Warna Tema Kenduri Kahwin

Hujung tahun ni mesti banyak undangan kenduri kahwin kan? Alhamdulillah saya dan keluarga baru sahaja selesai majlis walimatulurus Dinie & Am pada raya aidiladha baru-baru ni. Meriah juga dengan kehadiran kaum keluarga terdekat. Bile cakap pasal kenduri kawin, antara benda yang paling penting adaah warna tema. Susah jgk nak cari warna tema yang menarik, sebab kalau tersalah pilih nanti jadi ter'over' ataupun 'kureng' menarik.

Kuning Mustard Warna Pilihan 

Warna kuning mustard ni memang agak terang, dan kalau tak kena cara bleh overshadow pengantin nanti..tapi ok lah sebab kami si dayang-dayang ni pakai shawl warna coklat pastel gitu..so xde lah over sangat kan..

semakin besar ahli keluarga

Jubah tempahan khas untuk semua 'sisters' and umi (xde dlm pic)
So inilah warna tema majlis kenduri yang menadi pilihan. Personally nmpk menarik dan meriah kerana pilihan warna mencerminkan keceriaan majlis dan kami sekeluarga..Semoga bahagia hingga ke jannah buat adik iparku Nordinie dan suami, Am.... 

Ceritaku Anak Masuk Sekolah

Salam semua...


Alhamdulillah minggu kedua persekolah semakin baik dan tenang untuk saya...walaupun rutin harian bertambah tapi semakin teratur dan seronok...

Al kisah saya minggu lepas, sangatlah padat dan saya percaya ibu2 yg lain pun sama juga, menguruskan anak-anak syurga kita semua  untuk ke sekolah.
Syukur Alhamdulillah anak syurga pertama Haqqul Hakim sudah mula masuk ke Darjah Satu, dan anak syurga kedua Haiqal Hakim pula sudah mula masuk tadika 4 tahun..sekejap je anak-anak membesar..dan Insyallah dalam 4 bulan nanti akan lahirlah anak syurga ketiga penghias keluarga kami.

Fisrt Day!!

Hari pertama persekolahan sangat membanggakan..mungkin anak-anak tidak sabar untuk ke sekolah setelah semua kelengkapan sudah di beli...saya tidak ade masalah pada anak pertama kerana sudah biasa ke sekolah..malah pada usia 6 tahun saya hantar dia ke pra sekolah Sk Raja Muda Sek 4 Shah Alam..jadi sedikit sebanyak memang membantu persediakan dia ke sekolah..yang menjadi masalah sikit adalah pada anak kedua saya ni..maklumlah pertama kali..walaupun sejak kecil saya tinggalkan dia di rumah pengasuh tapi keadaan sekolah agak berbeza padanya..satu pendedahan baru...pada mulanya sampai di sekolah keadaan masih terkawal..tapi apabila sudah mula masuk ke dalam kelas dan saya terpaksa tinggal maka di situlah bermula drama..hehe..tapi saya percaya pada guru-guru dan berserah kepada guru kelas..sambil dalam hati memohon pada Allah untuk menjaga anak saya sewaktu di sekolah..Alhamdulillah sekiranya kita bertawakal dan berserah pada Allah, hati kita akan tenang..

Pantau Anak Masa Rehat

Waktu rehat, saya dan suami terpaksa pergi semula ke sekolah agama anak pertama di SRA Seksyen 3 untuk melihat keadaan Haqqul menguruskan makan..nasib la kami datang untuk menjenguk, kerana rata-rata ibu bapa pun datang melihat anak-anak juga...Alhamdulillah dalam kesesakkan ibu bapa dan murid-murid dapat juga saya jumpa Haqqul di kantin dan membantu dia untuk membeli makanan..bukan dia tak pandai nak beli makanan, tapi kalau dah semua parents yang sesak di kaunter makanan macam mana anak-anak nak membeli..ayaiyai...nampak gayanya terpaksa la saya datang waktu rehat lagi nanti..tapi next time saya akan bekalkan makanan untuk Haqqul ke sekolah sebabnya makanan yang di jual tidak menepati citarasa anak-anak..mana taknya..pedas sangat...lebih baik la ibu bekalkan makanan, sihat dan sedap..hehe..so rutin harian bertambah lagi satu untuk siapkan bekal makanan anak di awal pagi...semoga ibu diberi kesempatan untuk semua ini walaupun dalam keadaan kandungan sudah 6 bulan..chayok ibu!!

Makan bekal lagi senang..sedap plak tu..

Drama di pagi hari.

Hari kedua dan seterusnya semakin ok buat Haqqul dan saya tidak lagi datang melawat di waktu rehat...senang sebab dengan bekal yang di bawa dia boleh terus makan je...tapi drama anak si Haiqal masih belum tamat..setiap kali hantar ke sekolah pasti akan menangis..tapi saya terpaksa tinggalkan dia dalam kedaan menangis, walaupun dalam hati Allah je yang tau..huhu..masuk hari ke 4 drama si Haiqal makin rancak apabila tak nak bangun pagi untuk ke sekolah..aduyai...pening pening..huhu

Alah Bisa Tegal Biasa

Setelah seminggu persekolah, alhamdulillah anak-anak dah dapat accept yang mereka kene pergi ke sekolah setiap hari untuk berlajar menuntut ilmu. So dah takde lah masalah lagi, cuma kadang-kadang 'cranky' tu biasa lah kan..ok lah itu saja cerita saya al-kisah minggu pertama persekolahan...sekian




Cuti-cuti Keluarga Hakim V8_Sabah

Salam semua..
Hampir 2 bulan blog tanpa update terbaru..nak buat macam mana peringkat first trimester kali ni sangatlah menduga..syukur Alhamdulillah keadaan dah kembali seperti biasa..

Walaupun wek wek, tapi bercuti tetap tak dapat nak elak..hehe..kali ni kami pergi ke Sabah. Pada asalnya mengikut En Hakim yang ada conference di Sutera Harbour,  jadi alang-alang dah ke sana kami plan la untuk bercuti..Sehari sebelum tarikh untuk bertolak ke Sabah, si kecil Haiqal Hakim mengalami accident kecil di rumah..jatuh katil dan tangan die terseliuh la sedikit..selepas mendapat rawatan doktor dan xray, mujurlah kecederaannya tidak serius..kalau tak nak bercuti macam mana kan? Huhu..

Ready for check in..kesian haiqal injurt

Antara yang menarik mandi di Sutera Harbour Hotel


Brisk walk sekitar perlabuhan kecil

Sutera Harbour ni memang cantik kawasan die..tapi agak mahal la sikit kos menginap di sini..tapi pembiayaan penginapan semuanya ditanggung beres..so enjoy je la..hari kedua kami sudah pun menyewa kereta..kira agak murah jugaklah contact yg kami dapat..sewa kereta toyota vios rm130 sehari..kondisi kereta sangat ok..so jom ronda-ronda Kota Kinabalu lah...senang bila ada kereta di Sabah..sebab kos teksi di sini mahal sangat...malam kedua kami makan malam di kedai sekitar waterfront tu je..ok la jgk...
Hari terakhir di Sutera Harbour, sebelum check out macam biasa la aktiviti mandi swimming pool dan laut di saat akhir...Keistimewaaan Sabah adalah air lautnya yang sangat bersih..so tak sabar nak tunggu aktiviti snorkeling nanti..sebelum tu kami akan ke Kudat, bermalam di kaki Gunung Kinabalu..

