Salam semua..
Cuti Sekolah dan Bersunat
Kebiasaan cuti sekolah akhir tahun pasti akan ada anak-anak yang akan bersunat..so banyak la organisasi yang menganjurkan majlis berkhatan perdana ataupun secara beramai-ramai..Alhamdulillah saya pun tidak ketinggalan untuk mengambil peluang untuk khatan anak syurga saya yang pertama Haqqul Hakim..walaupun baru berusia 5 tahun 11 bulan (belum genap 6tahun)..syukur sangat Haqqul mudah dan tidak menolak untuk berkhatan..
Konsep Tarik Tali dengan Anak
Seminggu sebelum majlis saya dan suami memenuhi segala kehendak Haqqul termasuklah membawa die pergi holiday. Memang tak dapat dinafikan yang die agak sedikit takut tapi setelah penjelasan demi penjelasan yang diberikan die mula paham dan redha. Tuntutan agama adalah reason yang paling kukuh dan diterima dengan hati terbuka..sebagai ibu bapa kita perlulah memainkan peranan untuk memberi penjelasan kepada anak kenapa perlunya orang Islam berkhatan. Jangan sekali kali menakutkan anak-anak dengan perkara yang mengerikan tentang sunat...ini boleh menyebabkan anak-anak tidak mahu bersunat..ok! Sehari sebelum berkhatan saya dan suami membuat sedikit makan kesyukuran dan alhamdulillah dengan kehadiran orang-orang yang terdekat betul-betul memberi semangat kepada Haqqul untuk bersedia keesokkan hari..
Haqqul's Big Day
Pada pagi hari kejadian..semua kanak kanak dimandikan dengan air bomba..sebagai simbolik je tu..walaupun turn Haqqul adalah pada pukul 4.30ptg nnt..so bleh balik main dulu la..pukul 3.30ptg dapat panggilan dari klinik supaya datang sekarang kerana ada yang menarik diri..aduh nervous plak ni..harap2 Haqqul ok..sampai je di klinik terus mendaftar disuruh tukar kain dan masuk ke dalam bilik rawatan..wow sepantas itu..tapi yg terharunya...Haqqul nmpk relax je...saya hanya tunggu di luar..biarlah ayah nya yang menemani die ketika bersunat...hati berdebar2 menunggu di luar..tambah plak kedengaran jeritan yang meraung..nasib itu bukan suara Haqqul...hampir 40 minit menunggu..tapi tak juga keluar..saya pun tanyalah nurse yg keluar masuk tu..macam mana keadaab Haqqul..nurse tu ckp Haqqul dah selesai sunat tengah jahit..tak bunyi suara oun puan...Alhamdulillah anak ibu memang hebat..syukur..lega hati ibu..nampaknya Haqqul memang betul2 ready untuk bersunat...10 minit kemudian Haqqul pun keluar dengan ayahnya..saya pun terus peluk anak syurga saya yang hebat ni...subhanallah tak sangka anak ibu hebat..to be exactly Haqqul bersunat pada umur 5tahun 11bulan..good job..so bermulalah episod menjaga anak berpantang sunat di rumah...
Masih steady lepas selesai |
Relax tunggu doktor check sblm boleh balik |
Perkongsian yang menarik yang wajar dipraktikkan ibu bapa lain!
ReplyDeleteSaya juga mempunyai 3 orang anak lelaki dan Alhamdulillah telah selamat sunatkan mereka ketika kecil dan bayi lagi.. mulanya rasa kasihan, tapi sebab ia lebih baik, maka saya teruskan..yang bagusnya dalam sehari dua dah mula pulih luka..mungkin boleh dipertimbangkan pada masa hadapan :)