Salam semua, apa aktiviti hujung minggu anda? Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga sibuk dengan program Road to MAHA yang berlangsung di Kuala Selangor...Alhamdulillah, team One Stop Rabbit Farm telah membuka taman arnab di tapak ekspo. Ekspo bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad, tapi kami sempat singgah ke sana pada hari Sabtu dan Ahad. Sambutan amat menggalakkan, walaupun penat badan tapi semangat tu mengatasi segalanya...Ada yang singgah untuk membeli arnab dan ada juga membawa anak-anak bermain di taman arnab. Booth OSRF ni memang sentiasa full house gitu, tak putus dengan kunjungan orang ramai yang datang..syukur...
Penjaga cilik Taman Arnab |
Booth OSRF |
Ibu bapa menunggu anak-anak bermain arnab |
Planning ke Bukit Melawati Tertunda.
Awal pagi Ahad selepas booth telah di buka, kami bercadang nak mencelah naik ke Bukit Melawati untuk melihat spesis monyet yang unik dan cantik, tetapi terpaksa la cancel sebab hujan plak pagi tu.
Sebenarnya di sekitar Kuala Selangor tu pun dah banyak kelihatan monyet berkeliaran di kawasan kedai-kedai. Selepas kami makan pagi di salah satu kedai, sempat lah juga bertanya kepada orang tempatan berkenaan dengan monyet-monyet ni tak kacau ke orang yang berniaga disini? Katanya, jangan di beri makan sudah, kalau monyet di beri makan mereka akan mengganggu la urusan harian. Tapi memang betul pun beruk-beruk ni pantang di beri makan, sebab kami berkesempatan untuk melihat beruk-beruk ni di kawasan padang dan memberi makan dari dalam kereta, ternyata beruk-beruk ni akan naik ke atas kereta kita untuk mendapatkan makanan..huhu, risau tapi since duduk dalam kereta rasa macam cool plak la tengok beruk-beruk tu.
Monyet bertengek di kereta kami minta makanan |
Rezeki OSRF
Dek kerana hujan masih belum berhenti, kami pun tunggu je lawatan pengunjung ke tapak ekspo. Wow walaupun hujan tetapi booth kami tetap ada kunjungan anak-anak kecil yang mahu bermain dengan arnab. Di saat hujan dan semakin reda, semakin ramai yang membanjiri booth kami untuk membawa anak-anak mereka bermain dengan arnab.
Mengharapkan Tempat di MAHA 2014
Tiga hari ekspo memberi semangat kepada team OSRF untuk berusaha ke MAHA 2014 yang akan diadakan dalam bulan NOvember nanti. Mudah-mudahan rezeki kami untuk berada di MAHA 2014 kali ini diberkati Allah. Amin...
0 comments:
Post a Comment