Perjalanan kami bermula awal pagi sebab nak ke Lok Kawi Wildlife Park dulu..kira-kira 40 minit dari KK..Taman ni agak menarik untuk anak-anak lawati, banyak juga haiwan di sini dan yang merik adalah  monyet belanda la kan..hehe comel monyet belanda ni..hidungnya yang besar menampakkan keunikkan berbanding monyet biasa..di sini ada juga pertunjukkan haiwan bertempat di amphitheatre la..pertunjukkan yang agak berbeza dan menghiburkan sangat..selesai di Lok Kawi kami terus ke Kudat pula..


Hanya di Sabah

Lok Kawi Wildlife

Perjalanan hampir 2 jam ke Kudat setelah singgah sebentar di Rumah Terbalik semasa dalam perjalanan ke Kudat..Rumah Terbalik ni salah satu tarikan di Sabah, tapi pada saya tidaklah begitu rugi kalau tak ke sini..keistimewaan nya adalah keadaan rumah dan perabot yg terbalik yang dapat kita lihat di sini..bersebelahan rumah terbalik ada sebuah restoran yang di rekemen kan oleh kawan si suami jadi kami pun cubalah lunch di situ dan for me ok jugak..sedap..


Perjalanan ke Gunung Kinabalu ni menaiki jalan yang berbukit seolah2 ke Cameron Highland...tapi rata-rata penduduk di sepanjang jalan berbangsa katolik..sebab banyak gereja di sepanjang jalan..haha yang mengejutkan saya ade kedai di tepi jalan yang menjual babi hutan salai..oh no no no...dasyat betul...kalau perjalan ke Ulu Bendul Negeri Sembilan famous dengan ayam, daging, ikan keli salai di sini lain sikit citarasanya..hahahaha..semakin hampir ke kawasan Gunung Kinabalu semakin sejuk terasa..jalan berkabus..masa tu kira-kira jam 3.30 ptg..kami check in di Kinabalu Pine Resort dan yang menariknya bilik kami bertentangan dengan pemandangan puncak Kinabalu..nice..keadaan di sini sangat sejuk dan berangin..selepas check in kami keluar berjalan ke kawasan penjualan sayur dan buah-buahan..buah-buahan hampir sama di semenanjung cuma ade beberapa buah yang agak lain dan pelik.
Rumah terbalik la

Toilet terbalik..habis la poops jatuh..hehe

Aktiviti pertama di sini mestilah ke Desa Dairy Farm untuk melihat ladang lembu tenusu yang diusahakan di kaki gunung Kinabalu..keadaan di sini ala-ala New Zealand tau..cantik dan sejuk serta nyaman je..habis di Desa Dairy Farm kami terus pulang ke KK.
Kami bermalam di Shangri La untuk berjalan di KK, destinasi untuk shopping semestinya di Pasar Philippines. Kami juga singgah di kedai Jamilah yang menjual aksesori mutiara murah-murah sebab ade diskaun 50%..selesai shopping balik ke hotel untuk berehat sebab esoknya kami akan ke pulau untuk aktiviti snorkeling pulak.

Takde baby nak susu,kita bagi anak lembu ni susu

Haqqul takut, sbb baby cow tu gelojoh

Sebelum check out

Lokasi snokeling kami adalah di Marina Eco Research Centre..menarik tau MERC ni sbb die ade research centre yang menarik untuk kite lihat hidupan laut dan coral..malah kita boleh buat aktiviti menanam coral untuk diletakkan di dasar laut..port snokeling yang lebih privacy dan menarik memang sangat best lah..tapi sayangnya masa agak suntuk sebab bot kami bertolak pkl 1.00 tghari, bukan tak boleh amik pkl 4.00ptg takut plak nnt akan terkejar-kejar untuk ke airport...sebab tiket balik pkl 7.30mlm..at least masih ade masa utk last minute shopping...hehe.

Pegang Starfish di MERC

Suka dapat sentuh starfish

Tanam coral..

Inilah patrick kawan spongebob tu..hehe comel n gebu

Giant Clam

Choclate chip starfish

6 hari 5 malam percutian di Sabah kali ni memang agak berbaloi sebab aktiviti percutian yang di rancang semuanya menarik dan dapat dilaksanakan dengan jayanya...Insyallah sekiranya ada rezeki kite akan plan bercuti ke destinasi lain pula...

Pengertian Ramadhan Keluarga Hakim

Salam semua, Alhamdulillah Ramadhan semakin hampir. Persiapan menghadapi Ramadhan adalah lebih penting daripada persiapan raya bagi kami sekeluarga. Selalunya untuk persiapan raya anak-anak adalah menjadi keutamaan bagi kami. Ibu dan ayah cukuplah sekadar sepasang baju kurung dan baju melayu untuk di pakai di pagi raya. Tapi tahun ni rasanya baju melayu si suami recycle je yang tahun-tahun lepas (atas cadangan suami), hanya baju kurung je yang perlu di beli...hehe..nasib la semenjak kahwin hampir 7 tahun badan en suami tidak berubah sangat, so mmg masih muat lagi koleksi lama..

Rindu Terawih di Masjid Negeri

Suasana terawih di Masjid Negeri Shah Alam memang sangat seronok di waktu bulan puasa. Ramai jemaah yang hadir ke masjid ni, jadi tak boleh lah nak belenggah lama kalau ada plan nak solat teraih di sini. Kalau datang lambat confirm susah nak cari parking kereta. Selain kemeriah jemaah di sini yang menjadi tarikan, imam yang mengetuai solat terawih pun bukan sebarangan orang, kemerduan bacaan ayat suci Al-Quran di dalam solat terawih membolehkan kita lebih fokus dan khusyuk dalam solat, Insyallah...

Tidak Suka Ke Bazaar Ramadhan


Saya dan suami memang tidak suka ke bazaar Ramadhan ni, bukan apa kebanyakkan yang berniaga adalah mereka yang tidak biasa berniaga. Hanya mengambil peluang Ramadhan semata-mata, so boleh dikatakan kualiti masakan kurang memuaskan lah pada tekak kami. Kami lebih memilih restoran yang sudah menjadi kebiasaan sekiranya ingin membeli tambahan juadah. Bulan Ramdhan ni lah saya akan mengatur menu untuk di masak setiap hari, agar terasa kelainan setiap hari berbuka. So memang menu berbuka puasa selalunya adalah segala yang di masak oleh saya.

Bulan Kumpul Pahala


Seperti yang kita ketahui fadhilat setiap hari di bulan Ramadhan ni sangatlah besar. Jadi rugilah sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk merebut pahala di bulan Ramadhan. Pada saya setiap kali Ramadhan, saya dan suami akan bertadarus Al-Quran bersama dan Insyallah akan mengkhatam kan pembacaan Al-Quran kami untuk sebulan. Bukan bulan Ramadhan je kami akan baca Al-Quran, tapi bile tiba bulan Ramadhan tadarus itu adalah wajib dilakukan setiap hari pada kami. Selain bertadarus, kami juga akan kerap bangun di malam hari untuk melakukan Qiamullai bersama-sama. 

