Home » , , , , » Anak dilahirkan tanpa manual

Anak dilahirkan tanpa manual

Salam semua...
Alhamdulillah, diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk saya update blog pagi Isnin ni..syukur...

Tag manual 'cara guna' di tangan bayi?

Ok la, pagi-pagi tadi sesudah subuh tiba-tiba saya terfikir alangkah bagusnya kalau anak-anak yang dilahirkan oleh kita siap dengan manual cara mendidik mereka di tag di tangan ke? Bukan apa senang la untuk ibu dan ayah mendidik anak, hanya berpandukan manual yg tersedia..cuba bayangkan, macam mana kita mahu pasang peralatan electrik yang canggih baru dibeli? Manual bukan? So sekiranya kita 100% berpandukan manual mesti barangan yang baru kita beli itu akan berjaya kita guna. Malah ada sesetengah peralatan disediakan manual untuk membaiki kerosakan sekiranya rosak (troubleshooting la lebih kurang).
So, cuba pula bayangkan anak-anak dilahirkan di dunia lengkap dengan segala manual yang penting untuk kita. Mungkin tidak akan ada masalah kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Betul kan??

Manual yang hakiki

Sebenarnya, ada manual yang tersedia lengkap dan sempurna untuk kita rujuk yang Allah sediakan untuk ibu bapa guna (baca dan amalkan) iaitu Al-Quran. Malah manual yang disediakan oleh Allah itu adalah F.O.C lagi. Dah la tidak perlukan bayaran, malah manual itu membawa ke syurga lagi..Rugilah kita yang bergelar umat Islam sekiranya tidak menggunakan manual Allah itu. Di dalam Al-Quran semua panduan dalam mendidik anak tersedia untuk kita amalkan yang dikeluarkan oleh penulis yang terkenal di alam semesta Yang Maha Agung, Allah SWT.

Baca buku parenting..

Selain Al-Quran, kita perlulah rajin mencari ilmu dalam mendidik anak-anak. Bacalah buku yang berkonsepkan keibubapaan atau parenting yang banyak dipasaran. Baca dan nilai apa yang di baca. Benarkah atau tidak? Sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak memilih kerana memang banyak buku yang berada dipasaran, tetapi bukan semuanya bagus dan baik. Walhal, penulis pun bukan semua dikalangan mereka yang mempraktikkan tips yang diberikan pun. Logik bukan, mungkin ada penulis isu parenting yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak pun..hanya sekadar teori yang diolah dan difikirkan berkesan. Tapi sejauh mana teori itu berkesan kepada anak kita? So, parents make a wise decision, all right!!! Bacalah buku yang mungkin boleh membantu memberi guidelines kepada kita untuk mendidik anak-anak kita.

Berat tanggungjawab ibu dan bapa

Anak dilahirkan tanpa manual, disini dengan jelas kita dapat lihat bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa bukannya mudah. Pikullah tanggungjawab ini dengan ikhlas dan istiqamah dalam mendidik anak. Jangan mudah putus asa. Anak anugerah Allah yang mana sekiranya kita jaga anugerah ini dengan baik nescaya anugerah ini akan memberi manfaat kepada kita kelak. Anak adalah harta yang boleh kita sandarkan di akhirat nanti, bukan wang ringgit dan kekayaan dunia yang perlu kita beratkan.


Perbualan ibu dan anak...
Haqqul : Apa present yang paling best ibu  
              pernah dapat?
Ibu       : Present yang paling best ibu
              pernah dapat setakat ini adalah 
              Haqqul dan Haiqal..sebab present
              ni Allah yang bagi. So sebab tulah
              ibu sayang sangat present ibu ni.
Haqqul  : "Tersenyum gembira".
Ibu        : Haqqul tahu tak, masa ibu
               lahirkan Haqqul (dalam labour
               room)..doktor letakkan Haqqul di
               dada ibu..masa tu ibu cakap
               terima kasih Ya Allah berkali-kali
               sambil menangis gembira.

Ketahuilah anak tidak ada hadiah di dunia ini sehebat kamu..kerana hadiah ini ibu dapat dari Allah sayang..


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.