Testimonial Omega Guard : Part 2_ Bukan OM semata-mata


Salam semua..mohon maaf diatas kelewatan entry testimonial Omega Guard yang dijanjikan..Setelah konsisten makan OM selama 2 bulan lebih alhamdulillah tahap kolestrol dalam badan mula turun ke paras yang tidak membimbangkan sangat..syukur sanagt..cume kene teruskan mengamalkan OM la lepas ni...di samping mengawal permakanan yang berkolestrol tinggi..

Rahsia saya

Selain mengamalkan OM tu saya ada melakukan beberapa amalan sihat seperti mengurangkan pengambilan daging merah, dan mengubah resepi masakan harian daripada bergoreng kepada rebus, kukus, dan grill. Pengambilan ikan lebih daripada daging pun menjadi amalan permakanan baru saya. Elakkan makan lewat malam dan juga melakukan senaman seperti kelas aerobik dan line dancing.

Bukan faktor OM semata-mata

Sebenarnya supplement bukanlah faktor utama paras kolestrol saya menurun, malah yang menjadinfaktor adalah cara pemakanan kita seharian dan cara hidup kita yang lebih menjadi pendorong kadar kesihatan kita. Supplement adalah sampingan sahaja yang membantu menjayakan amalan hidup sihat kita. So kalo kita tidak berkesempatan untuk fokus 100% dalam amalan hidup serta permakanan sihat, so ambillah supplement yang boleh membantu anda menjayakan misi anda. Pilihan supplement saya sudah pasti Shaklee, kerana ape? Shhhh...biarlah rahsia..

Pengawal Kolestrol saya



Testimoni Omega Guard : Part 1- Medical Check Up

Salam semua...alhamdulillah, syukur di beri peluang untuk share pengalaman hebat saya bersama Shaklee..nak tau produk ape? Hehe confirm la Omega Guard kan..terang-terang title I dkt atas tu testimoni Omega Guard..

Buat Medical Check Up..

Faktor umur yang semakin meningkat (31 tahun) menyebabkan saya dan suami semakin ambil peduli tentang masalah kesihatan..bukan sebelum ni tak pernah amik peduli..tapi kali ni kami serius melakukan regularly medical check up untuk mengetahui tahap kesihatan kami..maklumlah, faktor utama adalah cara hidup kita..dalam faktor cara hidup plak ada byk bahagian..faktor pemakanan, kerja, tidur dan bla, bla...sbb tu la penting buat medical check up tau..spend la sikit untuk buat medical check up atau blood test untuk tahu tahap gula, kolestrol dan lain2 lagi...

Ambil Results...

Saya buat check up di Klinik Soraya sek 3..klinik kegemaran saya dari zaman mengandung anak pertama sehinggalah kini...huh berdebar jgk nak amik results darah...masa selesai consultation dengan doktor tu saya risau dan agak down sangat..sebab result memang tak baik la kan...masalah gula memang takde la, cuma masalah kolestrol ni tinggi..dalam darah kita ada 2 jenis kolestrol HDL dan LDL...itulah kolestrol baik dan jahat..so now masalah saya kolestrol jahat tu lebih dari kolestrol baik..makna nya risiko kepada sakit jantung memang tinggi...sebab kolestrol jahat ni menempel di salur darah kita..kalau tidak di kawal..tempelan semakin tebal dan boleh menyebabkan tersumbat...boleh effect kepada strok jugak...huh!! Risaunya...kalau nak tahu ini juga faktor silent killer tau..sbb secara senyap je masalah ni..sbb bukan sakit pun kalo kolestrol tinggi...kita tak perasan punya, melainkan dengan medical check up la..kalau badan ada sensor untuk detect level kolestrol n gula takpe la...hehe..bile level tinggi je ada bunyi 'ting tong' dkt kepala kita..hahaha..nak jugak la badan macam tu..tapi badan kita bukanlah macam robot ataupun suit ironman tu..


HDL dan LDL konsep dalam darah.

Cadangan hebat Doktor Sabrina

Tapi tak perlu risau sangat doktor dah cadangkan saya makan minyak ikan or minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun..tp bkn minyak masak la kan..hehe...so pada saat tu, ape lagi 'ting' keluar mentol dkt kepada saya..OMEGA GUARD kan minyak ikan...cantik sangat la...so masalah dah settle...since saya ni ahli Shaklee yang sah..confirm la dapat jimat banyak untuk dapatkan source minyak ikan dari OMEGA GUARD tu dengan harga ahli yang super wow kan...huraaaiii...balik je dari klinik terus dapatkan 3 botol OMEGA GUARD untuk testimoni nyah kolestrol jahat...jom istiqamah consuma omega guard...sbb lagi 3 bulan akan ada next check up...bleh la kita tahu hebat ke tak produk Shaklee ni..