Kekal Bertenaga Untuk Beribadah

Untuk memastikan kami kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di bulan Ramadan selain berpuasa, kami terpaksa mengambil supplemen si waktu berbuka dan bersahur. Jadi keperluan tenaga sentiasa kekal la walaupun berpuasa. Tahun ni pula keperluan untuk anak-anak pun telah saya sediakan, supplemen untuk anak berpuasa agar kekal bertenaga juga. Semoga berjaya la wahai anak syurga ibu Haqqul Hakim, ibu sekadar mencuba sayang....

Semoga Ramadhan memberi seribu rahmat kepada kami dan Selamat Mengambut Ramadhan




Teknik Hilangkan Stress Keluarga Hakim



Salam semua...entry harini nak kongsi salah satu rahsia keluarga Hakim untuk hilangkan stress. Mesti tertanya-tanya ape die teknik tu..tapi teknik ni hanya berkesan pada yang minat je..kalau tak minat dan tak suka memang tak jadi la..

Terapi Stress dengan Pets

Haiwan belaan ataupun 'pets' memang boleh menenangkan stress kita sebenarnya. Bila kita tengok kecomelan haiwan belaan kita, kita akan rasa terhibur. Lebih lagi kalau seisi keluarga turut menikmati minat dan suka haiwan belaan tu. Haiwan belaan pilihan seisi keluarga Hakim semestinya rabbit. Pada awalnya en Hakim la yang beli anak rabbit yang baru putus susu dengan ibunya di ladang rabbit bertempat di Muar. Breed rabbit tu adalah English Spot. Comel sangat. Saya berikan nama die 'Ducky' kerana salah satu ciri breed English Spot ni adalah ada tompok hitam di mulut berbentuk butterfly, so bile tengok mulut die nampak macam mulut itik gitu..tu yg saya panggil die Ducky. Selain spot di mulut, ciri-ciri breed English Spot ni, di belakang badan die akan ada satu line hitam yang panjang sehingga ke ekor, mata seolak-olah bercelak, telinga hitam dan spot di sebelah kanan dan kiri almost equally. So ducky memang mempunyai ciri-ciri tersebut. Boleh bayangkan kecomelan Ducky yang menjadikan kami sekeluarga geram dengannya. Tapi di usia hampir 2 tahun Ducky pun mati kerana sakit cirit birit. Sedih sangat dengan kehilangan Ducky. Ducky memang ibu yang hebat sebab berjaya melahirkan sembilan anak pada kandungan pertama dan tujuh anaknya berjaya hidup sehingga besar. Anak-anak Ducky semuanya kami jual kepada yang berminat.


Kisah Arnab dan Kura-kura

Selepas hampir dua bulan tanpa binatang peliharaan, rasa macam sunyi dan tak best je. So saya cadangkan kita bela kura-kura kecil pulak la dan berikan kepada anak-anak yang uruskan. So belilah segala kelengkapan kura-kura kecil tu selepas je pulang dari percutian di Cherating. Sebab masa dekat Cherating kami ada kutip cengkerang-cengkerang cantik untuk di hias dalam bekas kura-kura nanti. Dua ekor kura-kura yang comel ni pulak la yang menjadi pets kami sekeluarga. Tapi so far alhamdulillah, kerana anak-anak memang betul-betul rasa tanggungjawab ke atas kura-kura mereka. Setiap kali mereka nak mandi setiap kali tu la akan tanya ibu boleh tak mereka nak mandikan kura-kura jugak. Hai la cik kura-kura, untungla korang dimandikan budak-budak ni..tapi saya tak bagi la kerap kali sangat..Seminggu dua kali je dah ok dah.


Rindu pada Ducky terubat

Baru-baru ni di Anggerik Mall ade International Rabbit Show tau..so memang pergilah untuk tengok rabbit yang comel daripada breed yang pure dr luar negara tu. Most of the breed adalah Netherlands Dwarf, Holland Lop, Rex dan ada juga California White. Comel-comel dan geramnya tengok rabbit-rabbit tu. Kerana pencinta rabbit dan minat bisness ni en Hakim borong beli Holland Lop sampai 4 ekor untuk di breed kan dan di jual...tapi yang tu kita breed di ladang la kan. En Hakim ada plan nak bela rabbit breed ND di rumah..wow suka sangat bila dengar, tapi kalau ikutkan minat saya minat rex sbb bulu die kemas macam carpet gitu..tapi ND pun comel jugak dengan telinga yang pendek die tu...hehe..so semalam sampai la dua ekor ND di rumah yang sanggaaattt comel, yang jantan di beri nama 'Andy' (ala2 nama breed die) dan yang betina kita namakan 'Cera'. Tapi yang paling excited sekali tentulah anak-anak syurga yang siang malam asyik nak main rabbit je..hehe..Jadi itulah pengubat strees kami sekeluarga buat masa sekarang..tapi dalam masa sama tengah tunggu generasi Holland Lop yang akan di breed di ladang tu..hehe nak ambik seekor dua bolehkan en Hakim...hehehe

Si comel Andy

Haqqul dan Cera



Rahsia Kulit Suami Licin dan Muda..

Sudah jadi 'buah mulut' keluarga

Bila bercakap pasal makan buah, raja buah dalam keluarga saya ialah my hubby. Dia memang sangat sukakan buah, dan sudah jadi 'buah mulut' seluruh keluarga side asben dan my side pasal penggemar buah ni. Setiap hari buah adalah menu wajid diet harian kami. Saya dulu bukan tak suka buah tapi jarang-jarang makan, tapi sejak berkahwin dgn en hubby saya ni, saya dah mula amalkan makan buah setiap hari. Yang bestnya en hubby saya mmg suka beli buah dan potong/kopek buah siap-siap. Kitorng (saya dan anak-anak) tunggu nk suap makan dlm mulut je,dan kalau malas jgk mintakkan en hubby/ayah tolong suapkan lagi. (^_^) Memang indah saat makan buah-buah dengan en hubby saya ni. Boleh kata seminggu RM80 untuk beli buah-buahan, haha itupun kadang-kadang tak sampai seminggu. Sekarang ni, kalo kitrg nak balik rumah parents in law/rumah parents saya, buah confirm ade dalam fridge...Hehe..


Ketagih makan buah buat kulit licin


Kesan makan buah.

Tercabar saya sbb ramai sgt suke cakap yang en hubby saya ni macam student, sbb nampak muda sangat, walaupun dah ada dua anak. Muka dah lah putih dan licin je....Errmmm saya bangga tapi risau..hahahah, maklumlah bile usia dah meningkat orang perempuan ni ade je mslhnye. Kedut la, nmpk tua sebelum usia la dan macam-macam lagi...Argghh tension ,'upss tau tak tension lebih-lebih boleh cepatkan proses penuaan? Ok, so jangan tension..Cool and Chill...Ade cara untuk atasinya.

