Cuti-cuti Keluarga Hakim V7_Penang Island

Salam semua...erm, semakin bersarang blog ni sejak akhir-akhir ni..maklumlah faktor kesihatan tak berapa nak mengizinkan..
Kali ni keluarga Hakim berkesempatan bercuti ke Penang..kalau bukan kerana en suami ade urusan kerja di MRSM Balik Pulau mungkin tak jadi la percutian ni..hahaha..

Tomyam Pak Husin Ada Kelass..

Percutian kali ni adalah 3 hari 2 malam dan kami menginap di Vistana Hotel bertempat di Bukit Jambul. Booking kali ni first time menggunakan khidmat booking.com. Tapi tak perasan plak dengan charge hotel yang not included tu..mula-mula tu dapat harga di booking.com mmg terbaik la utk 2 malam..tp additional charge pun tidak la byk, masih reasonable la dgn condition hotel yang selesa sangat..selesai check in, misi diteruskan dengan mencari port makan malam yang best, tekak teringin nak makan tomyam..so lepas solat magrib terus la keluar untuk mencari tempat makan..akhirnya kami makan di Pak Hussin Tomyam..wow kelas jugak kedai ni..pelayan die siap beruniform dan menu pilihan sangat berbaloi2..set menu pilihan untuk 3 org RM50 je..dalam set plak ade ikan siakap stim(nak buat 3 rasa pun boleh), tomyam campur, sayur kailan, ayam goreng kunyit, nasi dan siap 1 jug jus buah (jus ok! Bukan kordial) ko rasa? Kitorang siap tambah telur dadar dan sotong goreng tepung..oh ye sepinggan  buah juga di beri free of charge...hebat kan?? Total semua RM 57.60  wow!! Kalau di Shah Alam kirim salam la harga macam tu...so silalah cuba restoran Pak Hussin Tomyam yang terletak di area Sg Ara..

Penang dan Pasembor Tidak Dapat dipisahkan

Pagi di hari kedua, kami semua bersiap-siap untuk teman en suami membuat lawatan tinjauan ke program di MRSM Balik Pulau..lepas tu dalam pkl 11 kitorang pulang ke hotel untuk aktiviti swimming...anak-anak tak sabar nak swimming dah..selesai melayan kehendak anak-anak selepas zohor, bersiap pula untuk ke tempat program semula..lunch kami hari tu di MRSM Balik Pulau la...hidangan di cafe boleh tahan sedap juga...selepas selesai en suami memantau perjalanan program kami pun pulang ke hotel dek kerana ibu hamil ni terasa tidak berapa sihat...mungkin perlukan tidur sekejap..Pukul 5ptg tu en suami dah plan untuk makan pasembor di Padang Kota Lama bersama semua fasilitator program..woo meriah betul dekat sini..semua pelayan setiap kedai berebut2 nak pikat hati pelanggan supaya makan makanan di kedai mereka...honesty tidak la sedap pun makan area sini..malahan harga mahal sangat, maklumlah mungkin sini tempat tumpuan pelancong kot..usai makan petang merangkap malam kami pun menghala la pulang..tapi kami singgah di Komplek Bukit Jambul untuk jalan-jalan sekejap...tapi anak-anak dah warning supaya balik sebelum pukul 10 malam..sebab derang nak tengok movie Frozen di Fox Channel..

Selfie anak beranaksementara menunggu fasilitator sampai

Roti Canai Jalan Transfer Ada Kelainan

Misi breakfast pagi ni adalah roti canai Jalan Transfer yang hebot diperkatakan oleh semua orang yang berkunjung ke penang..so apa lagi? Jommm...lokasinya tidak la susah pun, gunakan je la mana2 navigation apps yang ada confirm sampai..gerai di kaki lima tepi jalan memang nampak klasik gitu..ape yang menarik di sini adalah roti canai yang di makan dengan kuah kari ayam, daging ataupun kambing...pilihan kami kari ayam...sampai je order wooo banjir ke? Erm sebenar kalau tak suka banjir bleh cakap asingkan..'chek tak tau la plak..erm hadap je la...roti canai di sini ade kelainan rasanya...rasanya ala-ala macam murtabak nipis gitu..tapi kuah kari ayam die memang terbaik la..seketul ayam besar untuk di makan dengan sekeping roti..oh ye kami juga tak lepaskan peluang mencuba roti bakar telur goyang yang ada di jual di gerai sebelah roti canai..sedap..ade kelainan la..selesai breakfast, pulang ke hotel semula untuk swimming...hehehe...

