Minum ESP Shaklee, tapi susu kurang?

ESP adalah salah satu produk Shaklee yang boleh membantu penghasilan susu badan ibu yang menyusu. Tapi boleh ke dengan hanya meminum ESP je susu badan meriah mencurah-curah? Untuk menambah penghasilan susu badan kita kenalah patuhi beberapa tips atau stategy untuk menggalakkan production susu ibu kan? macam kilang juga, kalo takde strategy untuk meningkatkan production masakan boleh sale berjuta-juta dengan hanya bergantung kepada produk...So asas dalam meningkatkan penghasilan susu badan ni terdiri daripada beberapa faktor, antaranya:

Supply and Demand

Apa itu supply and demand? Supply and demand ni adalah konsep menyusu sehingga kosong kandungan susu di dalam cik b kita, so secara naturally penghasilan susu ibu akan lebih produktif di sebabkan pemintaan susu ibu ni sangat banyak. Sistem badan akan bertindak balas secara natural dalam meningkatkan susu badan si ibu. Oleh sebab itu kekerapan pump cik b tu adalah sangat penting dalam meningkatkan penghasilan susu, dan pastikan kita pump susu sehingga susu kita benar-benar kosong. Konsistensi dalam mengepum susu adalah penting untuk menggalakkan rangsangan penghasilan susu. So mommies perlu ada jadual masa untuk mengepum susu setiap hari untuk melancarkan production susu badan.

Banyakkan meminum air

Kandungan air dalam badan amat penting dalam melancarkan sistem badan manusia. So ibu yang menyusu adalah sangat penting dalam memastikan kuantiti air yang di ambil mencukupi kerana air yang cukup dalam badan dapat melancarkan penghasilan susu ibu. Amalkan meminum air yang mencukupi ok kepada semua ibu-ibu yang menyusu.

Jangan Stress

Tahukan anda apabila kita stress badan kita akan aktif menghasilkan hormon yang tidak baik dan boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Apabila mommies dalam sesi mengepum susu, tenangkan diri, relsx dan sentiasa positif terhadap susu yang akan terhasil. Sedikit  tips yang saya selalu buat dulu, saya selalu dengar musik, atau melihat video/gambar si kecil di hp. So hati yang kusut dengan bebanan kerja di opis akan tenang seketika untuk memberi laluan kpd sesi mengepum..hehe..Selain itu jadikan sesi mengepum di opis/di rumah adlh salah satu aktiviti yang sangat menarik dan di tunggu2. (Teringat plak dgn geng mengepum dulu ^_^ )

Berdoa

Sebagai muslim tanggungjawab kita kepada pencipta jangan sekali diabaikan. Mohon doa agar Allah memurahkan rezeki susu badan untuk si kecil. Jangan mudah berputus asa dalam penyusuan. Untuk berjaya dalam penyusuan anak, all mommies kene la kuat mental dan fizikal teruskan berusaha jangan mudah give up. Moment dalam menyusukan anak adalah kenangan paling indah dalam hidup kita sbg seorang ibu. Malah bonding antara seorang anak yang lengkap menyusu badan sehingga 2 tahun dengan ibunya adalah suatu ikatan yang sangat luar biasa. Setuju?

So untuk menggalakkan penghasilan susu bukan terletak kepada supplement ESP sahaja. Tips penyusuan ibu yang telah disarankan oleh pakar-pakar lactation perlu kita amalkan juga. Barulah dengan kombinasi hebat ni susu ibu akan memancut-mancut keluar dari cik b tu. Finally happy breastfeeding to all mommies,  semoga susu badan anda meriah untuk dinikmati oleh si kecil anugerah Allah itu. Susu badan pun anugerah Allah tau, so hargailah seperti mana kita menghargai si kecil tu. Pernah tak kita give up dalam mendidik anak? Confirm tak kan? So janganlah give up dalam penyusuan juga...ok? Good luck mommies..

set penyusuan shaklee premium
Set Penyusuan Shaklee Full Set

Susu Ibu Susu Genius

Salam Semua
Perkongsian saya pada hari ini adalah mengenai susu untuk menjadikan anak-anak syurga kita genius. Susu apa tu? Semestinya susu yang dianugerahkan Allah untuk ibu-ibu, susu ibu. 

Persediaan di saat menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia juga merupakan masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu secara efektif bermula seawal kelahiran sehingga berumur 6 bulan. Selepas 6 bulan bolehlah disusuli dengan pemberian makanan tambahan (solid food). Penyusuan efektif selama tempoh 6 bulam  adalah untuk memastikan bayi mendapat segala kebaikan khasiat susu ibu dan wajarlah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 


Manfaat Susu Ibu 

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan nutrisi yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama yang berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Ibu perlu memastikan pemberian kolostrom seawal kelahiran bayi lagi bagi memberi kekuatan antibodi kepada si kecil. Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.


Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.


Sebab tidak mahu breasfeeding:

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Tetapi ada juga sebilangan ibu yang mengambil tindakan untuk tidak menyusukan anak atas beberapa faktor:

  • Kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. 
  • bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. 
  • Sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. 