Supplement as Replacement

Dari dulu memang saya bukan seorang yang suka amalkan pengambilan supplement. Salah satu faktor adalah sejak kecil lagi saya susah nk makan ubat. Kalo demam tu,hahaha panadol yg tak sebesar mana tu saya belah sampai 6 (bayangkan kecilnye,kadang-kadang hancur panadol)..Masa berubah, sikap tak suka makan ubat tu pun semakin berubah (^_^) sejak saya rasa perlu makan supplement untuk kekal sihat di kala umur sudah mencecah 30an. Supplement pilihan saya pada masa itu SHAKLEE, saya mula makan set menyusu SHAKLEE dan alhamdulillah keberkesanan produk SHAKLEE mmg ternyata. Lepas tu saya terus la mengamalkan permakanan supplement SHAKLEE. Sebab kenapa saya makan supplement ni adalah kerana, setiap hari kadar nutrisi yang di makan tidak cukup, tetapi badan kita memerlukan nutrisi yang cukup. Itulah kesan kekurangan nutrisi terjadi, cth spt kulit kusam, kurang bertenaga, sakit dan sbgnya. Supplement SHAKLEE yang saya amalkan adalah berfungsi sebagai replacement kepada sumber nutrisi untuk harian saya. Dan sehingga kini pilihan saya tetap SHAKLEE, sbb set kurus ada, set kulit cantik ada, set tenaga ada, set itu, set ni, semua ada. Yang paling best BONUS pun ada dengan SHAKLEE...hehehehe

Cuti-cuti Keluarga Hakim V6 : Grand Lexis Port Dickson

Salam semua..bila musim sekolah memang akan ada la entry cerita pasal cuti-cuti keluarga Hakim ni, maklumla kami suka bercuti. Percutian kali ni adalah di Grand Lexis Port Dickson. Hasil voucher yang kami beli di Matta Fair bulan Mac lepas, jadi dapatlah merasa Grand Lexis yang famous tu.

Private pool dalam bilik.

Seperti yang semua dah sedia maklum, Grand Lexis ni adalah antara hotel yang menawarkan bilik yang lengkap dengan swimming pool di dalamnya. Bilik yang kami booked ni adalah executive pool villa. Sesampai je di hotel, kelihatan ramai yg menunggu untuk check in. Penangan cuti sekolah la ni, kebetulan pula tarikh weekend tu adalah tarikh sama Jom Heboh dkt PD Waterfront. So memang ramai la orang berkunjung ke PD ni. Selesai check in masa untuk ke bilik dengan menaiki buggy yang disediakan...yeehuuu..

Aktiviti pertama kami.

Masa masuk je bilik, first yang kami tengok adalah swimming pool. Wow cantik la bilik ni, lokasi di hujung sekali betul-betul memberi ruang privasi kepada kami sekeluarga. Ruangan bilik executive memang luas dengan katil king dan siap ruang dapur kecil bersebelahan swimming pool. Habis tour kawasan bilik tibalah masa untuk swimming. Hehe dua jam berenang perut pun dah lapar, Magrib tu kami terus ke Jom Heboh di PD Waterfront. 

Jom Heboh kurang heboh

Haha..kali kedua sampai jom heboh tapi time tu dah kurang heboh. Mana taknya dah malam dah, tapi yang hebohnya cume penjual-penjual yang menjual combo bag RM10 untuk macam-macam produk seperti Jacobs, Snekku, Jacker dan lain-lain lagi. Maaf la dik, kami kurang makan keropok atau snek ringan ni, so memang tak beli pun..even anak-anak pun bila di tanya semuanya taknak...just jalan nak tengok suasana je. Tapi lepas nampak bag ribena RM 10 itu je la yang menarik perhatian si kecil dan kami. Kira pandai la mereka memilih mana yang healthy dan mana yg not healthy.  Habis penat jalan di Jom Heboh, kami ke pasar malam..seperti biasa la squad pasar malam la katakan. Pasar malam di PD memang best sebab banyak pilihan makanan di situ. Tapi, kebetulan takde mood nak makan makanan di pasar malam tu kecuali buah-buahan utk di makan di bilik nanti. Lepas dah habis pusing-pusing di pasar malam kami terus pulang ke hotel. Tapi sblm tu tapaw nasi goreng dekat kedai ikan bakar di simpang masuk Grand Lexis tu..sedap jugak..kenyang..lepas makan, kami sempat lagi swimming sambil menikmati bulan di langit. Hehe anak-anak la yang paling best sekali dapat mandi swimming pool anytime je.

Sakit gigi la pulak.

Aduh! pagi tu kami ade breakfast di Duyung Restaurant (kalo tak salah hehe) tapi gigi saya rasa sakit la pulak. Kerana perut  lapar so kenalah makan juga sikit. Breakfast di Grand Lexis dalam level ok je la..makanan memang pelbagai, cuma kurang enak di tekak saya. Faktor sakit gigi ke? Tapi komen en suami pun memang ok ok je la.. Nasi lemak dia pada saya tak sedap langsung..(tiba-tiba teringat nasi lemak hotel yang paling sedap pernah saya makan  di Swiss Garden Damai Laut...memang betul-betul rasa nasi lemak sebenar). So alas perut sikit then back to bilik untuk mandi lagi untuk final round. Yeezzza...Penat dah mandi, so masa untuk check out sudah. Habis sudah 2D1N di Grand Lexis ni, pada saya memang berbaloi la Grand Lexis ni kalau nak jadi pilihan tempat untuk bercuti. Nak lagi berbaloi beli voucher di Matta Fair, harga memang terbaik siap dengan voucher makan yang mana RM50 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak (normal price dawasa RM 42.00 sorang dan kanak-kanak RM 24 sorang ok!!). So jimatkan? Orite nnt next matta fair bulan Sept ni kami akan cari pengalaman yang lain pulak..check it out!!


Kedalaman swimming pool 4 kaki.

Katil bersaiz king yang selesa

Pandangan swimming pool dari ruang dapur dan sinki
Keluasan bilik Executive Pool Villa

Ruang sinki yang cantik bersebelahan swimming pool

Cuti-cuti Keluarga Hakim V5_Perlis, Penang&Lumut

Salam semua..Alhamdulillah, kembali semula selepas sibuk dan penat dengan percutian merentasi tiga buah negeri. Bermula di Arau, Perlis mengikut en suami yang menjadi pegawai pengiring untuk program Miroc 2014 (Malaysia International Robot Competition) di kampus Unimap Pauh Putra...keadaan di Perlis sangat panas, in fact mmg ada signboard yang claim kawasan paling panas di Malaysia sehingga 43 Degree Celsius..sebenarnya Miroc ni tiap-tiap tahun kami akan datang..cume last year je tidak berkesempatan. 


Ikan Keli dan Ikan Bakar Perlis

Kalau di perlis ni confirm la tempat makan best di Arau yang menjadi pilihan hati kami adalah ikan keli di Anjung Keli atau Pokok Sawa untuk menu lunch. Ikan keli goreng yang garing atau ikan keli bakar cicah air asam, perghhh memang menjadi idaman kami setiap kali sampai di Perlis. Makan malam pula kitorang suka makan dekat area kangar..kedai ikan bakar yang berhadapan pantai. Masakan di memang sedap dan murah. Tiga hari di Arau, kami menginap di Brilliant Inn yang terletak berhampiran bandar Arau sangat berpatutan dan selesa. Pada hari kedua selesai en suami selesai program, kami mengambil kesempatan ke Padang Besar untuk shopping, tapi kurang pulak minat untuk shopping kerana kebanyakkan barangan yang di jual biasa sahaja (sbb dah biasa sampai, hehe)..


