Cabaran Kurus dengan Cinch Shake Shaklee

Salam semua, entry saya kali ni adalah berkaitan dengan cabaran untuk turunkan berat badan dengan Cinch Shake Shaklee dan Set Kurus Basic Shaklee, Lecithin dan Alfalfa. Target tu bukan lah nak kurus sampai masa zaman bujang dulu, cuma berharap berat tu turun lah sikit. 

Berat Naik Tidak Turun


Pada awal dulu, berat badan saya 43kg (sebelum kahwin), selepas melahirkan anak sulung je berat naik ke 47kg. Masa tu rasa oklah berat masih normal, tetapi selepas melahirkan anak kedua, berat naik ke 52kg dan terus naik sehingga lah sekarang berat badan 55.4kg. Bayangkan kalau tidak di kawal sekarang, bertambahlah naik berat badan saya ni. 

Berat terkini 55.4kg ( jumlah kenaikan berat 12.4kg)


Kenapa Pilih Cinch Shake Shaklee


Secara khususnya untuk kurus kita perlu mengetahui beberapa konsep iaitu konsep detoks, bakar dan bina. So Cinch Shake Shaklee ni memang khas difomulasikan untuk membina otot dan membantu kita untuk kurus. Antara kebaikan dan faedah Cinch Shake Shaklee adalah : 

  1. Boleh dijadikan menu sarapan, makan tengahari, dan makan malam yang ringkas dan mudah
  2. Kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram setiap hidangan
  3. Memberi rasa kenyang yang puas dan berpanjangan
  4. Menghilangkan lemak dan tetap memelihara otot bagi membolehkan kalori dibakar dengan sempurna
  5. Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
  6. Setiap hidangan cinch shake mengandungi 24 gram protein bagi tujuan meningkatkan metabolisma untuk memberikan tenaga
  7. Indeks Glisemik -22 amat sesuai untuk pengidap kencing manis
  8. Kaya dengan protein dengan *leucine – asid amino
  9. Protein juga dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan
  10. Merendahkan kadar gula tapi memberi tenaga
  11. Tiada perasa, warna atau pemanis tiruan
  12. Memberi 35% nilai harian vitamin dan zat dalam setiap hidangan
Pilihan perasa Cinch Shake Shaklee yang sedap

Cara Pengambilan Cinch Shake

  1. Diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, tengah harii atau malam. Campurkan dua (2) scoop cinch shake shaklee dengan 250ml air ataupun susu rendah lemak. Shake menggunakan shaker shaklee ataupun mana-mana shaker..hehe
  2. Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan. Kalau perlu pilihlah ESP, bagus untuk produksi susu ibu.
  3. Sesuai digandingkan dengan Energy Tea Mix untuk kesan yang lebih hebat.


Noraini Zolkaffli 
019-266 2816
Shah Alam


Cuti-cuti Keluarga Hakim V3 Klebang Melaka

Salam semua,
Alhamdulillah, hajat di hati untuk bawa mak, ayah dan adik-adik join cuti-cuti keluarga Hakim akhirnya berjaya dilaksanakan..walaupun berbagai halangan emosi tetapi dengan izin Allah dapat juga saya bercuti bersama keluarga tersayang.

Perjalanan ke Nilai


Seawal pagi kami telah bertolak ke Nilai, kerana ayah saya bekerja di sana, so sesampai di Nilai kami terus breakfast sblm meneruskan perjalanan kami ke Melaka. Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, keadaan sangat panas, maklumlah sekarang ni musim kemarau di Malaysia sehingga menyebabkan banyak hutan terbakar di tepi highway. Pasukan bomba siap berkampung di tepi highway menuju ke KLIA kerana ada kawasan hutan yang masih terbakar dan perlu pengawasan rapi.

Best Coconut Shake in town.


Awal jugak kami sampai di resort, just nak check kalau2 dah boleh check in loading barang, tapi malangnya bilik masih sedang di kemas so saya settlekan payment dulu la so nnt datang amik kunci je. Sementara menunggu masa untuk check in kami terus menghala ke destinasi pertama dalam perancangan saya iaitu 'coconut shake original Klebang' la mana lagi. Tengah panas-panas minum coconut shake mmg pergghhh nikmatnya, sambil makan nasi lemak yang pedas gila (maklumlah Melaka kan) memang menyegat betul. Nasib la kami sampai awal pukul 12.45 ( waktu operasi 12.30-6.30ptg) so dapatlah makan dan minum tanpa menunggu lama. Coconut Shake die memang sedap sangat, siap bungkus 2 untuk di bawa pulang ke resort. So slps kenyang makan tengah hari, kami pun menuju ke resort, tetapi dalam perjalanan tetiba cik abang saya melencong ke Muzium Kapal Selam, konon nk usha je dulu..akhirnya terus beli tiket masuk. Murah je tiket masuk ke muzium ni..dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50 sahaja. Menarik juga muzium kapal selam ni, sbb kita dapat pengalaman menaiki kapal selam. Ingatkan kapal selam ni besar la dekat bahagian dalam, rupa-rupanya sempit sangat, terasa lemas dalam kapal selam ni..Hai macam mana lah tentera laut kita bleh duduk berbulan lamanya dalam kapal selam ni. Best la pengalaman mengembara dalam kapal selam ni, untung sangat la dengan bayaran yang dikenakan tu. Penat sudah, so kami terus menuju pulang ke resort untuk check in.


