Berhujung Minggu Di Road to MAHA 2014

Salam semua, apa aktiviti hujung minggu anda?  Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga sibuk dengan program Road to MAHA yang berlangsung di Kuala Selangor...Alhamdulillah, team One Stop Rabbit Farm telah membuka taman arnab di tapak ekspo. Ekspo bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad, tapi kami sempat singgah ke sana pada hari Sabtu dan Ahad. Sambutan amat menggalakkan, walaupun penat badan tapi semangat tu mengatasi segalanya...Ada yang singgah untuk membeli arnab dan ada juga membawa anak-anak bermain di taman arnab. Booth OSRF ni memang sentiasa full house gitu, tak putus dengan kunjungan orang ramai yang datang..syukur...
Penjaga cilik Taman Arnab

Booth OSRF

Ibu bapa menunggu anak-anak bermain arnab

Planning ke Bukit Melawati Tertunda.

Awal pagi Ahad selepas booth telah di buka, kami bercadang nak mencelah naik ke Bukit Melawati untuk melihat spesis monyet yang unik dan cantik, tetapi terpaksa la cancel sebab hujan plak pagi tu. 
Sebenarnya di sekitar Kuala Selangor tu pun dah banyak kelihatan monyet berkeliaran di kawasan kedai-kedai. Selepas kami makan pagi di salah satu kedai, sempat lah juga bertanya kepada orang tempatan berkenaan dengan monyet-monyet ni tak kacau ke orang yang berniaga disini? Katanya, jangan di beri makan sudah, kalau monyet di beri makan mereka akan mengganggu la urusan harian. Tapi memang betul pun beruk-beruk ni pantang di beri makan, sebab kami berkesempatan untuk melihat beruk-beruk ni di kawasan padang dan memberi makan dari dalam kereta, ternyata beruk-beruk ni akan naik ke atas kereta kita untuk mendapatkan makanan..huhu, risau tapi since duduk dalam kereta rasa macam cool plak la tengok beruk-beruk tu. 

Monyet bertengek di kereta kami minta makanan

Rezeki OSRF

Dek kerana hujan masih belum berhenti, kami pun tunggu je lawatan pengunjung ke tapak ekspo. Wow walaupun hujan tetapi booth kami tetap ada kunjungan anak-anak kecil yang mahu bermain dengan arnab. Di saat hujan dan semakin reda, semakin ramai yang membanjiri booth kami untuk membawa anak-anak mereka bermain dengan arnab. 

Mengharapkan Tempat di MAHA 2014

Tiga hari ekspo memberi semangat kepada team OSRF untuk berusaha ke MAHA 2014 yang akan diadakan dalam bulan NOvember nanti. Mudah-mudahan rezeki kami untuk berada di MAHA 2014 kali ini diberkati Allah. Amin...



Ladang Arnab Bukit Badong, Ijok

Salam semua,

Hampir sebulan takde entry, bersawang jugak blog ni..hehe..sebelum tu Selamat Hari Raya kepada semua maaf zahir dan batin. Macam mana raya tahun ni? mesti menarik dan best.
Oklah harini saya nak share something yang sangat menarik kepada mereka yang minat terhadap arnab. Alhamdulillah di beri peluang dan rezeki oleh Allah yang sangat hebat apabila kita memang menyayangi binatang maka insyallah rezeki pun akan datang dari sumber binatang.

Ketentuan Allah.

Syukur dengan perancangan Allah yang Maha Hebat, saya dan suami sepakat membuat keputusan untuk membeli saham ladang arnab di Bukit Badong atas beberapa faktor. Mungkin ada yang pernah ke sini kan? Tempat yang sangat menarik dan cantik, menjadikan kami berminat untuk meneruskan zaman kegemilangan ladang arnab Bukit Badong ini yang mana suatu ketika dahulu memang sangat hebat. Sepenuhnya diusahakan oleh bumiputera dan antara ladang yang mendapat kelulusan rumah sembelihan HALAL oleh Jakim. Dahulunya diusahakan sendiri oleh HJ Ismail bin Padzil dan kini berkoleborasi dengan rakan kongsi untuk sama-sama menjadikan ladang ini terus gah di dalam bidang penternakan arnab.