Omega Guard agen penurunan tahap kolestrol saya.


Ok la dulu untuk part pertama...stay tune!!!....banyak lagi rahsia yang saya nak reveal ni...tunggu bahagian kedua berkaitan cara hidup yang saya amalkan plak...

Cuti-cuti Keluarga Hakim V3 Klebang Melaka

Salam semua,
Alhamdulillah, hajat di hati untuk bawa mak, ayah dan adik-adik join cuti-cuti keluarga Hakim akhirnya berjaya dilaksanakan..walaupun berbagai halangan emosi tetapi dengan izin Allah dapat juga saya bercuti bersama keluarga tersayang.

Perjalanan ke Nilai


Seawal pagi kami telah bertolak ke Nilai, kerana ayah saya bekerja di sana, so sesampai di Nilai kami terus breakfast sblm meneruskan perjalanan kami ke Melaka. Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, keadaan sangat panas, maklumlah sekarang ni musim kemarau di Malaysia sehingga menyebabkan banyak hutan terbakar di tepi highway. Pasukan bomba siap berkampung di tepi highway menuju ke KLIA kerana ada kawasan hutan yang masih terbakar dan perlu pengawasan rapi.

Best Coconut Shake in town.


Awal jugak kami sampai di resort, just nak check kalau2 dah boleh check in loading barang, tapi malangnya bilik masih sedang di kemas so saya settlekan payment dulu la so nnt datang amik kunci je. Sementara menunggu masa untuk check in kami terus menghala ke destinasi pertama dalam perancangan saya iaitu 'coconut shake original Klebang' la mana lagi. Tengah panas-panas minum coconut shake mmg pergghhh nikmatnya, sambil makan nasi lemak yang pedas gila (maklumlah Melaka kan) memang menyegat betul. Nasib la kami sampai awal pukul 12.45 ( waktu operasi 12.30-6.30ptg) so dapatlah makan dan minum tanpa menunggu lama. Coconut Shake die memang sedap sangat, siap bungkus 2 untuk di bawa pulang ke resort. So slps kenyang makan tengah hari, kami pun menuju ke resort, tetapi dalam perjalanan tetiba cik abang saya melencong ke Muzium Kapal Selam, konon nk usha je dulu..akhirnya terus beli tiket masuk. Murah je tiket masuk ke muzium ni..dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50 sahaja. Menarik juga muzium kapal selam ni, sbb kita dapat pengalaman menaiki kapal selam. Ingatkan kapal selam ni besar la dekat bahagian dalam, rupa-rupanya sempit sangat, terasa lemas dalam kapal selam ni..Hai macam mana lah tentera laut kita bleh duduk berbulan lamanya dalam kapal selam ni. Best la pengalaman mengembara dalam kapal selam ni, untung sangat la dengan bayaran yang dikenakan tu. Penat sudah, so kami terus menuju pulang ke resort untuk check in.


Pintu masuk kapal selam

Walaupun sempit nak bergambar juga

Melaka dan Parameswara

Kalau dah sampai Melaka ni confirm la tak pening dengan menu makan malam, apa lagi ikan bakar lah. So far umbai dan sg duyung kami pernah makan, tapi di Ikan Bakar Parameswara ni belum berkesempatan lagi, sbb ramai kot yang datang makan dekat sini. So kalau datang lambat memang takde la tempat duduk. Nasib la kami sekeluarga keluar dari resort pukul 6 ptg lagi. Sampai je di Ikan Bakar Parameswara ni kebetulan ada satu meja untuk kami sekeluarga. Agaknya memang dah rezeki lah ni syukur sangat. Menu makan malam malam ni semuanya berasakan seafood, dah boleh dikatakan masakn di sini sedap dan yang penting harga memang berbaloi-baloi. Perut dah kenyang, tapi masih awal lagi kalau nak balik ke resort,, so lokasi jalan-jalan seterusnya ke Jonker Street. Sebenarnya first time datang Jonker Street ni, rupanya Jonker Street ni kawasan cina@baba nyonya 100%...aiyaakk rasa macam jalan dekat negara cina plak..huhu..pada saya tidak ade ape yang menarik hati kami, so jom lah kita pulang rehat di resort je...sampai je terus sambar Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Shaklee, maklumlah makan banyak tadi..