Pintu masuk kapal selam

Walaupun sempit nak bergambar juga

Melaka dan Parameswara

Kalau dah sampai Melaka ni confirm la tak pening dengan menu makan malam, apa lagi ikan bakar lah. So far umbai dan sg duyung kami pernah makan, tapi di Ikan Bakar Parameswara ni belum berkesempatan lagi, sbb ramai kot yang datang makan dekat sini. So kalau datang lambat memang takde la tempat duduk. Nasib la kami sekeluarga keluar dari resort pukul 6 ptg lagi. Sampai je di Ikan Bakar Parameswara ni kebetulan ada satu meja untuk kami sekeluarga. Agaknya memang dah rezeki lah ni syukur sangat. Menu makan malam malam ni semuanya berasakan seafood, dah boleh dikatakan masakn di sini sedap dan yang penting harga memang berbaloi-baloi. Perut dah kenyang, tapi masih awal lagi kalau nak balik ke resort,, so lokasi jalan-jalan seterusnya ke Jonker Street. Sebenarnya first time datang Jonker Street ni, rupanya Jonker Street ni kawasan cina@baba nyonya 100%...aiyaakk rasa macam jalan dekat negara cina plak..huhu..pada saya tidak ade ape yang menarik hati kami, so jom lah kita pulang rehat di resort je...sampai je terus sambar Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Shaklee, maklumlah makan banyak tadi..

Pulang Sudah

Pagi Ahad sblm check out kitrang sarapan dulu di resort. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke Mahkota Perada Melaka, saje je jalan-jalan dekat mall pulak. Ambil peluang untuk shopping di melaka, Alhamdulillah sempat juga belanja mak, ayah dan adik kasut..sambil mencari hadiah perkahwinan anak kepada kawan en Hakim di putrajaya pada hari yang sama. Plan untuk singgah masa pulang nanti.. Penat jalan-jalan shopping so tibalah masa untuk pulang, tapi sblm pulang semua nak makan tengahari dulu..So mana lah nak cari port makan nie? tetiba en Hakim beri cadangan makan asam pedas di restoran Selera Kampung (kalau tak salah)..restoran ni famous sangat sebab pernah masuk JJCM. Lokasi kedai ni di kawasan lot kedai yang betul-betul berhadapan dengan menara Taming Sari. Senang je nak cari kedai ni, tapi kedai ni ramai sangat orang datang makan tambahan pula harga boleh tahan jugak la dan sedap asam pedas die. Gendang gendut sudah, tibalah masa untuk pulang ke Shah Alam. Tapi sblm menuju ke Shah Alam akan singgah ke putrajaya untuk menghadiri majlis kendiru kahwin sekejap. Berakhir sudah percutian kami ke Melaka, syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk membawa mak,ayah dan adik-adik tersayang bercuti ke Melaka bersama. Insyallah lokasi percutian keluarga Hakim seterusnya ialah Perlis dan Johor Bahru..so nantikan entry cuti-cuti keluarga Hakim yang seterusnya..hehe..akhir kata bercuti adalah cara kami merawat minda,  anda pula bagaimana? Jom cuti-cuti Malaysia.

Muzium Kapal Selam

Mak dan ayah tersayang 

Cap ibu dan anak

Keluarga Hakim bercanda di pantai

Aktiviti melompat tinggi

Cubaan menolak perahu, hehe

Susu Ibu Susu Genius

Salam Semua
Perkongsian saya pada hari ini adalah mengenai susu untuk menjadikan anak-anak syurga kita genius. Susu apa tu? Semestinya susu yang dianugerahkan Allah untuk ibu-ibu, susu ibu

Persediaan di saat menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia juga merupakan masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu secara efektif bermula seawal kelahiran sehingga berumur 6 bulan. Selepas 6 bulan bolehlah disusuli dengan pemberian makanan tambahan (solid food). Penyusuan efektif selama tempoh 6 bulam  adalah untuk memastikan bayi mendapat segala kebaikan khasiat susu ibu dan wajarlah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 


Manfaat Susu Ibu 

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan nutrisi yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama yang berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Ibu perlu memastikan pemberian kolostrom seawal kelahiran bayi lagi bagi memberi kekuatan antibodi kepada si kecil. Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.


Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.


Sebab tidak mahu breasfeeding:

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Tetapi ada juga sebilangan ibu yang mengambil tindakan untuk tidak menyusukan anak atas beberapa faktor:

  • Kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. 
  • bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. 
  • Sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. 


Tahukah ibu, banyak petua untuk yang boleh kita lakukan untuk memperbanyakkan susu badan. Antaranya ialah:

Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering bersama gula melaka bersama air sehingga kembang dan minum airnya. (air longan juga mudah didapati di pasar malam, tetapi lebih baik dibuat sendiri kerana terjamin kebersihan)

Lobak Putih

Potong lobak puti kecil-kecil dan kisar bersama sedikit air. Toskan air lobak putih yang di kisar dan minum sebagai jus. Boleh juga dijadikan ulam ataupun dimasak sebagai sayur.

Halba 
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya. Juga boleh dicampur sedikit air rebusan halba tadi ke dalam susu segar dan diamalkan setiap pagi.




Shaklee Dalam Pengusuan 


Set Menyusu Shaklee Basic


Manfaat ESP (Energizing Soy Protein)

  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  2. Memekatkan susu ibu
  3. Sebagai milk booster
  4. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  5. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  6. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  7. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  8. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  9. Mengawal paras kolesterol.
  10. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

Manfaat Alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  3. Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  4. Membantu membuang angin dalam badan.
  5. Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  6. Melegakan sakit sendi dan belakang
  7. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  8. Memberi kelegaan semasa haid
Set Menyusu Shaklee Premium



Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Sekiranya anda mahu mencuba produk Shaklee ini.
Hubungi saya:

Call/sms/whatapss 
019-266 2816
Noraini (966624)

Apa itu Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee Genius

Set kurus Shaklee ni merupakan pilihan ramai pengguna, tapi kenapa famous sangat ni? Kalau nak tau majoriti yang menggunaan set ni secara konsisten akan menampakkan hasil yang memberangsangkan. hehe termasuklah diri sendiri. 

Testimoni diri sendiri

Bermula untuk mencuba set kurus ni kerana selepas melahirkan anak kedua berat badan semakin hebat naik, huhu...nak turun memang susah. berat mencecah 56Kg yang pada asalnya 47Kg. seram tengok berat badan sendiri. Selepas menggunakan set kurus Shaklee budget RM100 (Lecithin & Herbalax), Alhamdulillah berat turun 2Kg selepas 2 minggu sahaja. excited sangat sebab ade penurunan..selepas sebulan lebih berat badan saya turun ke 49Kg..hampir kepada berat asal 47Kg..Ape lagi yang nak di cakap, terbuktilah berkesan dengan pemakanan set kurus Shaklee secara konsisten ni.




BUANG LEMAK
ALFALFA/HERBALAX

  1. Kaya dengan nutrini dan mineral surih.
  2. Melegakan rasa kebas pada sendi-sendi dan memudahkan fungsi usus.
  3. Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
  4. Mengandungi enzim penting untuk penghadaman.
  5. Memudahkan pergerakkan usus dan menghindari sembelit.
  6. Membantu menghilangkan bau badan.


BAKAR LEMAK
LECITHIN/OMEGA GUARD
  1. Menyerap vitamin yang larut lemak-Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E, dan K yang larut lemak
  2. Melindungi hati-Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  3. Pemecahan lemak dan kolestrol-Bertindak sebagai pembersih salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  4. Pelangsingan-Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  5. Menghalang tekanan darah tinggi- Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah
  6. Meringankan sembelit-Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus

BINA OTOT
CINCH/ESP
  1. Awet Muda dimana asid amino berperanan untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan gland
  2. Baik untuk hormon dimana kandungan isoflavones dalam kacang soya membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Kulit remaja, baik untuk kulit di mana merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  4. Pembekal tenaga, membekalkan tenaga dengan cepat dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  5. Membaiki pigmentasi, membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur.
  6. Dijana oleh leucine dan membantu membakar lemak serta mengekalkan otot (elak dari otot menggelebeh)
  7. Minuman pengurusan berat badan yang berkesan kerana cinch cepat membakar lemak.

Untuk Pembelian, hubungi 

Noraini 
Call/sms/whatapps
019-266 2816 

Noraini Your Favorite SID (966624)

Powered by Blogger.