Lokasi roti canai Jalan Transfer


Oh Matta Fair Last Day

Hari terakhir di Penang, selesai check out kami ke tempat program sekali lagi untuk urusan kerja en suami...tepat jam 4 ptg kami bertolak pulang ke Shah Alam, tetapi sebelum tu kami plan akan singgah ke Matta Fair di PWTC untuk mencari pakej-pakej percutian seterusnya....ok bye...

Cendol Bakar pun ada Drive Thru

Salam semua..pernah takndengar cendol bakar? Bukan cendol yang di bakar tau..tapi nama owner tu la kot Bakar...so terciptalah nama cendol bakar..Bertempat di Kampung Asam Jawa Kuala Selangor, katanya memang popular cendol ni.

Singgah Rasa

Keadaan tengah hari yang panas tu memang best la pekena cendol kan. So sewaktu saya dan suami ke Ladang Arnab di Ijok tempoh hari kami berkesempatan la untuk singgah rasa cendol tu. Sedap dan cukup rasa cendolnya. Selain daripada cendol, coconut shake pun ada dekat sini. Tapi komen saya coconut shake die kurang sedap la, mgkn sbb saya terbayangkan kesedapan coconut shake Klebang,Melaka kot..hehe..


coconut shake dan aiskrim goreng pun ada


Pada yang tak sempat nak lepak singgah, drive thru je...


Keadaan tempat makan berkonsepkan pondok, cantik..


Kedai coconut shake


So, kalau takde idea nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu...pergilah bawak makan Cendol Bakar di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor..dan kalau rajin lajaklah perjalanan ke ladang rabbit kami bertempat di Ijok tu ye..mesti anak-anak suka tengok kecomelan rabbit..

Cuti-cuti Keluarga Hakim V6 : Grand Lexis Port Dickson

Salam semua..bila musim sekolah memang akan ada la entry cerita pasal cuti-cuti keluarga Hakim ni, maklumla kami suka bercuti. Percutian kali ni adalah di Grand Lexis Port Dickson. Hasil voucher yang kami beli di Matta Fair bulan Mac lepas, jadi dapatlah merasa Grand Lexis yang famous tu.

Private pool dalam bilik.

Seperti yang semua dah sedia maklum, Grand Lexis ni adalah antara hotel yang menawarkan bilik yang lengkap dengan swimming pool di dalamnya. Bilik yang kami booked ni adalah executive pool villa. Sesampai je di hotel, kelihatan ramai yg menunggu untuk check in. Penangan cuti sekolah la ni, kebetulan pula tarikh weekend tu adalah tarikh sama Jom Heboh dkt PD Waterfront. So memang ramai la orang berkunjung ke PD ni. Selesai check in masa untuk ke bilik dengan menaiki buggy yang disediakan...yeehuuu..

Aktiviti pertama kami.

Masa masuk je bilik, first yang kami tengok adalah swimming pool. Wow cantik la bilik ni, lokasi di hujung sekali betul-betul memberi ruang privasi kepada kami sekeluarga. Ruangan bilik executive memang luas dengan katil king dan siap ruang dapur kecil bersebelahan swimming pool. Habis tour kawasan bilik tibalah masa untuk swimming. Hehe dua jam berenang perut pun dah lapar, Magrib tu kami terus ke Jom Heboh di PD Waterfront. 

Jom Heboh kurang heboh

Haha..kali kedua sampai jom heboh tapi time tu dah kurang heboh. Mana taknya dah malam dah, tapi yang hebohnya cume penjual-penjual yang menjual combo bag RM10 untuk macam-macam produk seperti Jacobs, Snekku, Jacker dan lain-lain lagi. Maaf la dik, kami kurang makan keropok atau snek ringan ni, so memang tak beli pun..even anak-anak pun bila di tanya semuanya taknak...just jalan nak tengok suasana je. Tapi lepas nampak bag ribena RM 10 itu je la yang menarik perhatian si kecil dan kami. Kira pandai la mereka memilih mana yang healthy dan mana yg not healthy.  Habis penat jalan di Jom Heboh, kami ke pasar malam..seperti biasa la squad pasar malam la katakan. Pasar malam di PD memang best sebab banyak pilihan makanan di situ. Tapi, kebetulan takde mood nak makan makanan di pasar malam tu kecuali buah-buahan utk di makan di bilik nanti. Lepas dah habis pusing-pusing di pasar malam kami terus pulang ke hotel. Tapi sblm tu tapaw nasi goreng dekat kedai ikan bakar di simpang masuk Grand Lexis tu..sedap jugak..kenyang..lepas makan, kami sempat lagi swimming sambil menikmati bulan di langit. Hehe anak-anak la yang paling best sekali dapat mandi swimming pool anytime je.