Ho Ho Holiday

Selesai program kami terus bertolak ke Penang untuk destinasi percutian pula..setelah sibuk dengan program en suami..dalam perjalanan kami singgah ke Alor Setar (rumah pak cik saya), dan sambil tu singgah makan lunch di Laksa Teluk Kecai..salah satu tempat makan best di Alor Setar..bertempat di tepi jalan menuju ke Jeti Kuala Kedah. Lepas tu baru kami singgah ke rumah pak cik dan teruskan perjalanan ke Penang. Lewat petang sampai ke Birth Plaza, Penang (di atas Times Square Penang). Penat sangat, tapi dah kata bercuti..so aktiviti kami seterusnya adalah tengok wayang cite Rio 2..mula tu risau jugak takut tertidur dalam wayang, tapi cite Rio 2 memang best sangat..anak-anak memang layan la cite yang ditunggu-tunggu.


Ikan Bilis dan Ikan Masin Lumut

Satu malam di Penang, esoknya kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak untuk destinasi percutian ketiga..Kami menetap di Swiss Garden Damai Laut dan sesampai je dan settle check in, kami teruskan langkah ke pekan Lumut untuk memborong ikan bilis dan ikan masin yang dipesan oleh mak saya..memang fresh dan berkualiti hasil laut di sini..Aduh penat sungguh, mana tak nya penuh aktiviti kami, lps selesai dari borong ikan bilis, terus pulang ke hotel untuk aktiviti swimming plak...so mlm tu kitrg dinner di hotel je la, sbb malas nak keluar..capekkk...


Hari kedua selepas breakfast di hotel..anak-anak request swimming lagi..tapi sebelum tu kami ke pantai di belakang hotel untuk berjalan dipersisiran pantai..aktiviti mengutip cengkerang la apa lagi kan..macam-macam bentuk dan rupa cengkerang yg kami dapat..malah ada hidupan laut yg menarik kami jumpa, Gamat atau Sea Cucumber...wow bestnya dpt tgk gamat secara liar di laut..gamat ni melekat di celah-celah batu..en suami la yg ambil untuk di lihat anak-anak..ada 3 ekor semuanya..banyak nya..selain itu ikan belacak pun banyak bermain di persisiran pantai..tapi yg tu en suami tak berjaya tangkap..maklumla ikan belacak ni kan die boleh melompat..org ckp ikan berkaki..hehe..selain tu kami jumpa batu karang lembut,kalau dlm dasar laut tu yg beralun-alun di batu karang...mulanya nmpk mcm lumut tp boleh bergerak-gerak plak..bile close up baru nmpk jelas batu karang rupanya..tapi jangan amik bwk balik..xboleh tau..itukan hidupan laut..so biarkan dia hidup tanpa ancaman manusia...huh!! panas berpeluh slps aktiviti pantai..now balik untuk swimming time..here we go!! Swimming pool..hahaha..

Aktiviti mengutip cengkerang

Inilah rupa Gamat yang kami jumpa

Kami Squad Pasar Malam

Sebelah petang sikit barulah kami keluar berjalan ke Jusca Manjong yang baru di buka..shopping sikit..hehe..aktivit bercuti macam tak lengkap kalau tak meninjau ke pasar malam kawasan berdekatan..mulalah meng 'Google' lokasi pasar malam..kebetulan mlm tu ada pasar malam di Kampung Setiawan, rezeki la kan..haha apa lagi skuad pasar malam keluarga hakim..jom terjah!!! Nak tau kenapa kami suka ke pasar malam apabila bercuti ke sesuatu tempat? Sebabnya, di pasar malam la kita nak kenal masyarakat setempat..di pasar malam mcm2 makanan penduduk kawasan setempat kita dpt tengok tau..menarik sangat..selesai mencari makan, jom balik makannn..nyum nyum..

Day to go..

Ok masa untuk check out pulang ke rumah..Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan...semoga rezeki kami lebih murah untuk bercuti ke seluruh dunia..ambilah peluang bercuti untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah yang tiada tandingan..secara tidak langsung ia dpt mendekatkan kita dengan sang pencipta..subhanallah, macam2 keindahan alam yang telah dapat kami terokai..

Cuti-cuti Keluarga Hakim V4 : Genting Highlands

Salam semua..
Entry hari ni nak share pasal bercuti ke Genting Highlands masa cuti sekolah tempoh hari...So far boleh dikatakan setiap bulan akan ada program bercuti. Oklah, walaupun ramai yang tahu taman tema Genting Highlands ni tutup untuk renovation...
Sebenarnya tujuan utama percutian ni adalah untuk tunaikan janji yang lama kepada adik bongsu saya. Dari UPSR sampai la nak amik SPM barula saya sempat nak bawak die bercuti ke Genting Highlands, huhu sorry ye dik..
So pakej bercuti ke Genting ni saya beli dari matta fair di SACC..kebetulan offer agak menarik. So grab la kan..


Sampai je di hotel, kami terus solat dan bergerak ke cabel car..ini mmg request si anak kecil yang belum pernah naik cable car lagi. Seronok la apabila dapat peluang naik cable car. Sampai je di puncak Genting Highlands kami terus menuju ke bahagian indoor thema park dan beli pakej game RM50 (inclusive bowling, snow world & rm20 credit utk indoor game)..so first sekali kami nak ke snow world la tp time die pkl 6.00 pm..so solat asar dulu la..selesai je on time pkl 6 kami ready untuk masuk ke Snow World..berebut jugak nak amik winter coat, glove n boots. Snow World ni mmg sejuk sangat -5 degree Celsius. Tapi anak-anak relax je..seronok betul bermain salji tiruan ni..hehe..oklah nnt kalo ibu dan ayah ada rezeki kite akan main salji yg betul-betul plak..

Bilik hotel yang sangat selesa



Esoknya sblm balik ke Shah Alam, kami singgah di Mini Cameron..apa tu? Erm dkt Genting skrg dh ada mcm ala2 Cameron gitu..ada strawberry farm yg kita boleh petik sendiri..harga die 100g untuk RM13..boleh tahan la harga die..so kami amik la sebakul untuk beri peluang pd anak-anak memetik buah strawberry..seronok la anak-anak...dkt kawasan sekitar tu ada banyak jugak tempat yang menarik untuk berjalan-jalan..ada juga 'animal photo booth' untuk kita ambil gambar bersama ular sawa dan burung kakak tua..tapi macam biasa berbayar la...hehe..


Tamatlah sudah percutian 2hari 1malam di Genting Highland pada hujung minggu..kalau korang takde masa untuk ke tempat jauh elokla datang ke Genting Highland ni untuk bercuti ala2 sempoi gitu..hehe..

Berbaloi ke Matta Fair


Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah yang masih dapat saya nikmati sehingga ke hari ini..Mesti ramai antara korang pernah berkunjung ke Matta Fair kan..ekspo untuk mencari pakej percutian dalam dan luar negara yang sangat menarik tu..setiap kali dpt info pasal matta fair saya pasti tak kan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sana...maklumla kami suami isteri memang suka bercuti..

Best of the best.

