Salam semua,
Risau dengan keadaan berat badan anak-anak yang mungkin OVERWEIGHT? Di sini ada sedikit perkongsian mengenai isu sensitif ni.
Bagaimana cara elakkan anak dari Overweight?
Sekiranya kita mengambil berat tentang berat badan anak-anak kita, terdapat dua isu yang perlu kita kenalpasti. Pertama adalah senaman (exercise). Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak sekarang mengamalkan pemakanan yang kurang kalori tetapi berat mereka bertambah kerana kurang aktif. Komputer Game, TV mendorong kanak-kanak menjadi kurang aktif dirumah mahupun di sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi masalah kepada berat badan mereka.Keduanya, sebagai ibubapa kita perlulah tahu keperluan kalori yang diperlukan oleh anak-anak kita bersesuaian dengan umur mereka. Jadi jumlah kalori yang dimakan match dengan jumlah kalori yang boleh dibakar oleh badan mereka.
Selain itu:
- Ajar anak kita untuk kenalpasti bila mereka sudah kenyang - tak perlulah kita memaksa anak-anak untuk menghabiskan makanan di pinggan mereka.
- Lihat kembali tabiat makan kita sekeluarga - mungkin perlu dilakukan perubahan terhadap cara permakanan
- Paling penting adalah, ingat! kita janganlah membeli makanan yang tidak sihat yang tidak elok untuk anak-anak makan. Permakanan yang sihat bermula dengan apa yang kita senaraikan di 'shopping list' tu.
Bagaimana kita kenalpasti anak-anak Overweight?
Kita boleh kenalpasti tahap berat badan anak-anak dengan BMI mereka. Cara mengira BMI adalah seperti formula di bawah. Ambil ukuran berat badan dalam meter dan kuasa dua (cth : 1.0 x 1.0 = 1.0) kemudian ambil ukuran tinggi mereka dan bahagikan dengan berat tadi.
Formula mengira BMI |
Kawal permakanan anak-anak sebelum mereka sampai ke tahap Overweight. Amalkan permakanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan keluarga yang baik. Elakkan memberi anak-anak makan makanan ringan yang boleh menggemukkan dan menjejaskan kesihatan.
0 comments:
Post a Comment