Sakit gigi la pulak.

Aduh! pagi tu kami ade breakfast di Duyung Restaurant (kalo tak salah hehe) tapi gigi saya rasa sakit la pulak. Kerana perut  lapar so kenalah makan juga sikit. Breakfast di Grand Lexis dalam level ok je la..makanan memang pelbagai, cuma kurang enak di tekak saya. Faktor sakit gigi ke? Tapi komen en suami pun memang ok ok je la.. Nasi lemak dia pada saya tak sedap langsung..(tiba-tiba teringat nasi lemak hotel yang paling sedap pernah saya makan  di Swiss Garden Damai Laut...memang betul-betul rasa nasi lemak sebenar). So alas perut sikit then back to bilik untuk mandi lagi untuk final round. Yeezzza...Penat dah mandi, so masa untuk check out sudah. Habis sudah 2D1N di Grand Lexis ni, pada saya memang berbaloi la Grand Lexis ni kalau nak jadi pilihan tempat untuk bercuti. Nak lagi berbaloi beli voucher di Matta Fair, harga memang terbaik siap dengan voucher makan yang mana RM50 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak (normal price dawasa RM 42.00 sorang dan kanak-kanak RM 24 sorang ok!!). So jimatkan? Orite nnt next matta fair bulan Sept ni kami akan cari pengalaman yang lain pulak..check it out!!


Kedalaman swimming pool 4 kaki.

Katil bersaiz king yang selesa

Pandangan swimming pool dari ruang dapur dan sinki
Keluasan bilik Executive Pool Villa

Ruang sinki yang cantik bersebelahan swimming pool

Cuti-cuti Keluarga Hakim V5_Perlis, Penang&Lumut

Salam semua..Alhamdulillah, kembali semula selepas sibuk dan penat dengan percutian merentasi tiga buah negeri. Bermula di Arau, Perlis mengikut en suami yang menjadi pegawai pengiring untuk program Miroc 2014 (Malaysia International Robot Competition) di kampus Unimap Pauh Putra...keadaan di Perlis sangat panas, in fact mmg ada signboard yang claim kawasan paling panas di Malaysia sehingga 43 Degree Celsius..sebenarnya Miroc ni tiap-tiap tahun kami akan datang..cume last year je tidak berkesempatan. 


Ikan Keli dan Ikan Bakar Perlis

Kalau di perlis ni confirm la tempat makan best di Arau yang menjadi pilihan hati kami adalah ikan keli di Anjung Keli atau Pokok Sawa untuk menu lunch. Ikan keli goreng yang garing atau ikan keli bakar cicah air asam, perghhh memang menjadi idaman kami setiap kali sampai di Perlis. Makan malam pula kitorang suka makan dekat area kangar..kedai ikan bakar yang berhadapan pantai. Masakan di memang sedap dan murah. Tiga hari di Arau, kami menginap di Brilliant Inn yang terletak berhampiran bandar Arau sangat berpatutan dan selesa. Pada hari kedua selesai en suami selesai program, kami mengambil kesempatan ke Padang Besar untuk shopping, tapi kurang pulak minat untuk shopping kerana kebanyakkan barangan yang di jual biasa sahaja (sbb dah biasa sampai, hehe)..


Ho Ho Holiday

Selesai program kami terus bertolak ke Penang untuk destinasi percutian pula..setelah sibuk dengan program en suami..dalam perjalanan kami singgah ke Alor Setar (rumah pak cik saya), dan sambil tu singgah makan lunch di Laksa Teluk Kecai..salah satu tempat makan best di Alor Setar..bertempat di tepi jalan menuju ke Jeti Kuala Kedah. Lepas tu baru kami singgah ke rumah pak cik dan teruskan perjalanan ke Penang. Lewat petang sampai ke Birth Plaza, Penang (di atas Times Square Penang). Penat sangat, tapi dah kata bercuti..so aktiviti kami seterusnya adalah tengok wayang cite Rio 2..mula tu risau jugak takut tertidur dalam wayang, tapi cite Rio 2 memang best sangat..anak-anak memang layan la cite yang ditunggu-tunggu.


