Episod Bermula di Aquaria
Salam semua...Alhamdulillah percutian yang di rancang telah pun berakhir...Lame jugak nak dapat confirmation dari Palace Vacation Club untuk booking kitrg ke Holiday Villa Cherating...Finally dapat jugak, maklumlah ramai planning cuti awal dgn PVC ni..Sebelum bertolak ke Cherating esok, en hakim dah plan nak bawak anak-anak syurga kami ni ke Aquaria..Lepas Haqqul habis sekolah terus pick up die dan balik rumah dan bersiap-siap ke Aquaria. Keadaan di Aquaria ni kalo weekdays barulah ok...kalo weekends? Susah la sikit..kalo dah ramai mcm mana nk tgk ikan-ikan..sbb tu la kitrg plan gi on weekdays..
Anak-anak banyak pelajari mengenai hidupan laut..memang berbaloi dtg Aquaria ni. Pukul 3 adalah masa yang ditunggu oleh pengunjung...masa utk fish feeding..masa ji la nk tgk bagaimana cara mereka memberi ikan-ikan makan termasuklah 'shark'..Ok 3 jam dlm tu..masa untuk balik..sbb ibu nak packing plak mlm ni..
Jalan-jalan Cari Sata
Perjalanan selama 3 jam akhirnya kami sampai ke Cherating dan terus check in hotel...Bilik hotel Holiday Villa yang agak besar utk family kecil kami, memberikan keselesaan kpd anak-anak utk main kejar-kejar dlm bilik..Boleh dikatakan semua hotel di bawah Palace Vacation Clud memeng memuaskan, specially Palace Golden Horse punya suite. Rehat dan solat dulu, sblm misi mencari makan tengahari..pilihan lunch kami sata, otak-otak, pais ikan dan keropok lekor di Warung Otak-otak Che Wan, lokasi di belakang Masjid Geliga..tempat best ni adlh cadangan kawan Shaklee saya, saya suka bisness Shaklee ni selain bisness networking pun berkembang...Serius pilihan otak-otak, sata dan pais di sini mmg terbaik dan menepati citarasa kami..Makanan berasaskan protein dari ikan segar yang dibakar(bukan goreng) mmg terbaik..
Warung otak-otak Che Wan |
Otak-otak, Sata, Pais Ikan dan keropok Lekor |
Sedap sehingga tak toleh orang dah.. |
Warung Awang Lokasi Makan Malam
Misi malam kami adalah ikan bakar..melalui pembacaan blog, ramai yang cadangkan Warung Awang Ikan Bakar @ W.A.I.B..Lokasi terletak berhampiran simpang Club Med disebelah kiri dari holiday villa. Servis di sini tidak menyenangkan kami sangat la lambat..hampir sejam baru order kami sampai, dan yang menyedihkan kami ikan bakar yang dihidangkan sudah sejuk dan isi dah keras...aiyoo, frust betul..Masakan di kedai ni sedap la jugak..cume sambal ikan bakar agak kurang dengan selera kami..itu je la komen ikhlas saya..hehe..perut dah kenyang, badan dah penat so kami pulang terus ke hotel dan berehat..
Makan Pagi di Pasar Chukai
Hari kedua kami di Cherating dan misi breakfast pulak. Kata blog, kalo nk mkn pagi di sini ade satu kedai kopitian Hai Peng sedap..tapi sayangnya saya dan en hakim ni bukan penggemar kopi sbb kalo org makab di kopitiam tu tarikan utama confirm la kopi..So kami batalkan niat, dan terus menghala ke Pasar Chukai..selalunya kan dkt pasar mesti ade warung makan..andaian kamo tepat, sbb banyak kedai makan di pasar. Pada saya di pasar ni lah banyak makanan tempatan di jual, contohnya macam kacang soya rebus ni..serius sedap..I like..hehe
Manfaatkan Cuti dengan Aktiviti Menarik
Destinasi kami selepas breakfast adalah ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo..Bestnya ada mini zoo di area Kemaman ni. Tiket masuk untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7 sahaja..Apa yang best dkt mini zoo ni adlh konsep pengembaraan dia yang pengunjung akan melalui jambatan merentasi sangkar dan kandanh haiwan..menarik sangat. Kalau dah mini zoo tu, binatang di sini pun terhad lah..tapi not bad jgk la sbb ada gajah, tapir, singa, harimau, orang utan, kuda, rusa dan burung-burung dan reptilia..ok lah untuk anak-anak melihat dan mengenal haiwan dengan lebih dekat.