Betul ke offer di matta fair ni yang paling best of the best? Kalau nak tau cuba lah dtg sendiri dan alami perbezaannya..pada saya memang berbaloi-baloi promosi di matta fair ni...tapi nasihat saya pastikan korang betul-betul dah ada plan untuk bercuti, bukan ape sbg panduan so that nnt korang tak membazir dan tahu budget yang diperlukan..So untuk matta fair yang kali ni saya dan suami memang ada aim..nak cari promosi di Grand Lexis Port Dickson tu..alah hotel yg ade private swimming pool dalam bilik tu...normally harga di website dalam RM650++...tapi offer di matta fair hanya RM470 untuk deluxe room (2 king beds with small kitchen) murah la tu..pastu kalo nak beli add dgn breakfast just add another RM25 je...ko rasa? Berbaloi la kan? Lagipun valid sampai January 2015 (also available for weekend). Next misi nak cari pakej ke Universal Studio Singapore, USS plak..tapi kali ni macam kurang plak promosi ke USS berbanding tahun lepas...sbb saya mencari tiket ke USS shj..bab hotel ni takde mslh sbb saya member PVC(Palace vacation club) and SIVC(Sunway International Vacation Club)..so kalo nak bercuti ke Johor saya just booked hotel under vacation club je..free of charge je..itulah untung nya kalo ada vacation club...sbb cost utk hotel dah settle sbb kita pakai vacation club kan...tapi takpe tiket ke USS ni bleh cari dekat internet je nanti..Matta Fair ni normally akan diadakan dua kali setahun ( March & September), kalau terlepas bulan March so, nantikan lah bulan Sept 2014 nanti. Kepada orang Shah Alam, matta fair akan diadakan di SACC pada 21-23 March 2014, 10 pagi- 9 malam. Jom orang Shah Alam kita ke Matta Fair.

Rancang percutian 

Setiap tahun saya akan cuba untuk merancang percutian keluarga Hakim sepanjang tahun. Bercuti ini adalah salah satu aktiviti wajib kami lakukan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Kalau nak bercuti tidak perlulah jauh dah begitu wisely plan. Cukup la sekadar tarikh yang sesuai dan keadaan yang tidak sibuk untuk kita bercuti. Rancang percutian dan pergiah bercuti samada dalam Malaysia ataupun luar negara. Bercuti adalah terapi minda keluarga Hakim..

Rose Garden, Cameron Highland

Ho Chi Min, Vietnam

Ladang Ostrich, Perlis 



Cuti-cuti Keluarga Hakim V3 Klebang Melaka

Salam semua,
Alhamdulillah, hajat di hati untuk bawa mak, ayah dan adik-adik join cuti-cuti keluarga Hakim akhirnya berjaya dilaksanakan..walaupun berbagai halangan emosi tetapi dengan izin Allah dapat juga saya bercuti bersama keluarga tersayang.

Perjalanan ke Nilai


Seawal pagi kami telah bertolak ke Nilai, kerana ayah saya bekerja di sana, so sesampai di Nilai kami terus breakfast sblm meneruskan perjalanan kami ke Melaka. Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, keadaan sangat panas, maklumlah sekarang ni musim kemarau di Malaysia sehingga menyebabkan banyak hutan terbakar di tepi highway. Pasukan bomba siap berkampung di tepi highway menuju ke KLIA kerana ada kawasan hutan yang masih terbakar dan perlu pengawasan rapi.

Best Coconut Shake in town.


Awal jugak kami sampai di resort, just nak check kalau2 dah boleh check in loading barang, tapi malangnya bilik masih sedang di kemas so saya settlekan payment dulu la so nnt datang amik kunci je. Sementara menunggu masa untuk check in kami terus menghala ke destinasi pertama dalam perancangan saya iaitu 'coconut shake original Klebang' la mana lagi. Tengah panas-panas minum coconut shake mmg pergghhh nikmatnya, sambil makan nasi lemak yang pedas gila (maklumlah Melaka kan) memang menyegat betul. Nasib la kami sampai awal pukul 12.45 ( waktu operasi 12.30-6.30ptg) so dapatlah makan dan minum tanpa menunggu lama. Coconut Shake die memang sedap sangat, siap bungkus 2 untuk di bawa pulang ke resort. So slps kenyang makan tengah hari, kami pun menuju ke resort, tetapi dalam perjalanan tetiba cik abang saya melencong ke Muzium Kapal Selam, konon nk usha je dulu..akhirnya terus beli tiket masuk. Murah je tiket masuk ke muzium ni..dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50 sahaja. Menarik juga muzium kapal selam ni, sbb kita dapat pengalaman menaiki kapal selam. Ingatkan kapal selam ni besar la dekat bahagian dalam, rupa-rupanya sempit sangat, terasa lemas dalam kapal selam ni..Hai macam mana lah tentera laut kita bleh duduk berbulan lamanya dalam kapal selam ni. Best la pengalaman mengembara dalam kapal selam ni, untung sangat la dengan bayaran yang dikenakan tu. Penat sudah, so kami terus menuju pulang ke resort untuk check in.


Pintu masuk kapal selam

Walaupun sempit nak bergambar juga

Melaka dan Parameswara

Kalau dah sampai Melaka ni confirm la tak pening dengan menu makan malam, apa lagi ikan bakar lah. So far umbai dan sg duyung kami pernah makan, tapi di Ikan Bakar Parameswara ni belum berkesempatan lagi, sbb ramai kot yang datang makan dekat sini. So kalau datang lambat memang takde la tempat duduk. Nasib la kami sekeluarga keluar dari resort pukul 6 ptg lagi. Sampai je di Ikan Bakar Parameswara ni kebetulan ada satu meja untuk kami sekeluarga. Agaknya memang dah rezeki lah ni syukur sangat. Menu makan malam malam ni semuanya berasakan seafood, dah boleh dikatakan masakn di sini sedap dan yang penting harga memang berbaloi-baloi. Perut dah kenyang, tapi masih awal lagi kalau nak balik ke resort,, so lokasi jalan-jalan seterusnya ke Jonker Street. Sebenarnya first time datang Jonker Street ni, rupanya Jonker Street ni kawasan cina@baba nyonya 100%...aiyaakk rasa macam jalan dekat negara cina plak..huhu..pada saya tidak ade ape yang menarik hati kami, so jom lah kita pulang rehat di resort je...sampai je terus sambar Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Shaklee, maklumlah makan banyak tadi..

Pulang Sudah

Pagi Ahad sblm check out kitrang sarapan dulu di resort. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke Mahkota Perada Melaka, saje je jalan-jalan dekat mall pulak. Ambil peluang untuk shopping di melaka, Alhamdulillah sempat juga belanja mak, ayah dan adik kasut..sambil mencari hadiah perkahwinan anak kepada kawan en Hakim di putrajaya pada hari yang sama. Plan untuk singgah masa pulang nanti.. Penat jalan-jalan shopping so tibalah masa untuk pulang, tapi sblm pulang semua nak makan tengahari dulu..So mana lah nak cari port makan nie? tetiba en Hakim beri cadangan makan asam pedas di restoran Selera Kampung (kalau tak salah)..restoran ni famous sangat sebab pernah masuk JJCM. Lokasi kedai ni di kawasan lot kedai yang betul-betul berhadapan dengan menara Taming Sari. Senang je nak cari kedai ni, tapi kedai ni ramai sangat orang datang makan tambahan pula harga boleh tahan jugak la dan sedap asam pedas die. Gendang gendut sudah, tibalah masa untuk pulang ke Shah Alam. Tapi sblm menuju ke Shah Alam akan singgah ke putrajaya untuk menghadiri majlis kendiru kahwin sekejap. Berakhir sudah percutian kami ke Melaka, syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk membawa mak,ayah dan adik-adik tersayang bercuti ke Melaka bersama. Insyallah lokasi percutian keluarga Hakim seterusnya ialah Perlis dan Johor Bahru..so nantikan entry cuti-cuti keluarga Hakim yang seterusnya..hehe..akhir kata bercuti adalah cara kami merawat minda,  anda pula bagaimana? Jom cuti-cuti Malaysia.

