ESP adalah salah satu produk Shaklee yang boleh membantu penghasilan susu badan ibu yang menyusu. Tapi boleh ke dengan hanya meminum ESP je susu badan meriah mencurah-curah? Untuk menambah penghasilan susu badan kita kenalah patuhi beberapa tips atau stategy untuk menggalakkan production susu ibu kan? macam kilang juga, kalo takde strategy untuk meningkatkan production masakan boleh sale berjuta-juta dengan hanya bergantung kepada produk...So asas dalam meningkatkan penghasilan susu badan ni terdiri daripada beberapa faktor, antaranya:
Supply and Demand
Apa itu supply and demand? Supply and demand ni adalah konsep menyusu sehingga kosong kandungan susu di dalam cik b kita, so secara naturally penghasilan susu ibu akan lebih produktif di sebabkan pemintaan susu ibu ni sangat banyak. Sistem badan akan bertindak balas secara natural dalam meningkatkan susu badan si ibu. Oleh sebab itu kekerapan pump cik b tu adalah sangat penting dalam meningkatkan penghasilan susu, dan pastikan kita pump susu sehingga susu kita benar-benar kosong. Konsistensi dalam mengepum susu adalah penting untuk menggalakkan rangsangan penghasilan susu. So mommies perlu ada jadual masa untuk mengepum susu setiap hari untuk melancarkan production susu badan.
Banyakkan meminum air
Kandungan air dalam badan amat penting dalam melancarkan sistem badan manusia. So ibu yang menyusu adalah sangat penting dalam memastikan kuantiti air yang di ambil mencukupi kerana air yang cukup dalam badan dapat melancarkan penghasilan susu ibu. Amalkan meminum air yang mencukupi ok kepada semua ibu-ibu yang menyusu.
Jangan Stress
Tahukan anda apabila kita stress badan kita akan aktif menghasilkan hormon yang tidak baik dan boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Apabila mommies dalam sesi mengepum susu, tenangkan diri, relsx dan sentiasa positif terhadap susu yang akan terhasil. Sedikit tips yang saya selalu buat dulu, saya selalu dengar musik, atau melihat video/gambar si kecil di hp. So hati yang kusut dengan bebanan kerja di opis akan tenang seketika untuk memberi laluan kpd sesi mengepum..hehe..Selain itu jadikan sesi mengepum di opis/di rumah adlh salah satu aktiviti yang sangat menarik dan di tunggu2. (Teringat plak dgn geng mengepum dulu ^_^ )
Berdoa
Sebagai muslim tanggungjawab kita kepada pencipta jangan sekali diabaikan. Mohon doa agar Allah memurahkan rezeki susu badan untuk si kecil. Jangan mudah berputus asa dalam penyusuan. Untuk berjaya dalam penyusuan anak, all mommies kene la kuat mental dan fizikal teruskan berusaha jangan mudah give up. Moment dalam menyusukan anak adalah kenangan paling indah dalam hidup kita sbg seorang ibu. Malah bonding antara seorang anak yang lengkap menyusu badan sehingga 2 tahun dengan ibunya adalah suatu ikatan yang sangat luar biasa. Setuju?
So untuk menggalakkan penghasilan susu bukan terletak kepada supplement ESP sahaja. Tips penyusuan ibu yang telah disarankan oleh pakar-pakar lactation perlu kita amalkan juga. Barulah dengan kombinasi hebat ni susu ibu akan memancut-mancut keluar dari cik b tu. Finally happy breastfeeding to all mommies, semoga susu badan anda meriah untuk dinikmati oleh si kecil anugerah Allah itu. Susu badan pun anugerah Allah tau, so hargailah seperti mana kita menghargai si kecil tu. Pernah tak kita give up dalam mendidik anak? Confirm tak kan? So janganlah give up dalam penyusuan juga...ok? Good luck mommies..
Set Penyusuan Shaklee Full Set |
0 comments:
Post a Comment