Pulang Sudah

Pagi Ahad sblm check out kitrang sarapan dulu di resort. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke Mahkota Perada Melaka, saje je jalan-jalan dekat mall pulak. Ambil peluang untuk shopping di melaka, Alhamdulillah sempat juga belanja mak, ayah dan adik kasut..sambil mencari hadiah perkahwinan anak kepada kawan en Hakim di putrajaya pada hari yang sama. Plan untuk singgah masa pulang nanti.. Penat jalan-jalan shopping so tibalah masa untuk pulang, tapi sblm pulang semua nak makan tengahari dulu..So mana lah nak cari port makan nie? tetiba en Hakim beri cadangan makan asam pedas di restoran Selera Kampung (kalau tak salah)..restoran ni famous sangat sebab pernah masuk JJCM. Lokasi kedai ni di kawasan lot kedai yang betul-betul berhadapan dengan menara Taming Sari. Senang je nak cari kedai ni, tapi kedai ni ramai sangat orang datang makan tambahan pula harga boleh tahan jugak la dan sedap asam pedas die. Gendang gendut sudah, tibalah masa untuk pulang ke Shah Alam. Tapi sblm menuju ke Shah Alam akan singgah ke putrajaya untuk menghadiri majlis kendiru kahwin sekejap. Berakhir sudah percutian kami ke Melaka, syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk membawa mak,ayah dan adik-adik tersayang bercuti ke Melaka bersama. Insyallah lokasi percutian keluarga Hakim seterusnya ialah Perlis dan Johor Bahru..so nantikan entry cuti-cuti keluarga Hakim yang seterusnya..hehe..akhir kata bercuti adalah cara kami merawat minda,  anda pula bagaimana? Jom cuti-cuti Malaysia.

Muzium Kapal Selam

Mak dan ayah tersayang 

Cap ibu dan anak

Keluarga Hakim bercanda di pantai

Aktiviti melompat tinggi

Cubaan menolak perahu, hehe

Apa itu Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee Genius

Set kurus Shaklee ni merupakan pilihan ramai pengguna, tapi kenapa famous sangat ni? Kalau nak tau majoriti yang menggunaan set ni secara konsisten akan menampakkan hasil yang memberangsangkan. hehe termasuklah diri sendiri. 

Testimoni diri sendiri

Bermula untuk mencuba set kurus ni kerana selepas melahirkan anak kedua berat badan semakin hebat naik, huhu...nak turun memang susah. berat mencecah 56Kg yang pada asalnya 47Kg. seram tengok berat badan sendiri. Selepas menggunakan set kurus Shaklee budget RM100 (Lecithin & Herbalax), Alhamdulillah berat turun 2Kg selepas 2 minggu sahaja. excited sangat sebab ade penurunan..selepas sebulan lebih berat badan saya turun ke 49Kg..hampir kepada berat asal 47Kg..Ape lagi yang nak di cakap, terbuktilah berkesan dengan pemakanan set kurus Shaklee secara konsisten ni.




BUANG LEMAK
ALFALFA/HERBALAX

  1. Kaya dengan nutrini dan mineral surih.
  2. Melegakan rasa kebas pada sendi-sendi dan memudahkan fungsi usus.
  3. Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
  4. Mengandungi enzim penting untuk penghadaman.
  5. Memudahkan pergerakkan usus dan menghindari sembelit.
  6. Membantu menghilangkan bau badan.


BAKAR LEMAK
LECITHIN/OMEGA GUARD
  1. Menyerap vitamin yang larut lemak-Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E, dan K yang larut lemak
  2. Melindungi hati-Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  3. Pemecahan lemak dan kolestrol-Bertindak sebagai pembersih salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  4. Pelangsingan-Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  5. Menghalang tekanan darah tinggi- Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah
  6. Meringankan sembelit-Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus

BINA OTOT
CINCH/ESP
  1. Awet Muda dimana asid amino berperanan untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan gland
  2. Baik untuk hormon dimana kandungan isoflavones dalam kacang soya membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Kulit remaja, baik untuk kulit di mana merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  4. Pembekal tenaga, membekalkan tenaga dengan cepat dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  5. Membaiki pigmentasi, membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur.
  6. Dijana oleh leucine dan membantu membakar lemak serta mengekalkan otot (elak dari otot menggelebeh)
  7. Minuman pengurusan berat badan yang berkesan kerana cinch cepat membakar lemak.