Muzium Kapal Selam

Mak dan ayah tersayang 

Cap ibu dan anak

Keluarga Hakim bercanda di pantai

Aktiviti melompat tinggi

Cubaan menolak perahu, hehe

Sindrom Anak Kedua

ANAK EMAS

Salam semua..
Entry hari ni sedikit sebanyak mengenai anak emas. Apa itu anak emas? Wujud ke anak emas dalam keluarga kita? Perkongsiaan harini adalah untuk peringatan diri sendiri dan siapa tahu mungkin boleh membawa manfaat kepada korang. layan je lah ok...

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kasih sayang kepada anak-anak mengikut kadar kemampuan penerimaan anak-anak tersebut. Pernah tak kita fikirkan adakah cara kita memberi kasih sayang kepada anak dapat di terima dan di intripitasikan oleh anak-anak dengan cara yang betul?? Kerana pada ibu bapa mereka sudah pun memberi kasih sayang yang secukupnya tetapi sebaliknya.

Ada 5 bahasa kasih sayang yang juga dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW kita.

  1. Hadiah - Beri hadiah, jadi apabila cara kita dengan memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang sekiranya anak tidak diberi hadiah maka anak-anak beranggapan meraka tidak disayangi.
  2. Khidmat - Ada anak merasakan ibu bapa yang memberi khidmat adalah tanda kasih sayang mereka kepada anak-anak.
  3. Kata-kata Indah - kata-kata penghargaan juga merupakan cetusan kasih sayang 
  4. Physical Touch - ada anak merasakan sentuhan pada anak-anak merupakan tanda kasih
  5. Masa berkualiti - Masa yang berkualiti yang diluangkan kepada anak-anak merupakan tanda kasih sayang tehadap mereka
Sebahagian anak merasakan masa yang berkualiti bersama adalah tanda kasih sayang, so sekiranya kita kurang meluagkan masa bersama, anak menganggapkan mereka tidak di sayangi. Dalam masa yang sama ibu bapa sering memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang. Jadi disinilah berlakunya miss communication atau wujud salah faham antara ibu bapa dan anak-anak dalam memberi kasih sayang.

"Jangan biarkan masa bersama anak-anak berlalu begitu sahaja tanpa ada kenangan yang indah bersama"

Kenapa wujud anak emas?

Setiap anak mempunyai personaliti dan watak yang berbeza, jadi ada dikalangan anak ini mempunyai personaliti dan watak yang memenuhi kehendak kita sebagai ibu bapa. Oleh sebab itu, wujudlah anak emas di dalam keluarga. 

SINDROM ANAK KEDUA

Anak kedua lebih sinomin dikatakan anak emas, tetapi sindrom ini boleh terjadi kepada mana-mana anak pun sebenarnya. Selagi anak ada rasa di 'second' kan dikalangan adik beradik yang lain.

Sindrome anak kedua? Anak kedua susah hendak difahami dan luar biasa. Kalau baik lebih baiknya, kalau nakal lebih nakalnya, dan kalau rajin lebih rajinnya. Kenapa hal ini terjadi? Ini berkait rapat dengan emosi ibu semasa mengandung. Anak sulung lebih manja kerana saat ibu mengandung anak pertama emosi ibu sangat manja maklumlah kali pertama mengandung, tetapi anak kedua lebih confident, independent kerana ibu lebih yakin mengandung kali kedua sbb sudah ada pengalaman. Anak sulung dimanjakan, anak yang kecil-kecil juga dimanjakan so anak kedua akan rasa terbiar. Oleh sebab itu anak kedua ni akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tarik perhatian ibu bapa samada cara positif atau pun negatif.


Still Face Experiment 

Ada kajian yang dilakukan yang boleh kita pelajari berkaitan sindrom anak kedua ni. Kajian dilakukan di dalam makmal ke ats seorang ibu dan anak yang di panggil Still Face Experiment. Dalam kajian ini, si ibu disuruh berinteraksi terhadap anak-anak selama bebrapa minit, kemudian ibu di beri isyarat untuk berada pada keadaan 'still face' tanpa mamberi reaksi kepada anak itu, apa yang diperhatikan si anak akan cuba mengambil perhatian ibu dengan melakukan apa yang si ibu lakukan sebentar tadi tetapi si ibu masih kekal dalam 'still face' dan kemuadian apa yang berlaku, si anak akan mula memberontak menangis untuk mendapatkan perhatian si ibu, dan kemudian si ibu kembali memberi perhatian kepada si anak dan anak kembali happy. So hal ini menunjukkan perhatian terhadap anak-anak akan memrberi kesan yang positif dan baik..Tetapi apabila anak-anak menangis kerana inginkan sesuatu, ibu paba please jangan mengalah dengan tangisan si anak kerana sekiranya kira menuruti kata-kata si anak keadaan ini akan menjadi tabiat yang tidak elok. Biarkan si anak menangis dan peranan kita adalah menenangkan anak-anak dengan cara penjelasan sekiranya anak terus menangis maka biarkan mereka menangis. Dalam kajian ini banyak penghuraian mengenai rangsangan anak-anak terhadap persekitaran mereka. Sebagai perkaitan dengan sindrom anak kedua ianya merupakan satu keadaan yang mana anak-anak akan cuba menarik perhatian dengan cara apa sahaja sekalipun. 
  

Anak Anugerah Terindah 


Anak dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk didekati bukan dijauhi, disayangi bukan untuk di benci, di didik bukan untuk didiarkan, di bimbing bukan untuk di pinggirkan, di tegur bukan untuk ditengking dan di belai bukan untuk dizalimi. 

Hadis Rasulullah SAW ada berkata:
'Berlaku adil lah terhadap setiap anak-anak dalam pemberian kasih sayang seperti mana kamu suka mereka berlaku adil kepada kamu dalam hal berbakti dan kelembutan'

Anak-anak ada kelebihan dan kekurangan, layanlah mereka sama rata, puji mereka pada keadaan dan tempatnya, dan  kasih semuanya kerana pada siapa lagi mereka nak dapatkan kasih sayng kalau bukan dari ibu dan ayah.


Doa untuk mengelakkan orang dengki/cemburu dengan diri 
surah Al Hasyr ayat 10




keluarga hakim
Keluarga Bahagia Hakim




Cuti-cuti Keluarga Hakim V2 Cherating

Episod Bermula di Aquaria

Salam semua...Alhamdulillah percutian yang di rancang telah pun berakhir...Lame jugak nak dapat confirmation dari Palace Vacation Club untuk booking kitrg ke Holiday Villa Cherating...Finally dapat jugak, maklumlah ramai planning cuti awal dgn PVC ni..Sebelum bertolak ke Cherating esok, en hakim dah plan nak bawak anak-anak syurga kami ni ke Aquaria..Lepas Haqqul habis sekolah terus pick up die dan balik rumah dan bersiap-siap ke Aquaria. Keadaan di Aquaria ni kalo weekdays barulah ok...kalo weekends? Susah la sikit..kalo dah ramai mcm mana nk tgk ikan-ikan..sbb tu la kitrg plan gi on weekdays..
Anak-anak banyak pelajari mengenai hidupan laut..memang berbaloi dtg Aquaria ni. Pukul 3 adalah masa yang ditunggu oleh pengunjung...masa utk fish feeding..masa ji la nk tgk bagaimana cara mereka memberi ikan-ikan makan termasuklah 'shark'..Ok 3 jam dlm tu..masa untuk balik..sbb ibu nak packing plak mlm ni..