Macam cerita "we bought a zoo" plak

Pernah tak korang tengok cerita "We Bought a Zoo" ? haa..begitulah yang kami rasanya. Di ladang ni ada macam-macam jenis binatang, kalau nak dibandingkan di zaman kegemilangan dulu lagi lah hebat.. kuda, burung merak, dan macam-macam lagi. Kini yang ada pun tak kurang hebat. Antaranya arnab yang hampir 15 breed, Guinea Pig, Hedge Hog, Kura-kura, Monyet, Burung dan Ikan. Selain daripada itu, terdapat taman arnab yang membernarkan korang bermain dengan arnab, mesti anak-anak suka kan? Bayaran masuk tidak lah mahal RM2.00 je pun. Berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai arnab dan sekiranya berminat untuk membeli breed arnab yang cantik di sini pun boleh. Harga memang terbaik lah berbanding di pets shop tu..kira harga ladang la..macam mana korang rasa kalo sholpping tu harga kilang? haa..macam tu lah..murah dan cantik sangat arnab di sini. Accessories arnab pun ada, so don't worry la..semuo ado!!

Antara jenis burung yang ada

Selfie dengan burung-burung cantik

Model cilik

Model tak berbayar

Penunggu setia ladang, Mol namanya


Impian Setinggi Langit

Dengan izin Allah, semoga segala impian dan perancangan yang di rangka di Ladang Arnab Bukit Badong berjaya la hendaknya. Berbekalkan minat yang mendalam terhadap arnab, mungkin ini adalah laluan hidup kami sekeluarga. Setiap mereka yang berusaha, nescaya Allah tidak akan lupa memberi ganjaranNya nanti. Jom singgah ke Ladang Arnab Bukit Badong, Ijok..kenali arnab dengan lebih akrab. 



Cendol Bakar pun ada Drive Thru

Salam semua..pernah takndengar cendol bakar? Bukan cendol yang di bakar tau..tapi nama owner tu la kot Bakar...so terciptalah nama cendol bakar..Bertempat di Kampung Asam Jawa Kuala Selangor, katanya memang popular cendol ni.

Singgah Rasa

Keadaan tengah hari yang panas tu memang best la pekena cendol kan. So sewaktu saya dan suami ke Ladang Arnab di Ijok tempoh hari kami berkesempatan la untuk singgah rasa cendol tu. Sedap dan cukup rasa cendolnya. Selain daripada cendol, coconut shake pun ada dekat sini. Tapi komen saya coconut shake die kurang sedap la, mgkn sbb saya terbayangkan kesedapan coconut shake Klebang,Melaka kot..hehe..


coconut shake dan aiskrim goreng pun ada


Pada yang tak sempat nak lepak singgah, drive thru je...


Keadaan tempat makan berkonsepkan pondok, cantik..


Kedai coconut shake


So, kalau takde idea nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu...pergilah bawak makan Cendol Bakar di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor..dan kalau rajin lajaklah perjalanan ke ladang rabbit kami bertempat di Ijok tu ye..mesti anak-anak suka tengok kecomelan rabbit..

Teknik Hilangkan Stress Keluarga Hakim



Salam semua...entry harini nak kongsi salah satu rahsia keluarga Hakim untuk hilangkan stress. Mesti tertanya-tanya ape die teknik tu..tapi teknik ni hanya berkesan pada yang minat je..kalau tak minat dan tak suka memang tak jadi la..

