Home » , » My Childs Genius Meriah di Hari Kantin

My Childs Genius Meriah di Hari Kantin

Salam semua,
Baru-baru ini, team My Childs Genius telah mengamatkan suasana karnival SK Sek 20 Shah Alam dengan membuat jualan sempena karnival. Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung yang sanagt ramai. Tak menang tangan juga kami dibuatnya, tetapi dengan team yang hebat dan kerjasama antara kami, semuanya berjalan dengan lancar.

Alamak Nasi Lemak Mentah

Termenung dan buntu dengan keadaan nasi lemak yang hendak di jual tidak masak sepenuhnya. Aduhai, macam mana nak buat ni. Relax, chill, ok cuba kukus nasi tu dulu. Tinggalkan segala urusan di rumah, saya dan suami terus ke tapak untuk loading dulu sebahagian barang yang perlu dibawa. Sementara di rumah prepare untuk sandwich dan beberapa menu yang lain. Wow ramainya orang, mungkin sebab pagi ni ada aktiviti arobik. Bukannya tak pernah bukak booth di karnival, tapi mungkin kali ni dengan menu makanan sekali so itu yang membuatkan preparation agak tidak sistematik..hehe..siap segala preparation di booth saya kembali ke rumah untuk nasi lemak pulak..huhu harap2 berita gembira. So sampai di rumah terkejut dengan seperiuk nasi yang elok berlemak di masak oleh jiran saya, subhanallah terima kasih sangat kerana membantu. Lagi tragis bila balik tengok nasi yang di kukus tersadai..gara2 gas pulak habiss..so jiran saya kak zana yang sangat baik hati, bawak balik nasi mentah tu ke rumah dia untuk dikukus..sementara tu saya membungkus la nasi yang dah di masak oleh kak zana tadi. Selesai satu round nasi lemak dibawa ke tapak, next round tunggu nasi masak ok! Huhh penat...

Kerjasama kami adik beradik

Walaupun penat, tetapi kerjasama antara team (adik beradik) memang sangat bermakna dan seronok...kami enjoy berniaga walaupun pada asasnya tidak ada latar belakang berniaga pun sebelum ni. Kami sepakat mengambil peluang berniaga untuk mencari pengalaman sahaja.

Pilihan Menu yang Terbaik

Antara menu yang kami jual adalah nasi lemak biasa ,sandwich telur cheese, waffle, machmallow choc, rojak buah, air mineral & air kotak, dadih nata de coco dan bubble rice choc. Banyak kan? Hehe tapi semuanya yang simple2 sahaja persediaannya melainkan nasi lemak dan sandwich tu..Selain daripada makanan, of course la barang permainan dari My Childs Genius pun ada kami jual secara offline. Tarikan ke booth kami sudah tentulah mainan kan..ramai murid-murid datang singgah melihat perbagai mainan yang terjual di samping membeli menu-menu yang menarik...hehe..so far sambutan sangat memberangsangkan..tamat jam 4.30 ptg saya dan en suami beratur di kaunter kupon untuk penebusan. Alhamdulillah tidak di sangka hasil jualan kami menceceah ribuan ringgit...syukur rezeki Allah..yang penting ikhlas dalam berniaga dan kalau nak berniga tu buatlah seperti mana kita sendiri hendak makan..jangan lokek bahan hanya kerana nak jimat kos...betul tak? Ok bye!!



Desert conner kami..

Berniaga pun kena ada gaya tau..

Signboard dan bunting MCG sebagai marketing booth kami

Apa yang penting?KERJASAMA..Team wonderpet merah

Melayan adik-adik membeli wafer

Anak-anak pun enjoy berniaga

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.