Jalan-jalan Cari Sata

Perjalanan selama 3 jam akhirnya kami sampai ke Cherating dan terus check in hotel...Bilik hotel Holiday Villa yang agak besar utk family kecil kami, memberikan keselesaan kpd anak-anak utk main kejar-kejar dlm bilik..Boleh dikatakan semua hotel di bawah Palace Vacation Clud memeng memuaskan, specially Palace Golden Horse punya suite. Rehat dan solat dulu, sblm misi mencari makan tengahari..pilihan lunch kami sata, otak-otak, pais ikan dan keropok lekor di Warung Otak-otak Che Wan, lokasi di belakang Masjid Geliga..tempat best ni adlh cadangan kawan Shaklee saya, saya suka bisness Shaklee ni selain bisness networking pun berkembang...Serius pilihan otak-otak, sata dan pais di sini mmg terbaik dan menepati citarasa kami..Makanan berasaskan protein dari ikan segar yang dibakar(bukan goreng) mmg terbaik..

Warung otak-otak Che Wan 


Otak-otak, Sata, Pais Ikan dan keropok Lekor

Sedap sehingga tak toleh orang dah..


Warung Awang Lokasi Makan Malam

Misi malam kami adalah ikan bakar..melalui pembacaan blog, ramai yang cadangkan Warung Awang Ikan Bakar @ W.A.I.B..Lokasi terletak berhampiran simpang Club Med disebelah kiri dari holiday villa. Servis di sini tidak menyenangkan kami sangat la lambat..hampir sejam baru order kami sampai, dan yang menyedihkan kami ikan bakar yang dihidangkan sudah sejuk dan isi dah keras...aiyoo, frust betul..Masakan di kedai ni sedap la jugak..cume sambal ikan bakar agak kurang dengan selera kami..itu je la komen ikhlas saya..hehe..perut dah kenyang, badan dah penat so kami pulang terus ke hotel dan berehat..


Makan Pagi di Pasar Chukai

Hari kedua kami di Cherating dan misi breakfast pulak. Kata blog, kalo nk mkn pagi di sini ade satu kedai kopitian Hai Peng sedap..tapi sayangnya saya dan en hakim ni bukan penggemar kopi sbb kalo org makab di kopitiam tu tarikan utama confirm la kopi..So kami batalkan niat, dan terus menghala ke Pasar Chukai..selalunya kan dkt pasar mesti ade warung makan..andaian kamo tepat, sbb banyak kedai makan di pasar. Pada saya di pasar ni lah banyak makanan tempatan di jual, contohnya macam kacang soya rebus ni..serius sedap..I like..hehe


Kacang soya rebus makan dengan kelapa manis


Manfaatkan Cuti dengan Aktiviti Menarik

Destinasi kami selepas breakfast adalah ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo..Bestnya ada mini zoo di area Kemaman ni. Tiket masuk untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7 sahaja..Apa yang best dkt mini zoo ni adlh konsep pengembaraan dia yang pengunjung akan melalui jambatan merentasi sangkar dan kandanh haiwan..menarik sangat. Kalau dah mini zoo tu, binatang di sini pun terhad lah..tapi not bad jgk la sbb ada gajah, tapir, singa, harimau, orang utan, kuda, rusa dan burung-burung dan reptilia..ok lah untuk anak-anak melihat dan mengenal haiwan dengan lebih dekat.

Aktiviti kami seterusnya adalah makan tengahari..kali ni berminat untuk merasa satar dari salah satu kedai yang agak terkenal Warung Aziz Satar..kami bungkus dan blik makan di hotel je, sbb anak-anak keletihan dan sudah tidur..sata warung aziz satar ni sedap jgk cume ade cili padi di dalamnya..hahaha, pedas kot sbb saya tergigit cili padi yang pedas...kalo sape suka pedas elokla pilih warung aziz satar...saya lebih suka warung cik wan..selesai mkn dan solat kami teruskan aktiviti ptg ke Santuari Penyu untuk meluhat penyu..Satu lagi destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat penyu..kalau melawat ke sini dlm bln Mei dan ke ats mgkn berpeluang melakukan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut..

Habis melihat penyu kami terus ke hafiz activities sbb dah booked untuk Mangroves River Cruise...menaiki bot melihat hutan paya bakau simpanan yang sangat unik dan menarik..Banyak hidupan paya bakau yang kami dapat lihat, tetapi seekor monyet pun xde..Pengembaraan kami agak mencabar apabila hujan turun dan nasib baik dlm bot ade spare rain coat...Di sini kami dapat lihat ular katam tebu (kalau tak salah) sedang tidur di atas pokok bakau..banyak ular yang dapat  kami lihat..malah bot kami menyusuri di bawah daun nipah tempat ular itu tidur..alahai, gelinya..risau kalau ular tu bangun dan jatuh ke dalam bot kami...hehehe mau melompat saya..pengembaraan selama dua jam menyusuri dan melihat keindahan khazanah negara hutan paya bakar merupakan pengalaman yang sangat best dan aktiviti percutian yang sangat menarik..Fees die RM25 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak sangat berbaloi. Selain daripada ni ada jugak aktiviti melihat fire fly di malam hari..mgkn lain kali kami boleh cuba.

Titi gantung merentasi kandang singa dan harimau
Antara spesis burung di mini zoo
Depan kandang gajah

Bersedia untuk Mangrove River Cruise

Pengalaman yang hebat meyusuri  hutan paya bakau




Manfaat Percutian Sebaiknya.

Percutian 3 hari 2 malam di Cherating merupakan pengalaman percutian yang manfaat, kerana masa banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti bersama dan anak-anak sangat seronok malah banyak perkara baru yang telah mereka pelajari samada dari kami ibu dan ayah mereka mahupun melalui pemerhatian mereka sendiri. Percutian juga merupakan cara untuk kita mengikat kasih sayang antara keluarga dengan cara menghabiskan masa bersama, tapi jangan pula pergi bercuti..tapi masa banyak dihabiskan dengan tidur di hotel..alangkah ruginya...betul tak??
So, rangcang percutian anda dengan melakukan aktiviti yang manfaat bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mendedahkan anak-anak kepada persekitaran dan ilmu baru yang boleh mereka diperolehi..sebab kadang-kadang bkn semua ilmu dapat di sekolah, melalui pengembaraan pun boleh dapt ilmu..bak kata pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan'...pemandangan itulah ilmu...
Syukur Alhamdulillah, percutian kali ni dapat berjalan dengan lancar dan mendapat izin-Nya..Next percutian kami Insyallah ke sebelah selatan Malaysia pulak..Johor Bharu here we come....



Powered by Blogger.