Untuk Pembelian, hubungi 

Noraini 
Call/sms/whatapps
019-266 2816 

Noraini Your Favorite SID (966624)

Set Hamil Shaklee Budget Baik Punya..

Apa ada dengan SET HAMIL SHAKLEE ni?

Baru- baru ramai yang bertanya tentang set hamil shaklee, so walaupun sekadar tanya je tapi saya mengambil pendekatan positif untuk tulis entry pasal set ni. Macam biasa lah, rezeki saya Allah yang aturkan, tugas kita hanya BERUSAHA.

Ok basically ada 3 fasa kehamilan ni. 1st Trimester, 2nd Trimester and 3rd Trimester


set hamil budget
Set hamil Shaklee 
Pakej A RP = RM 292.50
Pakej B RP = RM 296.00
Pakej C RP = RM 446.00
Pakej D RP = RM 582.00

Diskaun? Of course la ade...call/sms/whatapps saya 019-266 2816 kita boleh bincang ikut budget mampu anda...


Untuk 1st TRIMESTER

Vitalea
Asid Folik sangat penting untuk kesihatan fetus, di mana boleh merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah dan juga boleh mengurangkan risiko baby jaundice. 
Zat besi yang membentuk hemoglobin, penting untuk membantu menaikkan tahap HB rendah. (bagi ibu yang mengalami masalah HB rendah ni Vitalea sanggat membantu)

B-Complex
Melawan tekanan/stress dan memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala. Sesetangah ibu mengandung memang akan alami sakit kepala di trimester pertama, jadi di sini lah peranan b-complex.

Vita C
Penting untuk ibu mengandung kerana fungsinya yang meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Selain itu vitamin C membantu penghasilan kolegen.

Ostematrix
Setiap pengambilan Ostematik akan mengandungi sumber  1000mg kalsium, 400mg magnesium dan 400IU Vitamin D. Nutrien-nutrien ini penting diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan bagi menghalang endapan mineral.
Kalsium penting untuk menguatkan tulang ibu dan membentuk tulang yang sihat untuk bayi. Ianya juga penting bagi mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Kekurangan kalsium akan meyebabkan kekejangan dan juga masalah gigi. Selain daripada itu Ostematik membantu ibu hamil daripada masalah sembelit.

Untuk 2nd Trimester dan 3rd Trimester

Apabila sudah berada di 2nd atau 3rd trimester, digalakkan menambah pengambilan Omega Guard dan ESP

Omega Guard
Kebaikan Omega Guard untuk ibu mengandung ialah membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan mata.
Kandungan DHA iaitu nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting terutama sekali pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

Energizing Soy Protein, ESP
Selain manfaat lain yang hebat untuk pengamal ESP, Ibu mengandung akan dapati badan lebih bertenaga dengan ESP. ESP membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set hamil Shaklee secara berperingkat mengikut budget anda, boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut dan juga penerangan mengenai produk. 

* penerangan mengenai produk di atas adalah dikhususkan kepada ibu hamil sahaja. Selain ibu hamil, produk di atas juga boleh diamalkan untuk tujuan kesihatan tertentu. Dapatkan pencerahan mengenai produk untuk masalah anda dengan saya melalui :

Noraini
call/sms/whatapps
019-266 2816 

Set Anak Genius SHAKLEE


Set My Child's Genius SHAKLEE terlajak laris.......


set shaklee untuk kanak-kanak
Supplement untuk anak GENIUS

Pengambilan nutrisi yang secukupnya bagi kanak-kanak amatlah penting untuk proses tumbesaran mereka. Di mana seawal umur di peringkat bayi lagi, perkembangan otak meraka adalah paling optimum. Susu ibu memberkalkan nutrisi yang lengkap untuk bayi sehingga umur 6 bulan. Makanan tambahan perlu untuk memastikan anak-anak kekal cerdas dan cergas untuk membesar. Set Kanak-kanak Shaklee @ Set My Child's Genius Shaklee dapat memberi nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran otak dan fizikal kanak-kanak.

Ingin mencuba set My Child's Genius ni. hubungi la saya Noraini Zolkalli aka Nor Shaklee (019-266 2816).
Harga kasih sayang je!




Powered by Blogger.