Terapi Stress dengan Pets

Haiwan belaan ataupun 'pets' memang boleh menenangkan stress kita sebenarnya. Bila kita tengok kecomelan haiwan belaan kita, kita akan rasa terhibur. Lebih lagi kalau seisi keluarga turut menikmati minat dan suka haiwan belaan tu. Haiwan belaan pilihan seisi keluarga Hakim semestinya rabbit. Pada awalnya en Hakim la yang beli anak rabbit yang baru putus susu dengan ibunya di ladang rabbit bertempat di Muar. Breed rabbit tu adalah English Spot. Comel sangat. Saya berikan nama die 'Ducky' kerana salah satu ciri breed English Spot ni adalah ada tompok hitam di mulut berbentuk butterfly, so bile tengok mulut die nampak macam mulut itik gitu..tu yg saya panggil die Ducky. Selain spot di mulut, ciri-ciri breed English Spot ni, di belakang badan die akan ada satu line hitam yang panjang sehingga ke ekor, mata seolak-olah bercelak, telinga hitam dan spot di sebelah kanan dan kiri almost equally. So ducky memang mempunyai ciri-ciri tersebut. Boleh bayangkan kecomelan Ducky yang menjadikan kami sekeluarga geram dengannya. Tapi di usia hampir 2 tahun Ducky pun mati kerana sakit cirit birit. Sedih sangat dengan kehilangan Ducky. Ducky memang ibu yang hebat sebab berjaya melahirkan sembilan anak pada kandungan pertama dan tujuh anaknya berjaya hidup sehingga besar. Anak-anak Ducky semuanya kami jual kepada yang berminat.


Kisah Arnab dan Kura-kura

Selepas hampir dua bulan tanpa binatang peliharaan, rasa macam sunyi dan tak best je. So saya cadangkan kita bela kura-kura kecil pulak la dan berikan kepada anak-anak yang uruskan. So belilah segala kelengkapan kura-kura kecil tu selepas je pulang dari percutian di Cherating. Sebab masa dekat Cherating kami ada kutip cengkerang-cengkerang cantik untuk di hias dalam bekas kura-kura nanti. Dua ekor kura-kura yang comel ni pulak la yang menjadi pets kami sekeluarga. Tapi so far alhamdulillah, kerana anak-anak memang betul-betul rasa tanggungjawab ke atas kura-kura mereka. Setiap kali mereka nak mandi setiap kali tu la akan tanya ibu boleh tak mereka nak mandikan kura-kura jugak. Hai la cik kura-kura, untungla korang dimandikan budak-budak ni..tapi saya tak bagi la kerap kali sangat..Seminggu dua kali je dah ok dah.


Rindu pada Ducky terubat

Baru-baru ni di Anggerik Mall ade International Rabbit Show tau..so memang pergilah untuk tengok rabbit yang comel daripada breed yang pure dr luar negara tu. Most of the breed adalah Netherlands Dwarf, Holland Lop, Rex dan ada juga California White. Comel-comel dan geramnya tengok rabbit-rabbit tu. Kerana pencinta rabbit dan minat bisness ni en Hakim borong beli Holland Lop sampai 4 ekor untuk di breed kan dan di jual...tapi yang tu kita breed di ladang la kan. En Hakim ada plan nak bela rabbit breed ND di rumah..wow suka sangat bila dengar, tapi kalau ikutkan minat saya minat rex sbb bulu die kemas macam carpet gitu..tapi ND pun comel jugak dengan telinga yang pendek die tu...hehe..so semalam sampai la dua ekor ND di rumah yang sanggaaattt comel, yang jantan di beri nama 'Andy' (ala2 nama breed die) dan yang betina kita namakan 'Cera'. Tapi yang paling excited sekali tentulah anak-anak syurga yang siang malam asyik nak main rabbit je..hehe..Jadi itulah pengubat strees kami sekeluarga buat masa sekarang..tapi dalam masa sama tengah tunggu generasi Holland Lop yang akan di breed di ladang tu..hehe nak ambik seekor dua bolehkan en Hakim...hehehe

Si comel Andy

Haqqul dan Cera



Powered by Blogger.