Salam Semua,
Perkongsian entry pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi diri sendiri. Masalah si kecil Haiqal mempunyai tabiat menggigit kuku dan suka memasukkan sesuatu yang di pegang ke dalam mulut. Apa yang boleh dibuat dalam mengatasi masalah ini dan apakah tindakan oleh seorang ibu dan bapa yang genius dalam menangani permasalahan ini?
Tabiat Si Kecil
Ada sesetengah kanak-kanak mempunyai tabiat suka mengigit kuku. Walaupun sudah puas kita menegahnya, namun mereka tetap mengulangi tabiat ini. Saya bimbang si kecil akan dijangkiti penyakit akibat termakan bakteria yang terdapat di kuku mereka. Selain daripada itu kuku mereka akan kelihatan tidak cantik akibat digigit dan kadang-kadang luka kecil boleh berlaku di bahagian tepi kuku (cekam). Sebenarnya keadaan ini berlaku apabila usia si kecil mencecah 2 tahun. Pada mulanya keadaan ini tidak kerap, tetapi lama kelamaan semakin menjadi-jadi pulak. Risau sangat keadaan ini akan berterusan sehingga dia besar. So sebagai langkah awal, apa yang boleh saya lakukan?
Atasi Tabiat Gigit Kuku Pada Haiqal.
- Menawarkan hadiah sekiranya anak-anak berhenti menggigit kuku. Anak-anak akan merasa sangat bahagia apabila diberikan hadiah sebagai ganjaran kepada sesuatu perkara yang mereka lakukan. ( Cthnya: Saya pernah menawarkan Haiqal untuk makan aiskrim sekiranya dia stop gigit kuku, hal ini berjaya utk seketika waktu..tetapi berulang lagi kemudiannya..so jangan mudah give up..perlulah berperingkat serta bersabar)
- Celupkan larutan garam/asam jawa ke tangan anak. Rasa masin dari garam selalunya tidak disukai oleh anak-anak. Keadaan ini mungkin boleh mengatasi tabiat si kecil itu.
- Pastikan kuku pendek. Bab ini memang saya particular. Hampir setiap 3 hari saya akan periksa kuku si kecil ini supaya tidak ada peluang langsung untuk mengigit kuku lagi. (tapi worst kes pernah terjadi die beralih arah ke kuku kaki..aiyakkk anak ibu)
- Cuba perhatikan kenapa mereka gigit kuku. Pada kondisi saya ni, si kecil Haiqal menggigit kuku ketika dia dalam keadaan lapang. Cthnya masa die menonton TV, bermain dan masa dia kelihatan boring. So, tindakan saya terhadap situasi ini adalah, saya akan kerap memastikan perilaku dia dan akan menegur saat dia mahu menggigit kuku. Hehe kene alert la sikit.
- Pastikan kita memberitahu anak-anak yang kesan menggigit kuku ini adalah tidak elok dan ibu dan ayah tidak suka tabiat ini. (sebenarnya anak-anak faham, cuma kadang-kadang sudah menjadi kebiasaan diri, so boleh dikatakan tabiat ini sesuatu yang kita lakukan tanpa sedar juga la)
Walaupun pelbagai cara sudah saya lakukan tetapi tabiat ini masih belum dikikis 100%..kadang-kadang Haiqal akan cuba menggigit kuku juga. Cuma dia akan cepat berhenti dan tersenyum apabila di tegur. Tabiat ini semakin kurang, So kepada ibu dan bapa fahamilah perkembangan anak-anak ini perlukan kesabaran dan konsisten dari ibu dan bapa. Teruskan mendidik anak-anak ke arah insan yang genius kelak. Rasa bersyukur kerana Haiqal hanya suka gigit kuku, kalau tabiat suka gigit orang lagilah besar masalah ibu ni..anak oh anak..Dirimu anugerah dari Allah buat ibu, tidak akan ibu sia-siakan anugerah hebat Allah ini.
Anak syurga ibu, Haiqal |
Menjaga dan mendidik adalah tanggungjawab ibubapa. Akan ibu lakukan dengan terbaik dalam menjaga dan mendidik anak-anak syurga ibu ke arah generasi yang genius akal dan akhlak.
Selamat petang puan..anak saya pun mempunyai tabiat yang sama. Yang peliknya, yang perempuan sahaja yang mempunyai tabiat mengigit kuku..yang lelaki tidak pula.
ReplyDeletekita kena banyak bersabar dalam mendidik anak syurga kita.
ReplyDeleteSaya mase kecik2 memang ketagih sangat. Sangat teruk kuku sampai berdarah. Masuk sekolah menengah barulah ok sikit. Skrg dah tua, ok dah. Tapi anak sendiri pulak mengikut. huhuhuhu
ReplyDelete