Darjat Seorang Ibu
Siapakah insan yang patut kita patuh di muka bumi ini? Ibu, Ibu, Ibu...begitulah darjat sorang ibu sebanyak 3 kali berbanding ayah.
Pembaca blog yang di sayangi Allah..
Siapakah ibu itu?
Lalu, apa peranannya?
Eratnya hubungan seorang anak dengan ibu, jauh lebih kuat dan memberi daya dorong yang lebih tinggi dibandingkan dengan daya dorong ayah/suami. Tapi kenapa ya? pernahkah kita terfikir keadaan ini terjadi adalah disebabkan jalinan biologi dan psikologi ibu jauh lebih lama berbanding ayah.
Masyaallah, hebat sungguh martabat seorang ibu.
Oleh itu, hal terpenting seorang ibu selain menjaga anak-anak adalah menjadi PENDIDIK yang pertama dan utama bagi anak-anak. Tetapi keadaan ini semakin membimbangkan apabila tugas pendidik itu telah diberikan 100% kepada guru di sekolah. Ibu semakin sibuk dalam urusan kerja sehingga lupa akan urusan mendidik anak yang mana ibulah yang wajar memegang title pendidik itu.
Ibu memiliki tugas mendidik sejak dari dalam rahim lagi. Rahim ibu berfungisi untuk memberi gizi kepada janin sekaligus pendidikan. Pendidikan diterima bersifat terpusat (kerana dihubungkan melalui tali pusat) ,so secara pasif anak dalam kandungan menerima pembelajaran dari perbuatan ibu, emosi, pertuturan dan segala macam yang ibu lakukan ketika hamil. Sebab itulah keadaan emosi dan jiwa ibu yang hamil perlu di jaga, kerana dapat mempengaruhi anak yang di kandung itu.
Kongsi pengalaman diri
Pengalaman diri saya sewaktu berkerja dahulu mengajar saya bahawa kesibukan bekerja dan kekurangan masa untuk anak-anak menjadikan saya rasa macam tidak lengkap (incomplete). Tetapi setelah bergelar WAHM ni syukur Alhamdulillah, saya dapat luangkan masa dalam mendidik anak-anak. Bergelar suri rumah bukanlah bermakna saya terkurung dan tidak memiliki kebebasan dalam melakukan apa sahaja yang saya mahu. Malah masa ini lah peluang untuk saya beramal kepada keluarga saya (suami dan anak-anak), dan saya percaya suatu hari nanti, saya lah yang akan menuai hasil yang baik di atas pengorbanan yang saya lakukan ini.
Anak ini adalah anugerah Allah yang suatu hari nanti akan di minta pertanggungjawabkan di akhirat. Sebab itu lah saya mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak kerana mahu membukti kan bahawa martabat ibu yang tinggi itu layak diberikan kepada saya. Insyallah.
Pernah tak dengar orang kata 'ibu susah untuk mengajar anak-anaknya sendiri walaupun ibunya seorang guru'. Mentallity yang sebegini wajar kita cantas dari mula. Kenapa perlu menafikan tugas ibu yang telah ditetapkan sebagai pendidik pertama dan utama kepada anak-anak? So semua ibu boleh mendidik anak. Tak susah rasanya, sebab zaman moden sekarang ni macam-macam medium untuk mengajar anak. Ambil tahu silibus di sekolah anak-anak. Saya percaya kebanyakkan ibu sekarang ini mempunyai kelayakan akademik yang hebat, so bukan lah masalah untuk menidakkan kebolehan diri untuk mengajar anak-anak. Betul tak? Jom mommies, bantu anak-anak kita dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam pendidikan. Jangan menyerah 100% kepada guru di sekolah. Kesian guru, kadang-kadang terlalu fokus kepda pelajar di sekolah sehingga terlupa akan anak sendiri. What gonna work? TEAMWORK...when we work together, we got the right stuff (hehe, lagu wonderpets)
Sedikit sebanyak cara dan kaedah saya mendidik anak-anak
Setiap kali membawa anak-anak berjalan/naik kereta..saya akan bercakap dengan mereka mengenai hal sekeliling mereka. Apa yang mereka lihat?