Aktiviti kami seterusnya adalah makan tengahari..kali ni berminat untuk merasa satar dari salah satu kedai yang agak terkenal Warung Aziz Satar..kami bungkus dan blik makan di hotel je, sbb anak-anak keletihan dan sudah tidur..sata warung aziz satar ni sedap jgk cume ade cili padi di dalamnya..hahaha, pedas kot sbb saya tergigit cili padi yang pedas...kalo sape suka pedas elokla pilih warung aziz satar...saya lebih suka warung cik wan..selesai mkn dan solat kami teruskan aktiviti ptg ke Santuari Penyu untuk meluhat penyu..Satu lagi destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat penyu..kalau melawat ke sini dlm bln Mei dan ke ats mgkn berpeluang melakukan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut..
Habis melihat penyu kami terus ke hafiz activities sbb dah booked untuk Mangroves River Cruise...menaiki bot melihat hutan paya bakau simpanan yang sangat unik dan menarik..Banyak hidupan paya bakau yang kami dapat lihat, tetapi seekor monyet pun xde..Pengembaraan kami agak mencabar apabila hujan turun dan nasib baik dlm bot ade spare rain coat...Di sini kami dapat lihat ular katam tebu (kalau tak salah) sedang tidur di atas pokok bakau..banyak ular yang dapat kami lihat..malah bot kami menyusuri di bawah daun nipah tempat ular itu tidur..alahai, gelinya..risau kalau ular tu bangun dan jatuh ke dalam bot kami...hehehe mau melompat saya..pengembaraan selama dua jam menyusuri dan melihat keindahan khazanah negara hutan paya bakar merupakan pengalaman yang sangat best dan aktiviti percutian yang sangat menarik..Fees die RM25 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak sangat berbaloi. Selain daripada ni ada jugak aktiviti melihat fire fly di malam hari..mgkn lain kali kami boleh cuba.
Titi gantung merentasi kandang singa dan harimau |
Antara spesis burung di mini zoo |
Depan kandang gajah |
Bersedia untuk Mangrove River Cruise |
Pengalaman yang hebat meyusuri hutan paya bakau |
Manfaat Percutian Sebaiknya.
Percutian 3 hari 2 malam di Cherating merupakan pengalaman percutian yang manfaat, kerana masa banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti bersama dan anak-anak sangat seronok malah banyak perkara baru yang telah mereka pelajari samada dari kami ibu dan ayah mereka mahupun melalui pemerhatian mereka sendiri. Percutian juga merupakan cara untuk kita mengikat kasih sayang antara keluarga dengan cara menghabiskan masa bersama, tapi jangan pula pergi bercuti..tapi masa banyak dihabiskan dengan tidur di hotel..alangkah ruginya...betul tak??
So, rangcang percutian anda dengan melakukan aktiviti yang manfaat bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mendedahkan anak-anak kepada persekitaran dan ilmu baru yang boleh mereka diperolehi..sebab kadang-kadang bkn semua ilmu dapat di sekolah, melalui pengembaraan pun boleh dapt ilmu..bak kata pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan'...pemandangan itulah ilmu...
Syukur Alhamdulillah, percutian kali ni dapat berjalan dengan lancar dan mendapat izin-Nya..Next percutian kami Insyallah ke sebelah selatan Malaysia pulak..Johor Bharu here we come....
bape rate naik boat utk masuk mangrove tu ye?
ReplyDelete