Tahukah ibu, banyak petua untuk yang boleh kita lakukan untuk memperbanyakkan susu badan. Antaranya ialah:

Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering bersama gula melaka bersama air sehingga kembang dan minum airnya. (air longan juga mudah didapati di pasar malam, tetapi lebih baik dibuat sendiri kerana terjamin kebersihan)

Lobak Putih

Potong lobak puti kecil-kecil dan kisar bersama sedikit air. Toskan air lobak putih yang di kisar dan minum sebagai jus. Boleh juga dijadikan ulam ataupun dimasak sebagai sayur.

Halba 
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya. Juga boleh dicampur sedikit air rebusan halba tadi ke dalam susu segar dan diamalkan setiap pagi.




Shaklee Dalam Pengusuan 


Set Menyusu Shaklee Basic


Manfaat ESP (Energizing Soy Protein)

  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  2. Memekatkan susu ibu
  3. Sebagai milk booster
  4. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  5. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  6. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  7. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  8. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  9. Mengawal paras kolesterol.
  10. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

Manfaat Alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  3. Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  4. Membantu membuang angin dalam badan.
  5. Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  6. Melegakan sakit sendi dan belakang
  7. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  8. Memberi kelegaan semasa haid
Set Menyusu Shaklee Premium



Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Sekiranya anda mahu mencuba produk Shaklee ini.
Hubungi saya:

Call/sms/whatapss 
019-266 2816
Noraini (966624)

PENGALAMAN HEBAT WANITA

Girls power.

Aku wanita aku punya pengalaman yang hebat, pengalaman manis yang akan dapat kaum adam rasai. Nikmat mengandung, kesakitan semasa melahirkan dan saat menyusukan anak merupakan pengalaman manis yang berbeza untuk setiap anak, Pengalaman saya melahirkan anak benar-benar mengubah peribadi saya seorang anak.
Teringat masa saya melahirkan Haqqul (anak sulung), bila mak dtg melawat saya dekat wad naluri ni menolak saya untuk memohon maaf atas segala salah laku saya dari saat aku mula bergelar anak hingga berubah menjadi ibu juga. Sebak sangat, air mata ikhlas meminta maaf. Ya Allah, syukur aku dijadikan seorang hawa yang dapat merasai pengalaman hebat ini.

Benarlah syurga itu ditelapak kaki ibu, kerana pengorbanan seorang ibu tidak boleh ditandingi. Alhamdulillah, skrg saya masih ada mak dan umi (mertua). Hubungan kami sangat baik. Mereka bukan sekadar ibu, malah kawan kepada saya.Mereka wanita biasa tapi punya hati yang luar biasa.


Insipirasi dari drama 'Aku bukan Halimatus Saadah'

Oh ye berbalik kepada pengalaman hebat wanita yang ketiga, menyusukan anak. Teringat drama cerita 'HALIMATUS SAADAH' yang ditayangkan sempena maulidur rasul dulu. Cerita ni mengesahkan seorg ibu yang tidak mahu menyusukan anak die. Sedih sangat, kesian baby tu menangis kerana mahukan susu ibu, tp susu formula juga yang disumbat ke mulut baby yg tgh menangis tu. Kata-kata yang menarik dlm cerita tu 'susu ibu adalah anugerah Allah, rugilah kalau kita sia-siakannya. Wow terkesan betul dgn kata-kata tu. Terdetik dihati rasa syukur kerana semasa menyusukan dua hero saya, saya akan cuba sehabis baik untuk memastikan anak-anak cukup menyusu susu badan (sebenarnya terlebih dh). Anak kedua ni hampir 3 tahun tapi masih meyusu...katanya susu ibu sedap. Bahagia rasanya, susu ibu mmg tidak ada di jual la dekat mana-mana kedai kerana susu ibu ini kan anugerah Allah. 

Drama Aku Bukan Halimatus Sa'adiah


Set menyusu Shaklee Superb

Cabaran untuk menyusukan anak-anak mesti ada. Sampai satu tahap produksi susu akan menurun. Sebab itulah bantuan supplement ni
tersangatlah penting. Ibu menyusu perlukan diet yang balance,  pengambilan nutirisi harian mesti kena cukup barulah production susu badan lancar. Saya pun amik supplement semasa menyusu. Set menyusu Shaklee pilihan saya. Seminggu mencuba, Alhamdulillah, production susu badan memang meningkat. Shaklee ni best sgt, sbb even amik set ekonomi pun kesan tetap superb apatah lagi kalo amik set premium. Kita boleh pilih, kalau xde budget dan baru mahu mencuba amik la yang basic. Kalau dah jatuh cinta nnt, barulah amik set premium dan set2 yang lain. Haha keadaan ni normal pada siapa yang dah pernah try Shaklee ni (macam saya la). Berilah anak kita susu badan secukupnya, sbb khasiat die mmg yang terbaik. Hargailah anugerah Allah seperti mana kita menghargai anak-anak. Anak-anak pun anugerah Allah juga.

Set Mengusu Shaklee Premium


Anak Anugerah Allah

Powered by Blogger.