Cthnya : Kalau dalam perjalanan saya dan suami suka menyuruh mereka mengira jumlah kereta/van/lori di jalan. Kadang-kadang saya melakukan aktiviti math dengan mereka dengan menyuruh mereka mengira jumlah kereta yang abang kira dan jumlah lori yang adik kira. (si abang yang akan menambah, sbb adik baru 2 tahun setengah).
Kalau dalam perjalanan, kitrang ada game yang kitorang suka main 'Animals Alphabet Matching Game'
Cara nak main game ni adalah dengan membunyikan huruf A dengan cara phonics (cth A, A,A Alligator) dan seterusnya. Masa ini lah Haqqul akan cuba untuk mencari animals yang lain dari kebiasaan. (not a typical animals)
Apabila saya berada di dapur untuk masak, kadang-kadang haqqul akan datang utk offer diri untuk bantu ibu. Adalah juga saya suruh dia keluarkan garam/gula/asam jawa dan macam-macam lagi..so pada awal die mmg xkenal la..tp bila saya cakap garam yang rasa masin, gula yang rasa manis dan asam jawa yang rasa masam..so cara die nak tau die akan bukak kabinet dan rasa la sedikit untuk kenalpasti. Pernah dia tanya kenapa abang rasa masin, masam, dan manis ni ibu? Haa masa ni lah saya akan suruh die keluarkan lidah dan bgtau die lidah kita ni ada bahagian rasa tertentu. Dan terangkan kepada die..percayalah ibu, walaupun level macam tinggi je..tapi anak-anak akan faham bile die explore nanti. Jangan bantutkan pertanyaan anak-anak dengan cara mengelak utk bgtau kerana risau anak-anak takkan paham. Just explain to them.
Berlajar sains |
Aktiviti masak alphabet donut dengan ibu |
Support minat anak
Minat anak-anak kita perlu sokong dan nak lagi baik kita cuba untuk meminati minat yang sama dengan apa anak-anak minat. Sebagai contoh minat Haqqul terhadap dinosaur. Sebagai ibu dan ayah yang supportive segala macam ilmu berkaitan dinosaur saya akan cuba berikan kepada Haqqul seperti buku, toys, movie, exhibition, t-shirt, beg dan macam-macam lagi. Melaui minat dia itulah saya salurkan ilmu, macam mana ye? contoh dari buku/ensiklopedia, saya akan baca dan ceritakan kepada die mengenai dinosaur tu dan jenis-jenis dinosaur yang tergolong dlm karnivor/herbivor dan omnivor. Dan Haqqul sudah tahu klasifikasi tersebut, bkn hanya kpd dinosaur malah kepada semua benda hidup. Saya cakap kepada die kenapa kita ada gigi taring and gigi geraham? Sebab manusia adalah half carnivore and half herbivore , so manusia adalah omnivor. Die excited sangat dan mudah untuk dia terima sbb contoh yang dekat dengan diri dia. So ibu kenalah kreatif sikit dalam mengajar anak-anak. Sebenarnya macam-macam cara untuk kita cuba jadi pendidik kepada anak-anak. Cuma masalahnya mahu ataupun tidak?
Minat terhadap dinosaur dikongsi bersama tok wan |
Lukisan pertama yang terbaik seawal 4 tahun |
So itulah impian saya sebagai seorang ibu, menjadi pendidik yang pertama dan utama. Saya mahu anak-anak melihat diri ini sebagai seorang ibu yang versatile gitu. Ibu adalah role model kepada anak-anak. Dari ibu dan ayah Haqqul pandai melukis, memasak, mengenal jenis binatang, berlajar sains dan math, mengenal ilmu agama dan segalanya bermula dari ibu dan ayah. Itulah impian kami sebagai ibu bapa yang perihatin terhadap perkembangan anak-anak syurga kami. Semoga Allah memberkati pengorbanan kami.
Doa mendidik anak untuk para ibu :
"Ya Allah, Berikanlah kesabaran kepada para ibu dalam mendidik anak-anak, serta berilah semangat istiqamah dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang diberikan oleh anak-anaknya, supaya kami mampu mencapai kejayaan dunia dan akhirat".
Amin
0 comments:
Post a Comment