Home » » Pantau Element/Masej Kartun..

Pantau Element/Masej Kartun..

Pantau Element/Masej Kartun...

      Kartun dan kanak-kanak seakan sinonim dan sukar dipisahkan. Tetapi terdapat segelintir golongan dewasa yang masih berminat dengan kartun, hal ini adalah disebabkan oleh minat mereka sejak dari kecil gemar menonton kartun. Tahukah kita. kartun dan televisyen boleh mempengaruhi minda dan sikap kanak-kanak. Sejauh mana kebenarannya? Jom kita bincang!

       Kita mesti biasa tengok kan anak-anak yang bergomol bergusti sesama rakan sebaya mereka. Agak-agak daripada mana mereka belajar ek? Siap ada ‘keluar power‘ lagi tuh..Tangan Api la, Kuasa Angin la dan macam-macam lagi. Kadang-kadang memang suka memerhatikan keletah anak-anak ni, tapi bila dah jadi luar kawalan sampai tak boleh nak bezakan antara bergurau dan bergaduh, kenalah dileraikan.

      Cerita kartun tempatan seperti "Upin Ipin" banyak mengisahkan mengenai kisah Upin Ipin dan kawan-kawannya. Apa yang ditonjolkan dalam cerita itu memang sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak. Pengajaran dari cerita itu adalah sangat bagus, lagipun tidak ada kata-kata kesat di dalamnya. Anak-anak pun boleh terdidik dengan nilai-nilai murni dalam kartun Upin Ipin ni secara tidak langsung.

     Contoh siri kartun luar pula seperti "Word World" sangat membantu anak-anak di dalam meningkatkan pengetahuan mengenai vocabulary yang mudah...Ini kerana karektor kartun di dalam siri word world digambarkan melalui perkataan yang menarik.

    Kesimpulannya, bukan tak boleh nak biarkan anak-anak anda menonton kartun-kartun seperti Boboiboy, Ultraman atau Power Rangers tuh tapi perlulah ada pengawasan dari Ibu Bapa dan penjaga. Jika perlu, terangkan apa pengajaran yang boleh diperoleh melalui kartun-kartun tersebut. 

Anda ada cadangan atau pandangan yang mungkin boleh diperbincangkan mengenai Pengaruh Kartun terhadap Kanak-kanak ni? Feel free to share...





Powered by Blogger.