Salam semua...baru-baru ni semasa pulang ke kampung halaman di Machang, Kelantan saya sekeluarga berpeluang untuk pergi ke Feastival Wau Antarangbangsa di Tumpat, Kelantan.
Wau Kebanggaan Malaysia.
Niat di hati nak tengok keindahan wau bulan tu, tapi sayangnya masa datang tu xde pun wau bulan. Yang ada wau yang berbentuk ikan, buaya, sotong, dan macam-macam lagi. Tapi cool la, sebab kalau sebelum ni ikan, buaya sotong di laut kini mereka terbang bagai burung di udara.
Eh wau bulan la, tiba-tiba je terdengar la pengacara majlis di situ umumkan ada pertandingan wau bulan bagi jawatankuasa..yes, ada chance tgk wau bulan...bila mana wau bulan mula dilepaskan terbang, saya tengok wau-wau tu naik ke langit dengan sangat laju..perghh macam roket je...hebatnya wau kebanggaan kita tu..pada saya walaupun wau yang dibuat oleh peserta luar negara tu nmpk bermacam-macam bentuk, tapi keunikan wau bulan tiada tandingan.
Tiga generasi di udara |
Apabila buaya boleh terbang |
Nemo pun ada jugak. |
Wau berduri dan berpusing ni memang nampak cool. |
Konsep Engineering dan Wau Bulan
Wau bulan ni bukan senang nak buat tau, kene pandai buat rangka wau bulan tu. kalau tak kene memang tak naik lah wau tu. Boleh dikatakan konsep engineering tu perlu ada dalam membuat wau bulan yang hebat. So pembuat wau bulan tu kira enginner jugak la kan?? hehe...
0 comments:
Post a Comment