Ikan Bilis dan Ikan Masin Lumut

Satu malam di Penang, esoknya kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak untuk destinasi percutian ketiga..Kami menetap di Swiss Garden Damai Laut dan sesampai je dan settle check in, kami teruskan langkah ke pekan Lumut untuk memborong ikan bilis dan ikan masin yang dipesan oleh mak saya..memang fresh dan berkualiti hasil laut di sini..Aduh penat sungguh, mana tak nya penuh aktiviti kami, lps selesai dari borong ikan bilis, terus pulang ke hotel untuk aktiviti swimming plak...so mlm tu kitrg dinner di hotel je la, sbb malas nak keluar..capekkk...


Hari kedua selepas breakfast di hotel..anak-anak request swimming lagi..tapi sebelum tu kami ke pantai di belakang hotel untuk berjalan dipersisiran pantai..aktiviti mengutip cengkerang la apa lagi kan..macam-macam bentuk dan rupa cengkerang yg kami dapat..malah ada hidupan laut yg menarik kami jumpa, Gamat atau Sea Cucumber...wow bestnya dpt tgk gamat secara liar di laut..gamat ni melekat di celah-celah batu..en suami la yg ambil untuk di lihat anak-anak..ada 3 ekor semuanya..banyak nya..selain itu ikan belacak pun banyak bermain di persisiran pantai..tapi yg tu en suami tak berjaya tangkap..maklumla ikan belacak ni kan die boleh melompat..org ckp ikan berkaki..hehe..selain tu kami jumpa batu karang lembut,kalau dlm dasar laut tu yg beralun-alun di batu karang...mulanya nmpk mcm lumut tp boleh bergerak-gerak plak..bile close up baru nmpk jelas batu karang rupanya..tapi jangan amik bwk balik..xboleh tau..itukan hidupan laut..so biarkan dia hidup tanpa ancaman manusia...huh!! panas berpeluh slps aktiviti pantai..now balik untuk swimming time..here we go!! Swimming pool..hahaha..

Aktiviti mengutip cengkerang

Inilah rupa Gamat yang kami jumpa

Kami Squad Pasar Malam

Sebelah petang sikit barulah kami keluar berjalan ke Jusca Manjong yang baru di buka..shopping sikit..hehe..aktivit bercuti macam tak lengkap kalau tak meninjau ke pasar malam kawasan berdekatan..mulalah meng 'Google' lokasi pasar malam..kebetulan mlm tu ada pasar malam di Kampung Setiawan, rezeki la kan..haha apa lagi skuad pasar malam keluarga hakim..jom terjah!!! Nak tau kenapa kami suka ke pasar malam apabila bercuti ke sesuatu tempat? Sebabnya, di pasar malam la kita nak kenal masyarakat setempat..di pasar malam mcm2 makanan penduduk kawasan setempat kita dpt tengok tau..menarik sangat..selesai mencari makan, jom balik makannn..nyum nyum..

Day to go..

Ok masa untuk check out pulang ke rumah..Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan...semoga rezeki kami lebih murah untuk bercuti ke seluruh dunia..ambilah peluang bercuti untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah yang tiada tandingan..secara tidak langsung ia dpt mendekatkan kita dengan sang pencipta..subhanallah, macam2 keindahan alam yang telah dapat kami terokai..

Cuti-cuti Keluarga Hakim V3 Klebang Melaka

Salam semua,
Alhamdulillah, hajat di hati untuk bawa mak, ayah dan adik-adik join cuti-cuti keluarga Hakim akhirnya berjaya dilaksanakan..walaupun berbagai halangan emosi tetapi dengan izin Allah dapat juga saya bercuti bersama keluarga tersayang.

Perjalanan ke Nilai


Seawal pagi kami telah bertolak ke Nilai, kerana ayah saya bekerja di sana, so sesampai di Nilai kami terus breakfast sblm meneruskan perjalanan kami ke Melaka. Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, keadaan sangat panas, maklumlah sekarang ni musim kemarau di Malaysia sehingga menyebabkan banyak hutan terbakar di tepi highway. Pasukan bomba siap berkampung di tepi highway menuju ke KLIA kerana ada kawasan hutan yang masih terbakar dan perlu pengawasan rapi.

Best Coconut Shake in town.


