayam berkokok kira macam manual alarm. Anak-anak terus terjaga seawal pagi subuh gara-gara terdengar kokokan ayam jantan 'tok nek'. Haqqul dan Haiqal suka sangat kalau balik ke Lenggong tu, sbb dapat tgk ayam dan lembu di sawah padi. Syukur ibu dan ayah masih ade kampung halaman yang masih terpelihara. Di blkg rumah ade reban ayam kampung (sbb atok saya bela ayam kampung) dan juga sawah padi di seberang parit blkg rumah. Saya mengambil peluang untuk membawa Haqqul dan Haiqal explore environment kampung dengan memberi pendedahan terhadap haiwan dan tumbuhan secara live. Mana tak nya kalo dah kata atok saya bela ayam kampung confirmlah lah boleh tengok proses production ayam tu. Dari telur yang di'eram'kan, sisa kulit telur yang pecah akibat penetasan sampai lah ke ayam dewasa. Kalau lame lagi kami stay dkt Lenggong mungkin dia boleh tgk cara nak sembelih dan proses ayam secara manual..Maybe next time la ye anak ibu..Sblm bertolak ke Kelantan pulak, pagi tu cik abang saya sempat panjat pokok rambutan untuk bwk balik rambutan ke Kelantan. 

Kelik Kelate

Perjalanan ke Kelantan melalui Gerik memang agak pening sikit..sebab laluan die berbukit dan bersimpang-simpang. Tapi suasana perjalanan sanagt seronok. Father in law pernah jumpa gajah melintas tau masa dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Penang. tapi kitrg yang dah banyak kali pun xde rezeki lagi nk jumpa gajah melintas. Takpe la tengak gajah dekat zoo je lah..haha..Sebenarnya perjalanan ke Kelantan melalui Gerik ni kita akan dapat tgk Tasik Banding atau Hutan Belum (hutan yg belum diterokali)...seronok sangat, so nature. Lagi satu ada tempat menarik, Hentian Titiwangsa, di puncak perjalanan..sini mmg port org berhenti rehat sambil penikmati pemandangan dan udara yang sejuk (macam dekat Cameron Highlands)..Untuk pengetahuan, saya baru first time stop dkt situ walaupun dah byk kali lalu situ tapi tak pernah pun nak stop. 
Bangun pagi sabtu tu, konon nak main badminton di luar laman rumah, tapi terpaksa cancel sebab sejuk sangat dekat Kelantan, tak tahan sangat. Memang betul lah berita yang gempar Malaysia pasal negeri Terengganu dan Kelantan suhu menurun. Sejuk die sampai berasap-asap mulut bile bercakap, waa feel like dkt oversea gitu. Petang Sabtu kitorang gi jale-jale ke Bachok (dkt kelate keno kecek kelate..hehe) . Singgah Pantai Irama makan ikan celup tepung, sambil jalan-jalan tepi pantai main air. Dekat Bachok ni ramai waris umi (MIL) saya, so habis la round rumah mokcik-mokcik dan pokcik-pokcik. Konon sebelim bertolak balik ke Machang, nak makan ikan bakar dekat Tok Bali, tapi sebab dah lewat dan dah kenyang lain kali je lah. So kitorang terus balik je.

Jalan-jalan makan kenduri di Bachok


Pantai Irama Bachok

MIL and Adik-adik Ipar


Negeri Mami Jarum

Empat hari di Kelate, harini masa untuk ke Penang pulak. Pergi Penang sebab cik abang saya trainer untuk Kursus Training of Trainer dkt UiTM Shah Alam. Perjalanan ke Penang panas sangat..dalam perjalanan ke penang selepas melalui Gerik menghala ke Baling, saya terkejut dengan keadaan bukit bukau yang gondol. Dah macam pengembara di bumi Sahara. Ya Allah, semua ni angkara kerangkusan manusia ke? Kesian warisan yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Kalau la macam ni kita jaga harta yang dipinjamkan, bayangkan betapa murkanya Yang Maha Esa. Subhanallah. 

Bukit dah gondol (perjalanan ke Baling Kedah dari Kelantan)

Kerakusan Manusia

Sampai Penang, petang tu terus ke Bayan Lepas, nak jumpa upline bisnes Shaklee saya Najiha Razali (kawan masa di UiTM). Sharing info dan makan-makan..Esoknya tinggal la saya dan anak-anak je duduk rumah father in law (FIL berkhidmat di UiTM Penang, so duduk rumah staff la)..Ambil peluang sampai di UiTM Penang untuk berjumpa kawan MSc yang skrg ni dah jadi lecturer di UiTM Penang, wah bahagianya dapat jumpa dah sembang-sembang pasal perkembangan masing-masing.. 

master coordinator shaklee
Nota Motivasi upline saya untuk saya 


Seronok sangat percutian saya dan keluarga..malam selasa tibalah masa untuk bertolak pulang ke rumah di Shah Alam. So, hari ni kembali ke rutin biasa saya sebagai WAHM dan bisness Shaklee. Semoga Allah membuka pintu rezeki kami sekeluarga. Amin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.