Home » , , » Kelas belajar berenang terbaik di Shah Alam

Kelas belajar berenang terbaik di Shah Alam

Salam semua..hari ni nak berkongsi sedikit pandangan peribadi saya mengenai kelas berenang untuk kanak-kanak di Shah Alam. 

Supershark terbaik

Setelah hampir 3 bulan anak syurga saya Haqqul Hakim join kelas swimming di Supershark, Pusat Akuatik tu, for me nampak bagus la teknik pengajarannya, cikgu yang pandai mengawal student ketika kelas dan modul pembelajaran yang sistematik. Walaupun Haqqul belum lulus ujian level 1(starfish) dan masih belum layak untuk ke level seterusnya. Saya rasa senang sbb setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan tersendiri. Ujian di Supershark memang agak strict sikit, kalau tidak lulus satu daripada 5 task akan di kira gagal dan kene ulang level sampai sempurna. Kalau penilaian tidak strict, pelajar akan mengalami masalah apabila di level seterusnya. Berenang adalah sukan yang agak bahaya kerana ia sukan yang bermain di dalam air yang mana boleh berlaku kemalangan sekiranya teknik dan cara tidak betul.

Jangan dedahkan pelampung.

Sebenarnya reason kenapa Haqqul agak lama di level 1 adalah kerana pada awal dulu saya dan suami dedahkan pelampung tangan pada die, so haqqul mengambil masa untuk beranikan diri dan independent. Setiap kali kalo mandi swimming pool mesti pakaikan die pelampung tangan, so itu adalah faktor yang mengurangkan keyakinan diri. So nasihat saya jangan dedahkan pelampungm kalau perlu pun beli la board je.

Mahal ke murah yuran di Supershark?

Bab yuran ni pada saya rasanya affordable la kot, sbb nak kata mahal tak mahal, nak kata murah tak jugak hehe...untuk twice a week RM 150.00 so nilai la sendiri. Tapi di Supershark ade je yuran yang lebih murah yang mana kelas seminngu sekali. Kelas Haqqul di Kelab Golf Shah Alam (KGSAAS) berhadapan library Shah Alam dan kelasnya pada waktu 8.00pm sampai la 9.00pm. Ade sebab kenapa saya pilih malam dan di KGSAAS, sbb normally kalo kelas di Pusat Akuatik ni akan terganggu dengan public, so pelajar akan hilang fokus dengan kehadiran orang ramai untuk mandi kan? So bila malam di KGSAAS, kelas lebih fokus dan privacy la sikit.

So kalau ada yang berminat nak hantar anak-anak belajar berenang tu, boleh la cuba di Supershark, Shah Alam tu. Sebab secara peribadi pengajaran dia bagus..ok lah semoga bermanfaat dan membantu..

Swim like a shark...hehe

3 comments:

  1. next year nak hantar la arreessa

    ReplyDelete
  2. berapa umur anak akak join swimming class ni?

    ReplyDelete
  3. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.