Awal jugak kami sampai di resort, just nak check kalau2 dah boleh check in loading barang, tapi malangnya bilik masih sedang di kemas so saya settlekan payment dulu la so nnt datang amik kunci je. Sementara menunggu masa untuk check in kami terus menghala ke destinasi pertama dalam perancangan saya iaitu 'coconut shake original Klebang' la mana lagi. Tengah panas-panas minum coconut shake mmg pergghhh nikmatnya, sambil makan nasi lemak yang pedas gila (maklumlah Melaka kan) memang menyegat betul. Nasib la kami sampai awal pukul 12.45 ( waktu operasi 12.30-6.30ptg) so dapatlah makan dan minum tanpa menunggu lama. Coconut Shake die memang sedap sangat, siap bungkus 2 untuk di bawa pulang ke resort. So slps kenyang makan tengah hari, kami pun menuju ke resort, tetapi dalam perjalanan tetiba cik abang saya melencong ke Muzium Kapal Selam, konon nk usha je dulu..akhirnya terus beli tiket masuk. Murah je tiket masuk ke muzium ni..dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50 sahaja. Menarik juga muzium kapal selam ni, sbb kita dapat pengalaman menaiki kapal selam. Ingatkan kapal selam ni besar la dekat bahagian dalam, rupa-rupanya sempit sangat, terasa lemas dalam kapal selam ni..Hai macam mana lah tentera laut kita bleh duduk berbulan lamanya dalam kapal selam ni. Best la pengalaman mengembara dalam kapal selam ni, untung sangat la dengan bayaran yang dikenakan tu. Penat sudah, so kami terus menuju pulang ke resort untuk check in.


Pintu masuk kapal selam

Walaupun sempit nak bergambar juga

Melaka dan Parameswara

Kalau dah sampai Melaka ni confirm la tak pening dengan menu makan malam, apa lagi ikan bakar lah. So far umbai dan sg duyung kami pernah makan, tapi di Ikan Bakar Parameswara ni belum berkesempatan lagi, sbb ramai kot yang datang makan dekat sini. So kalau datang lambat memang takde la tempat duduk. Nasib la kami sekeluarga keluar dari resort pukul 6 ptg lagi. Sampai je di Ikan Bakar Parameswara ni kebetulan ada satu meja untuk kami sekeluarga. Agaknya memang dah rezeki lah ni syukur sangat. Menu makan malam malam ni semuanya berasakan seafood, dah boleh dikatakan masakn di sini sedap dan yang penting harga memang berbaloi-baloi. Perut dah kenyang, tapi masih awal lagi kalau nak balik ke resort,, so lokasi jalan-jalan seterusnya ke Jonker Street. Sebenarnya first time datang Jonker Street ni, rupanya Jonker Street ni kawasan cina@baba nyonya 100%...aiyaakk rasa macam jalan dekat negara cina plak..huhu..pada saya tidak ade ape yang menarik hati kami, so jom lah kita pulang rehat di resort je...sampai je terus sambar Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Shaklee, maklumlah makan banyak tadi..

Pulang Sudah

Pagi Ahad sblm check out kitrang sarapan dulu di resort. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke Mahkota Perada Melaka, saje je jalan-jalan dekat mall pulak. Ambil peluang untuk shopping di melaka, Alhamdulillah sempat juga belanja mak, ayah dan adik kasut..sambil mencari hadiah perkahwinan anak kepada kawan en Hakim di putrajaya pada hari yang sama. Plan untuk singgah masa pulang nanti.. Penat jalan-jalan shopping so tibalah masa untuk pulang, tapi sblm pulang semua nak makan tengahari dulu..So mana lah nak cari port makan nie? tetiba en Hakim beri cadangan makan asam pedas di restoran Selera Kampung (kalau tak salah)..restoran ni famous sangat sebab pernah masuk JJCM. Lokasi kedai ni di kawasan lot kedai yang betul-betul berhadapan dengan menara Taming Sari. Senang je nak cari kedai ni, tapi kedai ni ramai sangat orang datang makan tambahan pula harga boleh tahan jugak la dan sedap asam pedas die. Gendang gendut sudah, tibalah masa untuk pulang ke Shah Alam. Tapi sblm menuju ke Shah Alam akan singgah ke putrajaya untuk menghadiri majlis kendiru kahwin sekejap. Berakhir sudah percutian kami ke Melaka, syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk membawa mak,ayah dan adik-adik tersayang bercuti ke Melaka bersama. Insyallah lokasi percutian keluarga Hakim seterusnya ialah Perlis dan Johor Bahru..so nantikan entry cuti-cuti keluarga Hakim yang seterusnya..hehe..akhir kata bercuti adalah cara kami merawat minda,  anda pula bagaimana? Jom cuti-cuti Malaysia.

Muzium Kapal Selam

Mak dan ayah tersayang 

Cap ibu dan anak

Keluarga Hakim bercanda di pantai

Aktiviti melompat tinggi

Cubaan menolak perahu, hehe

Powered by Blogger.