Melalui pembacaan dari internet, majalah dan juga ceramah tv, kebanyak tips yang diberikan mempunyai persamaan. Walaubagaimana pun sekiranya tiada tindakan, semua tips yang kita tahu tidak berguna (kalau hanya sekadar tahu tapi tidak praktik). Nak tahu tips yang saya amalkan? Mari saya kongsikan bersama...
Tips didik anak keluarga Hakim |
TIPS MENJADI IBU BAPA GENIUS
1. Pukul anak dibahagian lutut dan ke bawah.
Jangan menampar anak/mengetuk kepala anak dsb - anak-anak akan bertambah degil dan tidak terkawal (ibu bapa juga perlu ada rasa hormat terhadap anak) . Samada secara sengaja atau tidak, ibu bapa mesti pastikan perkara ini tidak berlaku.
2. Pukul lah anak dengan rotan, bukan dengan tangan anda. Pukullah di bahagian tapak tangan
kerana secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi yang merangsang ke bahagain otak.
3. Berikan Nama yang baik-baik untuk anak.
Pastikan nama anak-anak syurga kita mempunyai maksud yang baik. Kerana panggilan/ucapan nama yang keluar dari mulut adalah doa.
4. Peluk anak setiap hari
Ada kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kerap dipeluk oleh ibu bapa mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang kurang mendapat pelukan ibu bapa. Lagipun pelukan ni boleh kurang kan stress tau. Tak percaya? boleh amalkan memeluk anak atau suami/isteri anda untuk merasai nya.
Ciuman salah satu cara tunjuk kasih sayang. |
5. Pandang anak-anak dengan kasih sayang
Beri pandangan kasih sayang kepada anak-anak, ini dapat meningkatkan keyakinan kepada mereka terhadap persekitaran.
6. Berikan anak-anak pujian di atas kebaikan mereka
Puji anak-anak sekiranya meraka melakukan sesuatu kebaikan. Pujian sudah memadai buat
anak-anak sebagai ganjaran kepada mereka.
Hargai anak, reward mereka di hari jadi. |
7. Sabar dengan karenah anak-anak.
Sebagai ibu bapa kita jangan lah mengharapkan kebaikan yang berterusan sahaja dari anak-anak. Mereka hanya anak-anak semakin membesar dan perkembangan buatkan mereka sentiasa melakukan banyak perkara termasuk kesilapan.
8. Jangan mengeluh.
Di dalam mendidik anak, ibu bapa janganlah mengeluh, kerana anak-anak akan merasakan mereka adalah beban kepada kita.
9. Dengar cerita mereka
Luangkan masa untuk mendengar cerita si kecil. Seeloknya semasa kita menjemput mereka pulang dari sekolah tanyalah "how was your day"..dengar segala cerita meraka dan berikan respon sekiranya mereka menghadapi masalah di sekolah.
Luangkan masa melakukan aktiviti bersama |
10. Terimalah kenyataan yang kita bukanlah ibu bapa yang sempurna.
Jangan sesekali membawa kekusutan di pejabat pulang ke rumah kerana ini akan meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak.
Saat menerima cahayamata adalah saat yang paling manis buat semua ibu bapa. Si saat anak membesar jangan lah pula kemanisan itu menjadi semakin tawar dek kerana kerenah dan segala macam masalah yang anak-anak lakukan. Percayalah, kongsikan kemanisan itu bersama anak-anak, nescaya anak-anak akan memberi kemanisan yang berpanjangan untuk kita dunia dan akhirat. Jangan pula kita lupa memohon pada Allah agar diberikan panduan dan kesabaran di dalam memdidik anugerah berharga Allah. Mustahil Allah tidak akan membantu kita untuk mendidik anugerah yang dikurniakan itu. Kurniaan Allah bukan untuk disia-siakan.. betul tak? So berdoa mohon agar kita bersama menjadi ibu bapa yang genius.
MENDIDIK ANAK-ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W., ANTARANYA ADALAH:
ReplyDelete1. Umur anak-anak 0-6 tahun (Kasih sayang)
Pada masa ini, rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
2. Umur anak-anak 7-14 tahun. (latih displin diri dan tanggungjawab)
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tangungjawab kepada anak-anak.
• Menurut hadith abu daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
• Sabda Rasulullah S.A.W :
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
3. Umur anak-anak 15- 21 tahun (Berkawan dengan anak-anak)
Inilah umur remaja yang penuh sikap memberontak.
• Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.
• Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4. Umur anak 21 tahun dan ke atas- (Cuba beri kepercayaan dan beri keyakinan jaga diri)
Umur ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.
• Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. In sha’allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
• Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.
• Paling penting saya ingin sarankan ialah doa pada anak anak, doa ibubapa amat mustajab, doa anak jadi soleh solehah dan masuk syurga. Tetapkan matlamat hidup pada anak anak, iaitu jadi hamba allah yang taat dan syurga matlamat akhir kita.
• Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.